Pesta Buku dan Kontrak Buku KPM
Pesta Buku 2008 akan berlangsung pada 3 April - 14 April akan datang di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Inilah masanya yang elok jika saudara mahu tahu apakah ratusan juta ringgit yang dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk kontrak perbekalan buku benar-benar telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang genuin, ataupun kontraktor "TST" (tahu-sama-tahu).
Bahagian-bahagian yang terlibat dengan perbelakan buku adalah adalah Bahagian Buku Teks (BBT), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
Di pesta buku itu nanti saudara dapat lihat sendiri gerai-gerai yang disewa oleh syarikat-syarikat penerbit buku yang genuin.
Saudara bawalah senarai kontraktor yang selama ini menerima kontrak-kontrak perbekalan buku dari KPM. Cuba periksa dalam senarai itu, syarikat mana yang mempunyai booth dalam pesta buku itu.
Kira berapa jumlah syarikat-syarikat kontraktor yang menerima ratusan jutaan ringgit kontrak perbekalan buku KPM tetapi tidak nampak batang hidungnya dalam pesta itu nanti.
PTS membuka sederet 8 gerai di pesta itu nanti. Tetapi nama PTS tidak termasuk dalam senarai kontraktor KPM. Mengapa? Sebab dasar perniagaan PTS adalah bebas-rasuah.
Datanglah ke gerai PTS dan dapatkan buku-buku terbaru yang belum ada di kedai-kedai buku kerana masih panas, baru keluar dari kilang cetak.
Sokonglah PTS yang bebas-rasuah!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya rasa Pn Ainon menulis begini sekadar menafi, kerana saya sebagai pengunjung amat ragu dengan kesahihan kandungan di blog ini. Hampir kesemua tuduhan yang dilemparkan disusuli dengan “bukti” yang Pn Ainon sendiri tidak dapat pastikan betul atau salah.
Penulis blog sendiri telah berkali-kali merujuk kepada “laporan orang dalam"nya di dalam KPM. Saya rasa pembaca boleh menilai sendiri peranan dan kepentingan PTS dan “orang dalam"nya di sini. Buatlah alasan buka gerai banyak mana pun atau tidak ada dalam list itu dan ini. PTS telah membuktikan bahawa ia punya kehadiran dalam KPM melalui “laporan-laporan"nya.
Memandangkan PTS sebuah badan yang mahu dirinya diiktiraf badan profesional, PTS seharusnya lebih bijak dalam memastikan kesahihan sesuatu maklumat dan sumbernya sebelum menghebahkannya, lebih-lebih lagi dalam medium bertulis. PTS seharusnya lebih bertanggungjawab dalam laporan, kerana bukan sahaja kredibiliti mereka akan diragui, PTS juga harus mengelakkan dari risiko saman sivil kerana menyebarkan maklumat palsu.
Amat malang lagi jika sikap terburu-buru PTS dalam menghebahkan cerita “sensasi” dengan laporan samar, menyimpang dari fakta, dan dari sumber yang samar dan tidak bernama, menjerumuskan PTS menjadi mangsa atau alat pihak-pihak tertentu yang berkempentingan.
Saya benar-benar bersimpati.
Azlan,
Inilah dunia blog! Baru melayari internet ke?
Elmaaniq, itulah dia. Saya rasa bukan saya seorang sahaja, tapi ramai yang lain juga yang hampir terpercaya dengan apa yang ditulis dalam siri blog di sini. Maklumlah, cerita sensasi.
Tuan Azlan,
Saya teringat kata-kata dalam satu filem, “Bertindak mengikut arahan.”
Arahan, “Di pesta buku itu nanti saudara dapat lihat sendiri gerai-gerai yang disewa oleh syarikat-syarikat penerbit buku yang genuin.
Saudara bawalah senarai kontraktor yang selama ini menerima kontrak-kontrak perbekalan buku dari KPM. Cuba periksa dalam senarai itu, syarikat mana yang mempunyai booth dalam pesta buku itu.
Kira berapa jumlah syarikat-syarikat kontraktor yang menerima ratusan jutaan ringgit kontrak perbekalan buku KPM tetapi tidak nampak batang hidungnya dalam pesta itu nanti.”
Selepas itu kita datang ramai-ramai ke sini dan diskus lagi.
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Azlan,
Sebenarnya Elmaniq sindir encik.
Nampak sanagt baru kenal dunia blog.
Azlin, kalau Elmaaniq sindir pun sindirlah. Saya sekadar pemerhati yang menyatakan pendapat saya. Kita semua sedar pilihanraya dalam Umno bakal menjelma. Jadi, kita sedarlah taktik kotor yang akan menyusul. Malang sekali laman ini terjerumus dalam perangkap itu. Saya sekadar menasihat, telitikan dahulu sumber maklumat anda. Sekarang situasi sudah terlambat. Terlajak perahu boleh dimudik, terlajak kata/fatwa bagaimana mahu tarik balik? Katalah apa penafian pun untuk menyedapkan hati sendiri, tetapi kepercayaan akan makan masa untuk dibina, tetapi hanya perlu sedetik sahaja untuk dipunah apabila maklumat palsu terbongkar.
Assalamualaikum
Sepanjang pengetahuan saya, bilangan kontraktor buku yang akan menyerta pesta buku berkenaan terlalu kecil dan jika ikut serta, kontraktor itu juga merupakan syarikat penerbitan.
Kebanyakan kontraktor buku merupakan pengedar buku yang mengedarkan buku penerbit lain. Justeru, kalau kontraktor membuat pameran buku bukankah buku yang dipamer itu akan bertindih juga dengan buku yang dipamer penerbit asalnya.
Jadi, apa yang akan kontraktor buku buat ialah membawa pelanggan mereka memilih buku dari penerbit di situ dan membeli buku melalui invois kontraktor berkenaan.
Selain meninjau buku terbaru, melalui pesta ini jugalah pengedar dan kontraktor buku mendapat banyak pesanan hatta ada yang ratusan ribu ringgit jumlahnya.
Post a comment