Pesta Buku: Dato’ IJ Tawarkan RM4 juta
Kita sedang duduk berehat sambil makan nasi lemak gred C di cafe tepi dinding presmis pesta buku apabila seorang Dato' kenalan lama ternampak kita dan terus duduk di meja kita.
"Wah! Baguslah bisnes PTS..." kata Dato' IJ yang segak berpakaian lengkap dengan kot dan nektai. Beliau diiringi oleh seorang rakan yang tidak pun dikenalkan kepada kita sampai habis perbualan.
Sebelum berpisah, sempat beliau bertanya, "You perlukan modal tambahan?"
Kita jawab, "Tidak. Kalau wang, banyak orang hendak beri saya wang, cuma syaratnya yang tidak sesuai dengan jiwa saya, dato'."
"Bukan apa-apa, kalau you mahu, I boleh tolong you dapatkan loan RM4 juta. I dapatlah komisennya... hehehe..." kata Dato' IJ sambil ketawa.
.
.
"Wah! Baguslah bisnes PTS..." kata Dato' IJ yang segak berpakaian lengkap dengan kot dan nektai. Beliau diiringi oleh seorang rakan yang tidak pun dikenalkan kepada kita sampai habis perbualan.
Sebelum berpisah, sempat beliau bertanya, "You perlukan modal tambahan?"
Kita jawab, "Tidak. Kalau wang, banyak orang hendak beri saya wang, cuma syaratnya yang tidak sesuai dengan jiwa saya, dato'."
"Bukan apa-apa, kalau you mahu, I boleh tolong you dapatkan loan RM4 juta. I dapatlah komisennya... hehehe..." kata Dato' IJ sambil ketawa.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Orang Melayu memang cukup suka pada keuntungan atas angin, komisen dalam bahasa bisnes. Dalam bahasa orang kampung sama seperti duit kopi.
Pendek kata jika ada 5 lapisan orang yang merekemenkan sesuatu produk atau perkhidmatan maka harga asalnya akan naik sebanyak 5 kali juga.
Sebenarnya komisen seperti ini lebih kurang seperti rasuah kerana ia tidak bersandarkan usaha sebaliknya menggunakan kuasa dan lobi secara tidak wajar.
Bayangkan sampai satu tahap hendak merekemenkan perkhidmatan katering dalam syarikatpun diumpan oleh pembekal katering!
Saya terus memulangkan paku buah keras, “Jika produk sedap dan perkhidmatan baik orang akan terus melanggan, tidak perlu komisen, gaji saya masih mencukupi!”
——-
Assalamualaikum pn.sifu,
Hati-hati dengan loan, jika silap urus boleh memakan diri. Di UK ni ratusan ribu mat salleh bermasalah kerana loan. Harap orang Islam dapat kemukakan produk kewangan yang kurang mengundang masalah.
Pastinya ketawa Dato itu akan lebih menarik jika ada secebis lada kering gred D di gigi gred A+nya..
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Bila sesuatu sudah menjadi budaya, tentulah susah hendak ditinggalkan…
Agaknya apa reaksi Pn. Sifu bila dia minta komisen ye.. Ni yang buat saya menyampah ni, budaya bisnes orang Melayu komisen tidak habis-habis.
Saya bayangkan saya punya upaya seperti Dato’ IJ itu
pasti saya pun begitu
aduh, lemahnya hambaMU ini.
Sdr Faizal,
Kenyataan saudara mengenai khidmat katering itu memang jujur. Bagus kalau saudara bersikap demikian.
Di sesetengah syarikat (termasuk kerajaan) saya hendak masuk katering cukup payah, kerana sudah ada ‘kaki’ di dalamnya. Tetapi saya sabar, kerana rezeki bukan di tangan orang, Allah yang menentukan segala. Jika rajin, tidak malu, usaha & tawakal, insyaallah, akan berjaya. Ini yang saya pegang.
Katering merupakan suatu perkhidmatan. Jadi bisnes berjenis perkhidmatan perlu penuhi keperluan & kepuasan pelanggan. Betul kata saudara, jika khidmat baik & makanan sedap, orang akan ulang membuat pesanan, tidak payah bayar komisen.
Syabas atas pegangan saudara!
Tapi, kan, bantuan untuk dapatkan pinjaman pun boleh dapat komisen? Saya tidak faham, sungguh tidak faham.
Dato’ itu ada kenalan dengan mana-mana Bank (ataupun Along). Dia tolong kita dapatkan loan dengan syarat kalau lulus loan, dia hendak sedikit percent daripada kita sebagai komisen usahakan loan untuk kita.
Tidak banyak dia minta. 1 percent sahaja daripada RM4 juta. Apalah sangat 1 percent, bukan?.....
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Wah, ramai yang jadi Dato bila cerita tentang biznes orang Melayu.
Em, memang sudah dijangka…
Post a comment