Monday, April 30, 2007

Pesta Buku: DS Rosmah Mansor Makan di Mana?

Dalam majlis pelancaran buku dan CD lagu kanak-kanak oleh DS Rosmah Mansor, entah apa agenda DBP, Penyair Marsli N.O. diundang membacakan sebuah sajak, barangkali supaya majlis lebih berseri-seri.

Maka penyair yang paling keras suaranya di seluruh bumi Malaysia itu, telah membacakan sajaknya memarahi para pengkhianat Bahasa Melayu!

Saya belum pernah mendengar Marsli lebih marah daripada itu. Belum pernah! Macam mahu dimakannya semua yang di depan pentas....

Apakah ada kaitan antara marah Sang Penyair Pahang itu dengan ketiadaan DS Rosmah di meja makan VVIP, yang kebetulan beliau berkahwin dengan tokoh politik paling penting dari Pahang?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Nasib Penulis DBP Previous entry: Pesta Buku: Bukan 60, Tetapi 110
Web Sutera  on  04/30  at  04:56 PM

Saya boleh bayangkan bagaimana gempitanya suara si penyair itu.
——-

fudzail  on  04/30  at  05:36 PM

Puan Sifu

Pertanyaan itu mengundang spekulasi dan gosip, sesuatu yang mungkin kait-mengait antara yang tersurat dan tersirat.

Marah Si Marsli mungkin berkaitan dengan Ijok…..mungkin tidak, tetapi pemangku Wanita Pertama Malaysia mungkin mempunyai majlis makan-makan yang lebih penting.

Realitinya, ahli politik paling penting dari Pahang itu, dalam akhbar The Star beberapa minggu lalu mengaku yang beliau tidak membaca buku-buku Melayu!

Wallahualam

Puan Ainon Mohd.  on  04/30  at  05:48 PM

Tuan Fudzail,

Meja VVIP itu, daripada 8 kerusi, 3 kosong. Yang makan di situ KP DBP dan pegawai2 DBP sahaja.

Kalau dari awal DS Rosmah sudah beritahu dia ada acara makan di tempat lain, tentu meja VVIP itu diisi dengan tetamu lain yang layak duduk dengan KP DBP itu…. (saya, umpamanya, maklumlah bukankah saya ini Rektor universiti!)

alang kelana  on  05/01  at  12:52 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah Tuan Marsli, tidak sia-sia suara nyaring yang Allah anugerahkan kepada tuan.

Teruskan perjuangan!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/01  at  10:25 AM

.., iya benar Puan Sifu Rektor Universiti, dan tentu2nya dikerah ke E-Joke dengan semua Timbalan2 Rektor termasuk semua pegawai2 HEP guna memantau & melapor tidak ada seposen pun penuntut universiti Puan terlibat dalam proses kemuncak amalan demokrasi sesebuah negara itu.

Bab Tuan Marsli itu .., maklumlah orang Pahang. Semuanya besar2 belaka. Badan besar, suara lagi besar.

Cuma ada juga orang Pahang lain yang besar. Besar ego besar pangkat, lagi besar mempedo’ahnya. Amat besar kelentongnya kepada rakyat.

Kata orang di Pahang, cuma janda yang tidak besar. Sebab janda itu baik.

Web Sutera  on  05/01  at  11:09 AM

Hai Belalang, marah benar nampak, hihihhhi..saya pun orang Pahang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  03:18 AM

Memang patut Belalang marah sebab dia pun orang Pahang…huhuhu

Jangan marah sangat Belalang, nanti kena jual!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  11:14 PM

Dah Tuan Marsli naik marah ...maka larilah si datin..??

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.