Pesta Buku: Fokus, Fokus, dan Fokus
Dalam pesta buku baru lalu, kita putar-putar, tengok-tengok trend pelaburan yang dilakukan oleh rakan-rakan penerbit. Dapat dilihat kebanyakan penerbit tempatan yang dimiliki oleh usahawan Melayu tidak jelas fokus produknya.
Ada beberapa kemungkinan mengapa produk-prouk mereka tidak fokus:
(1) Mungkin penerbit itu tidak yakin peri pentingnya memfokuskan produk-produknya sebagai syarat kejayaan.
Sebagai contoh, penerbit itu menerbitkan macam-macam genre buku, ada buku kanak-kanak pra-sekolah, ada CD, ada buku Melayu, ada buku Inggeris, ada buku motivasi, ada buku bisnes, ada buku parenting, ada buku agama, ada novel cinta, dan macam-macam lagi.
( 2) Mungkin penerbit itu sedang beralih daripada sektor lama ke sektor baru yang amat berbeza, sebagai contoh, daripada sektor kanak-kanak kepada sektor novel berat.
Fokus adalah amat penting dalam apa jua kejayaan. Jika saudara hendak membuka syarikat penerbitan, sejak awal saudara perlu menentukan sektor apa yang saudara mahu ceburi dan tekuni.
Fokus sangat rapat kaitannya dengan branding. Branding pula adalah salah satu ciri syarikat yang berjaya. Sebagai contoh nama syarikat yang berjaya menjadi brand terkenal adalah syarikat Alaf21. Sebut sahaja "Alaf" orang tahu "novel cinta'.
Apabila produk saudara berfokus, branding menjadi lebih mudah.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya sokong. Mesti fokus!
Dalam bisnes katering pun mesti fokus. Jangan tamak, semua katering hendak buat, nanti kualiti jatuh, pelanggan pun lari!
Satu orang pelanggan tidak puas hati, habis dia ceritakan kepada semua orang kampung. Hendak naikkan bisnes bukan main susah, hendak rosakkan bisnes, bukan main senang!
——-
Puan Ainon,
Saya setuju. Buat market segmentation, cari niche market dan fokus. Fokus dan buat apa yang kita pandai. Jangan merepek meraban buat benda yang kita tidak ada kepakaran.
Sebelum ekonomi merudum dahulu ada trend, hendak buat semua benda, kononnya hendak letak telur dalam banyak bakul, supaya jika pecah tidak pecah semua.
Malangnya kepakaran tidak ada, nafsu dan ego sahaja yang lebih. Banyak syarikat yang terlungkup.
Puan Sifu, bagaimana pula dengan seorang penulis yang menulis berbagai genre?
Salam Puan dan semua rakan mahasiswawi,
entri ini mengingatkan saya pada entri yang ini pula
Terima kasih Sifu atas nasihat yang amat berguna. Kalau ikut hati Sifu, semua jenis katering saya nak buat, tapi saya tidak mampu. Sebab itu, mana-mana yang saya tidak berani, saya terpaksa tolak dengan baik.
Betul Sifu, jangan tamak.
Tuan tuan dan puan puan,
Fokus saya seperti biasa, kepada hal baru dalam dunia seni, budaya dan teknologi.
Fokus Sifu kepada memandaikan bangsa.
Tiadalah saya meragui tahap kepandaian bangsa kita menggabungkan seni, budaya dan agama dengan teknologi. Contohnya di S I N I. Hehehe!
Saya setuju ....... jika kita benar-benar inginkan kejayaan kita perlu fokus, fokus, fokus, macam saudara kita ini dia fokuskan pada subjek kekayaan di blog….
http://thinkerich.blogspot.com
Post a comment