Monday, March 13, 2006

Pesta Buku Islam Jakarta

Kita baru malam tadi tiba dari Jakarta kerana mengunjungi Pesta Buku Islam Indonesia dan sekaligus ke Bandung bagi mengetahui perkembangan terbaru buku-buku PTS yang bakal diterbitkan semula di Indonesia. Bagi pesta ini PTS menghantar 6 orang pegawainya, dan syukur, kita dapat mencapai semua tujuan penghantaran itu.



Pesta Buku Islam ini lebih kecil daripada Pesta Buku Jakarta kerana hanya penerbit yang mengadi anggota persatuan penerbit buku-buku agama sahaja yang ikut serta dalam pesta ini. Oleh itu PT Gramedia, iaitu penerbit terbesar di Indonesia tidak ikut serta meskipun ia menerbitkan buku-buku agama Islam. PT Gramedia tidak menjadi anggota persatuan disebabkan ia adalah penerbit milik kepentingan Katholik.



Penerbit buku-buku agama terbesar di Indonesia adalah Mizan Group. Ia menerbitkan buku-buku agama bagi semua peringkat umur dan semua peringkat pendidikan.



Selama dua hari kami menghabiskan waktu di pesta buku itu inilah kesan kami rasai:




  1. Disebabkan tema pesta itu terhad pada buku-buku agama Islam sahaja, kita mendapat gambaran yang jelas tentang siapa pemain-pemain utama sektor itu dan jenis produk masing-masing. Ini memudahkan kita mendapatkan maklumat yang betul.






  1. Kecepatan negara itu menterjemahkan buku-buku agama yang terbaru di pasaran, baik dari negara-negara Arab mahupun Eropah dan Amerika, baik buku-buku yang ditulis oleh ilmuan Islam mahupun bukan Islam, patut dipuji. Institut Terjemahan Negara Malaysia (TNM) patut berguru kepada penerbit-penerbit Indonesia bagi membongkar rahsia bagaimana dengan modal yang sangat terbatas mereka dapat menterjemahkan dan menerbitkan karya-karya besar.






  1. Seni rekabentuk dan perwajahan buku-buku agama di Indonesia sudah jauh berkembang dibandingkan dengan situasi kita di negara ini. Sebagai contoh, dalam buku-buku bacaan remaja, cerita-cerita tentang biografi sahabat-sahabat Nabi Muhammad disertai ilustrasi wajah sahabat-sahabat itu.






  1. Buku-buku agama popular dapat dijual sehingga melebihi 150 ribu naskhah, khususnya buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh dakwah yang popular Indonesia.






  1. Pasaran untuk buku-buku agama konvensional seperti buku-buku koleksi doa dan zikir dalam bentuk mewah kulit tebal sangat besar di negara itu. Ini menggambarkan bahawa golongan berwang di Indonesia banyak membeli dan menggunakan buku-buku kategori itu. (Mereka aktif mengamalkan ibadat berdoa dan berzikir.)




Kita juga nampak dengan semakin jelas keaktifan penerbit yang khusus menerbitkan buku-buku aliran Syiah, daripada buku-buku kecil kepada yang tebal-tebal dan kulit keras. Tidak kurang aktif adalah penerbitan buku-buku aliran liberal.





 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Subjek dalam Dialog: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: Dan Brown Indonesia Masuk Malaysia
el-maaniq  on  03/13  at  08:46 PM

tak sabar nak jumpa puan. nak dengar sendiri cerita2 dari sana.

p.s storibod on the way. CR pun sama. haha
——-

Puan Ainon Mohd.  on  03/14  at  06:22 AM

Sdr el-maaniq,
Macam-macam cerita bagus dari Jakarta dan Bandung… Nanti kita minum kopi di kedai Anwar tu… kita cerita panjang. Ada buku saya nak tunjukkan kepada sdr dan sdr jOnOs….

acrom  on  12/31  at  05:28 PM

aslmkm…........
mbak saya ingin sekali menerbitkan buku, bagaimana mbak caranya???
salam silaturahim
wslmkm…..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: