Pesta Buku: Komitmen Penulis kepada Bukunya Sendiri
Di kalangan penulis buku nonfiksyen, En. Shamsuddin Abd. Kadir adalah penulis yang paling banyak datang ke booth PTS bagi mempromosi dua buah buku beliau.Setiap kali hari cuti jam 10 pagi tepat beliau sudah tiba ke PWTC dan berada di booth PTS sehingga hari lewat petang.
Di booth, beliau tidak pernah duduk, asyik berdiri, melayani setiap pengunjung yang berminat mengetahui lebih banyak tentang pengurusan kewangan peribadi.
Setiap hari beliau datang dengan berpakaian kemas dan rapi, lengkap dengan tali leher, malah ada masanya dengan kot!
Beliau juga tampil menyampaikan 1 jam ceramah di pentas utama tentang bagaimana cara yang betul menguruskan hutang-hutang peribadi.
Menurut beliau, sewaktu beliau baru berusia 25 tahun, beliau sudah dapat memiliki 4 buah apartment, walaupun beliau sehingga saat ini tetap makan gaji sebagai seorang akauntan syarikat. Kini beliau baru 32 tahun (beliau enggan memberitahu berapa nilai hartanah yang sudah dimilikinya).
Berkenaan isu pengurusan kewangan peribadi, dalam ceramahnya beliau berkata, "Jangan belajar daripada kesilapan sendiri. Belajarlah daripada kesilapan orang lain. Banyak orang yang tidak mahu belajar daripada kesilapan orang lain, akhirnya hidup merana akibat tersilap menguruskan masalah hutangnya."
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment