Monday, May 14, 2007

Pesta Buku: Kot, Nektai, Jaket, T-Shirt, Topeng Venice, Apron, Kimono, Sayap Pari-pari, Telinga Arna

Apabila tiba musim pesta buku, penerbit mula memikirkan pakaian seragam bagi para petugas booth. Berikut adalah beberapa tip:

(1) Pakaian seragam berlogo adalah alat promosi brand penerbit yang baik. Pakaian itu berjalan-jalan dan berkeliaran di premis pesta, ia suatu cara mengiklankan brand penerbit. Makin banyak pakaian itu dipakai orang, semakin baik kesannya.

(2) Makin ramai petugas memakai pakaian seragam, semakin mereka mencipta imej bahawa penerbit itulah adalah penerbit yang kredibel dan besar. Ini bagus untuk imej korporat.

(3) Makin elok kualiti pakaian seragam itu, makin baik imej korporat yang tercipta. Korporat itu kaya, mampu melabur dalam kualiti.

(4) Kot dan jaket yang dipakai petugas mencipta impression penerbit itu penerbit korporat, yang menerbitkan buku-buku serius dan berkualiti.

(5) Petugas yang memakai kot ataupun jaket dilihat sebagai petugas yang berkelulusan profesional. Ini baik bagi imej korporat penerbit.

(6) T-shirt yang dipakai tanpa kot ataupun jaket mencipta impression penerbit itu menerbitkan bahan-bahan bukan serius, seperti majalah dan bahan hiburan, ala-ala Jom Heboh!

(7) Petugas yang memakai T-shirt sahaja dilihat sebagai kategori staf sokongan dalam syarikat walaupun beliau staf kategori eksekutif.

(8) Ada gerai buku agama yang memberi topi lidah anjing supaya dipakai oleh petugasnya. Ini tidak membantu meningkatkan, malah boleh merosakkan, imej penerbit buku serius, seperti buku agama, ataupun buku-buku pendidikan.

(9) Apron korporat yang dipakai oleh petugas adalah gimik yang berkesan bagi menarik perhatian pengunjung kepada brand penerbit. Apron mencipta kesan booth itu booth orang sibuk, booth orang kuat berkerja, booth yang banyak 'action' sedang berlaku di dalamnya.

(10) Nektai yang banyak dilihat dipakai di booth dan syeksen buku profesional dapat meningkatkan lagi imej profesionalisme buku-buku yang dipamerkan. Para petugas dan para penulis di syeksyen buku professional perlu setidak-tidaknya memakai bagi meningkatkan kredibiliti buku-buku yang dipamerkan.

(11) Kimono, sayap kumbang dan telinga arnab adalah gimik-gimik iklan yang mudah menarik perhatian pengunjung perempuan dan kanak-kanak.

(12) Barang kali bagi pesta buku 2008, kain tudung petugas perempuan boleh dimasukkan dalam set pakaian seragam.

Nota: Apabila PTS mengadakan event di pentas utama, jumlah petugas yang ramai memakai jaket PTS, baik di atas pentas mahupun di bawah pentas, telah berjaya mencipta imej korporat yang impresif. Sebagai Chairman, saya pun ter-impressed!



.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Penerbit Sudah Tidak Wujud Lagi Previous entry: Pesta Buku: Strategi 'Orang Panggil Orang'
embun  on  05/15  at  07:55 AM

Pn. Ainon,

Saya setuju dengan semua tip Puan dan ingin menambah:

1) Pemakaian apron sebagai pakaian seragam petugas menimbulkan rasa pelik dan ingin tahu.

2) Saya amat setuju kain tudung petugas perempuan diseragamkan. Ia bukan sahaja memberi kesan ‘takjub’ kepada pengunjung tetapi ia juga menaikkan motivasi petugas itu sendiri.

Sekian.
——-

naimadnin  on  05/15  at  09:01 AM

Salam puan Ainon,

Booth PTS memang patut dipuji, staff-staffnya sibuk dan bekerja keras. Syabas.

Saya ingin menarik perhatian pihak Puan, semasa saya singgah, ada seorang petugas wanita yang memakai t-shirt lengan pendek tanpa memakai stoking tangan (staff yang lainnya saya lihat memakai t-shirt yang sama tetapi memakai stoking tangan). Ini boleh menjejaskan imej PTS sebagai pengedar buku islami smile

mypapit  on  05/17  at  11:36 PM

Nektai, tim, topi lidah anjing, banyak betul perkataan diMelayukan di sini smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: