Pesta Buku: Kulit lawan Kulit
Kita perhatikan, para penerbit buku novel, baik novel cinta mahupun novel remaja, memang kita mula bersaing sejak pada kulitnya lagi!
Ini adalah trend yang baik bagi para designer kulit buku. Ini juga bermakna para designer buku yang mahu mencari pendapatan lebih mesti kerap pergi ke kedai buku dan buat kajian tentang trend-trend kulit buku.
Sudah tamat zaman pepatah "Menilai buku jangan tengok kulitnya".
.
.
Ini adalah trend yang baik bagi para designer kulit buku. Ini juga bermakna para designer buku yang mahu mencari pendapatan lebih mesti kerap pergi ke kedai buku dan buat kajian tentang trend-trend kulit buku.
Sudah tamat zaman pepatah "Menilai buku jangan tengok kulitnya".
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Sebagai penerbit, saya lihat ini satu persaingan yang sihat. Selain karya dan nama penulis yang baik, rekabentuk buku perlulah seimbang dengannya. Selepas ini saya menanti persaingan jenis kertas yang digunakan - mesra alam.
Cuma yang saya takuti, sesebuah karya itu akan jadi “indah rupa dari isi”.
——-
Terasa nostalgia buku terbitan tahun tahun 50’an yang di impot, hampir kesemuanya berkulit hitam dan bejilid tebal. Sungguh konservatif, dan buku buku tersebut tahan lama, ulat buku pun takut untuk menebuk nebuk kertasnya.
Assalamualaikum,
Benar. Puan… Jika pereka grafik tidak ambil peluang pusing-pusing mencuci minda dan ‘mengurat’ penerbit yang sangat aktif menerbit buku, mereka amat rugi.
Setuju dengan pendapat puan. Tetapi kenapa cover buku PTS, saya perhatikan, ada yang cantik, lawa dan kreatif, ada yang tidak memikat langsung? Memang lama saya belek2 buku PTS di pesta buku lepas.
Siapa yang tentukan cover buku itu? Tidakkah penulis kecewa apabila covernya tidak seelok yang lain? Ataupun dia takut untuk bersuara?
Jika nanti saya jadi penulis buku di PTS, bolehkah saya memberi cover yang saya rasa sesuai dengan manuskrip saya itu?
Harap puan membantu saya yang baru bercita-cita hendak tulis buku.
Isu ‘cantik’ ataupun ‘tidak cantik’ ini susah ditentukan. Buku saya sendiri, ada buku yang saya anggap buruk covernya, tetapi laku keras. Ada yang saya suka, tetapi slooowww jualannya… Akhir kata, yang penting buku laku keras….
Tentang saudara hendak buat cover, boleh, tetapi hak menentukan cover adalah hak penerbit.
Post a comment