Monday, April 30, 2007

Pesta Buku: Nasib Penulis DBP

Dalam majlis gilang gemilang pelancaran buku dan CD lagu kanak-kanak oleh DS Rosmah Mansor - Pemangku Wanita Pertama itu sungguh anggun dan nampak 10 tahun lebih muda disebabkan seri baju biru keADILan yang dipakainya naik ke muka.

Majlis diadakan di ruang legar utama PWTC. Di atas pentas, Dato' Dr. Anwar Ridhwan sedang bersungguh-sungguh memperkenalkan buku dan CD itu, macam buku itu bukunya sendiri.

Kemudian Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP pula berucap, juga dengan bersungguh-sungguh meyakinkan DS Rosmah Mansor bahawa DBP bekerja keras menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang diamanahkan.

Kemudian Dr. Lim Swee Tin naik ke atas pentas, dapat membaca sajak. Kemudian Marsli N.O. naik ke pentas, dapat baca sajak. Kemudian koir kanak-kanak naik ke atas pentas, dapat menyanyi.

Saya duduk di meja tepi dinding, di luar ruang majlis, makan nasi lemak (beli sendiri, sudah jam 11.30 pagi, belum sarapan) ditemani En. Razak, pegawai DBP dan sahabat baik saya. Sambil makan sambil 'nonton acara gilang gemilang itu dari jauh.

Duduk di meja saya adalah Dr. Bustam Kamri dan Dr. Putri Zabariah. Mereka berdua adalah penulis buku Tadika Berkualiti terbitan PTS. Saya mahu belanja mereka makan nasi lemak, tetapi mereka menolak.

Kemudian datang seorang pegawai perempuan DBP memberitahu kedua-dua teman semeja saya itu bahawa nanti mereka dikehendaki naik ke pentas apabila nama mereka dipanggil bagi menerima cenderamata. (Kebetulan kedua-duanya adalah penulis buku yang sedang dilancarkan!)

Nota: Tolong jangan tulis komen mengutuk para petugas DBP pada majlis itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Nasib Penulis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: DS Rosmah Mansor Lancarkan Buku dan CD Lagu Kanak-kanak Previous entry: Pesta Buku: DS Rosmah Mansor Makan di Mana?
fudzail  on  04/30  at  06:20 PM

Puan Sifu

Saya tidak pernah menyaksikan majlis gilang gemilang pelancaran buku di Malaysia (tetapi sempat sekali hadir di majlis pra-nonton filem ‘Toy Story’ di LA, dan memang ringkas sahaja, tiada makan-makan pun, Steve Jobs si bilionair Apple & Pixar Animation pun simpoi sahaja) tetapi rasanya memang bertuah kepada para penulis yang terpilih buku-bukunya untuk dilancarkan oleh pemangku Wanita Pertama Malaysia yang anggun memakai baju biru keADILan tersebut, apalagi dua dato’ ternama jadi tukang jual, diserikan oleh penyair tersohor. Hebat sekali.

Antoloji cerpen perseorangan saya, ‘Dotkomania’, inshaAllah, akan diterbitkan Mei nanti (menurut penerbitnya, saya belum tandatangan apa-apa perjanjian), ingin juga saya lancarkan secara gilang-gemilang, angan-angan nak minta ahli parlimen kampung saya merangkap menteri sains, teknologi dan inovasi, tetapi dia mungkin tidak bersetuju, minta ibu saya rasanya lebih baik…..

Wallahualam.
——-

mardhiah bte mohd yusoff  on  05/01  at  01:09 AM

Salam Puan Sifu,
(mengambil contoh Sdr Fudzail)

Puan adalah sifu saya kerana buku tulisan Puan bersama Abdullah Hassan adalah teman saya, yang agak tidak pandai melakukan reppo “talk”. (rasanya memang masih tak pandai lagilah) Buku-buku Puan banyak mengajarkan saya memahami apa itu anjakan paradigma dalam bahasa yang lebih simple dan juga menolong saya memahami idea Sir Edward De Bono dan Stefen Covey dengan tidak perlu mengikuti siri-siri latihan dalam kumpulan yang merenyahkan.

Satu sahaja yang saya ingin letakkan di sini, iaitu akan kewajaran Datin Seri Rosmah dilayan dengan penuh hormat. Saya juga akan berbuat demikian bukan atas kapasiti dia (bolehlah kita kata) wanita pertama Malaysia, tetapi kerana dia adalah isteri kepada seorang pemimpin yang tak pandai pilih bulu dan sangat gemar membaca.

Ada seorang mantan menteri yang awal-awal lagi reject recruit yang obese macam saya, tapi di Mindef kelebihan fizikal tersebut tidak akan jadi masalah dibahgian Pentadbiran dan Staff Sokongan. Kalau nak jadi tentera tu memang tak bolehla. Malahan remaja obese sapa ke nama budak tu diberikan layanan istimewa agar dia dapat menjalani aktiviti PLKN.

Sebagai seorang yang obese maka kalaulah Islam benarkan cium kaki ibu, macam agama hindu, saya tidak teragak-agak untuk berbuat begitu pada beliau selain dari ibu dan ibu-ibu saudara saya.

Wallahuaalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/01  at  09:53 PM

Pelancaran buku di negara kita memang dibuat secara berlebih-lebih, terlalu ‘grand’ kadang-kadang, tetapi bukunya tidak seberapa.

Daripada pengalaman masa lalu, tidak pulang modal pun, pelancaran saja yang hebat tetapi buku tidak laku.

Secara tidak sengaja saya pernah menyaksikan pelancaran buku JK Rowling, Harry Potter, siri yang mula-mula diterbitkan, di London. Majlisnya sangat sederhana, tidak ada pun Queen di situ, atau Blair, ataupun selebriti British, yang ada kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan CEO serta staf Borders, tidak ada pun makan minum. CEO bercakap sedikit, kemudian Rowling bercakap sedikit, habis. Lepas itu Rowling menyain buku, itu saja, sambil sedikit-sedikit sempat bercerita perihal manuskripnya mula-mula ditolak oleh 3 penerbit besar di dunia ini.

Lihatlah apa sudah jadi kepada dia sekarang!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.