Sunday, April 29, 2007

Pesta Buku: Pari-Pari PTS Promosi Novel Fortuna

Disebabkan novel-novel terbitan PTS FORTUNA belum dikenali ramai, kita melaburkan lebih banyak modal bagi mempromosikan novel-novel PTS.

PTS mengadakan 6 (orang ataupun ekor?) pari-pari jelita dan pari-pari kecil yang comel-comel menjadi duta novel-novel PTS, merayau-rayau dari satu sudut ke satu sudut ruang pameran PWTC membawa contoh novel-novel PTS dan menyebarkan bahan-bahan promosi novel-novel itu.

Nampaknya, ke mana mereka pergi, mereka menjadi tontonan yang amat diminati. Ramai yang meminta izin mengambil gambar dengan mereka!

Pari-pari PTS akan berkeliaran pada setiap hari cuti umum dan hujung minggu. Jangan lupa, bawa kamera saudara!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Apabila Habiburrahman El-Sherazy bertembung dengan Dr. Hassan Ali Previous entry: Pesta Buku: Judul Asli Disangka Terjemahan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/29  at  03:48 PM

Wah, ruginya saya tidak dapat datang ke sana. Sekarang berada di Johor Bahru.

Alangkah seronoknya kalau Puan boleh sertakan gambar-gambar di sana.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  02:48 AM

Semalam, klien saya, seorang kontraktor pembinaan menelefon saya. Selain bertanya tentang akaun syarikat, beliau bertanya tentang bagaimana untuk memperbaiki BM anaknya yang hampir tidak lulus dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.  Menurut beliau, anaknya suka baca komik samada dalam BM atau BI. 

Anaknya itu dapat A dalam BI tapi D dalam BM.  Oleh itu anaknya terpaksa mengambil BM kertas Julai. 

Beliau bertanyakan saya bagaimana untuk membantu anaknya memperbaiki BM dalam masa yang singkat.  Oleh kerana cuma ada beberapa bulan saja lagi, saya telah mencadangkan pada beliau untuk membeli buku-buku terbitan PTS - khususnya novel-novel PTS (memandangkan anaknya itu masih remaja dan lebih berminat kepada komik). 

Pada masa yang sama saya terbayang rak novel di Pustaka Sri Intan (jaringan kedai buku terbesar di Terengganu) yang ketandusan novel-novel PTS sejak dua bulan yang lalu.

Hmmm…. hampir setiap minggu saya dan anak-anak saudara melawat PSI dan tempat pertama kami tujui ialah rak yang menempatkan buku-buku PTS, tapi sudah banyak kali hampa ...

Katalog dan brosur yang dikirimkan oleh MIFF Edar (kedaibuku.net) pula telah saya berikan kepada seorang (satu?) lagi klien yang merupakan institusi kemahiran industri yang memfokuskan latihan kepada anak-anak/remaja felda, agar dimasukkan buku-buku PTS dalam perpustakaan institusi tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/01  at  05:24 AM

Saya dah jumpa dengan pari-pari ini. ha ha.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.