Pesta Buku: Perempuan dan Buku Bisnes
Sewaktu pesta mula dibuka, seperti biasa, 80 peratus pembeli buku bisnes dan buku pengurusan PTS adalah lelaki antara 25 - 40 tahun.
Pola ini berubah sepanjang 3 hari terakhir pesta apabila lebih ramai perempuan membeli buku-buku bisnes. Bagi suami isteri yang datang ke booth buku bisnes, yang memilih buku adalah isteri, manakala suami membayar.
Kita masih memikirkan apa faktor yang mendorong perubahan itu.
.
.
Pola ini berubah sepanjang 3 hari terakhir pesta apabila lebih ramai perempuan membeli buku-buku bisnes. Bagi suami isteri yang datang ke booth buku bisnes, yang memilih buku adalah isteri, manakala suami membayar.
Kita masih memikirkan apa faktor yang mendorong perubahan itu.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Memandang soalan Puan itu, saya berpendapat begini:
Beberapa tahun kebelakangan ini, kos sara hidup meningkat (petrol, tarif air dan elektrik, dll), dan gaya hidup dengan memiliki produk2 terkini (sepert ASTRO, insuran pendidikan, hp berkamera, streamyx dll) juga menjadi ikutan sedangkan gaji bulanan tidak pula semakin naik, maka ramai pasangan kini yang mengikut formula ini, seorang makan gaji dan seorang lagi berbisnes.
Sekarang pula ada banyak kursus usahanita dan banyak insentif-insentif menarik yang ditawarkan oleh badan-badan tertentu (seperti koperasi atau persatuan-persatuan) seperti sumber biaya projek-projek bisnes.
Ada sesetengah suami yang menyerahkan bulat-bulat kepada isteri, bisnes apa yang mudah dijalankan. Ada isteri yang memang telah merancang untuk menjalankan bisnes dengan dokongan suami yang berjawatan tetap.
Mungkin ini sebahagian sebab isteri memilih buku dan suami yang membayarnya.
——-
Assalamualaikum wbt
“Kita masih memikirkan apa faktor yang mendorong perubahan itu”
Ini sekadar pandangan saya sebagai pembeli buku-buku bisnes PTS dan Cerita-cerita Jutawan dari Al-Ameen. Jadi, pendapat ini hanyalah pendapat peribadi saya yang mungkin ada kesamaan dengan wanita-wanita lain yang membeli buku-buku bisnes.
1) Tertarik dengan kisah wanita sebagai Usahawan berjaya - Wanita dan kecantikan. siapa tidak kenal Sendayu Tinggi dan Pn Rozita pengasasnya. Beliau menjadi ikon berjaya. Kisahnya yang perit sebelum menjadi usahawan memang sangat ajaib. Justeru itu, bagi wanita yang tiada asas tentang bisnes, tentu mencari buku bisnes sebagai panduan. Baguslah buku lembu laris dibeli wanita. Suatu hari nanti akan ada ikon usahawan wanita dalam bidang penternakan lembu. Memang satu kejutan. Dalam PTS, dunia buku, dunia pendidikan sastera - pemikiran - Puan Sifu juga satu ikon yang baik.
2) Pengangguran graduan yang sering diwar-warkan - Selalu betul saya dengar hal ini dari orang. Betul atau tidak saya pun tidak pasti. Enggan menjadikannya mantera. Sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa sahaja. Jadi, apa salah nampak buku bisnes beli dan baca. Manala tahu kena dengan diri kita. Seperti bawa payung. Hujan atau tidak, membawa payung bukannya satu kerugian.
3) Sekali baca buku bisnes seperti kena beduk - Nampak macam-macam peluang. Tu yang beli buku bisnes lain. Baca cerita tentang jutawan, apa-apa sahaja tentang bisnes. Buku Bisnes pertama yang saya baca ialah “Bagaimana memulakan bisnes” dan yang seterusnya adalah dari pts dan penerbit lain juga. Buku pertama itu saya berikan pada abang saya untuk dibaca. Lepas habis dibaca, terus dia beli buku ‘Cari duit di rumah’ Cari duit dalam internet’... Memang kena beduk juga. Rupa-rupanya orang muflis pun boleh jadi jutawan dalam internet kerana kreditnya berbeza. Tak kena sekat dengan SITOS. Tu la kuasa pengetahuan membaca buku bisnes. Orang yang kena beduk je akan beli lagi siri bisnes
4)Pengalaman orang terdekat - Saya ada saudara yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi. Tetapi, hutang masih keliling pinggang, tinggal di rumah sewa dan hanya mengharapkan gaji bulanan yang lumayan. Sedangkan seorang saudara saya lagi, tidak berpelajaran tinggi tetapi bebas hutang dan hidup mewah kerana dia mempunyai bisnes sendiri.
5) Pendapat saya secara general kenapa wanita membeli buku bisnes
a) kerana desakan hidup dan mahu mengubahnya dengan bisnes. contohnya ,ibu tunggal
b) sebab dah muflis. Maka meniaga satu cara lain menyara diri. Zaman sekarang, seorang individu yang meminjam wang RM 30,000 termasuk bunga dan gagal membayarnya boleh disaman dan dimufliskan. Manakala syarikat yang hutangnya kepada individu atau syarikat lain dalam jumlah RM 500 boleh dikenakan tindakan yang sama. Tapi, tidak berbaloilah RM500. Yuran guaman dan pemfailan pun lebih dari itu. Zaman kini, seorang mahasiswa meminjam PTPTN penuh dalam RM 28000 ( Macam ada harapan tu. Tak rugi sediakan payung walaupun tak hujan
c) Saja, mengisi masa lapang. Sudah bosan baca novel cinta.
6) Bila dah baca buku bisnes, baca juga buku psikologi - sebab apa? Sebab saya memerhatikan Pts. Memang betul-betul menggunakan psikologi menarik pembeli. Contoh mudah; kulit buku yang menggoda. Kadang-kadang saya pun tergoda sampai saya berdoa ( Ya Allah, lindungi aku dari kulit buku yang menggoda, nanti tambang balik tak cukup pula )
Sekian, itu sahaja pandangan saya. Harap maaf kalau ada menyinggung mana-mana pihak
Puan Ainon yang dihormati,
Pendapat Embun itu memang banyak berlaku. Dahulu saya lihat ramai menyambung pelajaran - ambil master, etc untuk naik pangkat, sekarang ramai berniaga.
Ramai wanita muda belum berkahwin atau yang belum ada anak juga sudah merancang untuk berdikari sejak awal lagi. Mereka makin bijak dan sudah buat strategi jangka panjang. Mahu kahwin, mahu jaga anak, tapi mahu ada wang sendiri untuk jaminan masa depan.
Saya pernah dengar wanita bujang selepas graduate membuka nurseri kanak-kanak, kedai book-for-rent, kedai pakaian. Kebanyakkannya dari keluarga berkemampuan dan mendapat sokongan keluarga.
Kalau yang bekerja pun, ramai target untuk syarikat MNC. Gaji lebih banyak, network luas, pengalaman dari segi professional pun bagus. Lepas beberapa tahun boleh buka syarikat sendiri pula.
Post a comment