Sunday, August 23, 2009

Pesta Buku POPULAR BookFest Malaysia 22 - 31 Ogos 2009 di Pusat Konvensyen KLCC

Di Malaysia, ada 3 pesta buku yang paling besar dan meriah:

(i) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), anjuran Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Pesta ini 90% menjual buku-buku Melayu.

(ii) Pesta buku dan pendidikan ReadMalaysia anjuran The Mines, di Pusat Konvensyen MINES Kuala Lumpur. Pesta ini dulu-dulunya hanya mempamerkan buku-buku Cina, tetapi sejak 2008 sudah mempamerkan buku Inggeris, dan pada 2009 sudah mula mempamerkan buku-buku Melayu.

(iii) Pesta buku BookFest@Malaysia anjuran Popular Bookstores di Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur. Pesta ini paling banyak diturut-sertai oleh penerbit buku Cina dari Hong Kong, Taiwan dan Republik Rakyat Cina. 

Sejak awal, fokus BookFest adalah buku-buku Cina, manakala buku Melayu hanya ibarat melukut di tepi gantang sahaja. Tetapi, hasil trend peningkatan jualan buku-buku Melayu yang berlaku sejak 5 tahun yang lalu, pada tahun 2009 ini, penganjur BookFest melancarkan kempen khas bagi menarik lebih banyak pengunjung Melayu dengan memberikan ruang yang lebih besar bagi mempamerkan buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cover Trilogi John Grisham adalah Hasil Sentuhan Jari-jari Tn. Hisham Salmin Previous entry: Ruangan Sastera dalam Berita Harian
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  04:03 PM

hmm…dalm bulan puasa kan…teringn nk pegi..msti penat….huuhuh

hamdy  on  08/03  at  06:36 PM

salam.

>fokus BookFest adalah buku-buku Cina, manakala buku Melayu hanya ibarat melukut di tepi gantang sahaja

sebagai penulis dan menerbit sendiri, bagaimana saya boleh melukut utk bookfest ini?

paling tidak, bermula dgn melukut, mudah2an masadepan akan dapat ketengah.

Ada cadangan supaya boleh melukut di bookfest itu?

terima kasih
hamdy

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/24  at  01:24 PM

apa jenis buku yang akan ada di bookfest ini.?

Zamri Mohamad  on  08/24  at  07:19 PM

Mungkin tuan Hamdy (bersama rakan-rakan terbit sendiri yang lain) boleh berbincang dengan pegawai yang bertanggungjawab dalam pemilihan judul-judul buku Melayu di Popular smile

45% lantai dalam seksyen buku untuk buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sana.

Dengan penambahan 8600 judul buku Melayu di Popular BookFest kali ini, pasti ada ruang dan peluang untuk semua. Hmm mahu ke sana hari Rabu ini smile

———

Nota: Prof Diraja Ungku Aziz akan menyampaikan hadiah untuk anugerah pengarang popular hari Rabu ini jam 2pm.

Riduan Khairi  on  08/25  at  02:46 PM

Wow.

Tapi poket sudah nipis untuk Ramadhan dan raya. Bagaimana?

mohamad kholid bin hamzah  on  08/26  at  11:59 AM

kalau poket sudah nipis - jangan pergi, bang… nanti bajet lariiii…. maklumlah, kaki buku ni kadang-kadang lupa diri….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/26  at  12:03 PM

Kalau poket sudah nipis sangat, baca sahaja buku-buku lama, tentu banyak perkara baik yang belum dipraktis. Kalau sudah dipraktis, inilah masanya mengembang biakkan pula perkara baik tersebut kepada keluarga dan kenalan.

Bila kembung semula, tibalah masa untuk membeli.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/28  at  06:08 PM

ada x jual bku medical like for physiotherapy?

Counselor  on  11/25  at  02:05 PM

sebagai penulis dan menerbit sendiri, bagaimana saya boleh melukut utk bookfest ini? paling tidak, bermula dgn melukut, mudah2an masadepan akan dapat ketengah. Ada cadangan supaya boleh melukut di bookfest itu?...read more

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: