Tuesday, May 01, 2007

Pesta Buku: Sifu Menangis


Sifu menangis, kemudian menangis lagi....

Jika dia perempuan, sudah kupeluk dia!

Lelaki itu adalah Sdr. Kassim Selamat! Percayakah? Sdr. Kassim Selamat datang ke gerai PTS!

Beliau datang ditolak dalam kerusi roda oleh isteri dan 3 orang anak-anaknya.

Dada beliau diikatkan ke pesandar belakang kerusi rodanya, jika tidak badan beliau jatuh ke depan. Beliau lumpuh dari dada ke kaki. Jari-jarinya tidak dapat merasa.

Jika dia perempuan, dia sudah kupeluk!


Wahai Tuhan yang maha pengasih, berikanlah kebahagiaan dan keriangan kepada hambumu itu dan isteri serta anak-anaknya. Ringankanlah perasaan mereka, lapangkanlah dada mereka, dan turunkan ketenangan ke dalam jiwa-jiwa mereka. Berikanlah sebanyak-banyak kebaikan kepada keluarga hambamu itu, sihatkanlah mereka, tambahilah rezeki mereka, serta cukupilah keperluan mereka. Wahai Tuhan yang maha pemurah, makbulkanlah doa ini. Amin.

Nota: Gambar-gambar di atas diambil daripada blog Puan Saridah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(22) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hari Ini Rabu: Sifu di PWTC Previous entry: Tip Survival Penerbit: Branding dan Perkaitannya dengan Masa Depan Syarikat
Amiene Rev  on  05/01  at  11:47 PM

Alhamdulillah,

Doa saya supaya saudara Kassim Selamat dipertemukan dengan Sifu… akhirnya termakbul jua.

Saya ada mengulas blog beliau tahun lepas dan mencadangkan nama dia kepada Sifu.

Harap Sifu akan dapat menerbitkan buku beliau, kerana saudara Kassim Selamat pernah menyatakan hajatnya untuk menerbitkan buku hasil tulisannya…

Saya terharu membaca entri ini…

Sifu… Saudara Kassim Selamat amat berbakat dalam penulisan kan? Jika Christopher Reeves dapat membantu memberi semangat kepada para peminatnya, saudara Kassim Selamat pun..

pasti boleh! Menerusi buku tulisannya nanti.

Saya menjamin buku beliau dapat dijual dengan nyawa saya!
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  01:39 AM

Saya pun seakan mahu menangis bila dengar berita ini.

SMalu rasanya bila memikirkan sinopsis belum dihantar. Semangatnya akan saya contohi. Idea sudah ada cuma belum bercambah lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  01:42 AM

amin.

Kassim Selamat  on  05/02  at  02:05 AM

Puan Sifu dua tiga hari saya menyebut-nyebut dan meminta-minta kepada isteri saya agar dibawa ke PWTC. Saya ini jenis yang agak pemalu dan rasa rendah diri untuk bertemu orang tetapi entah mengapa saya amat teringin sangat bertemu puan.

Alhamdulllilah…. dengan izin Allah hari ini hajat saya tercapai juga. Saya amat terharu bila Sifu menyentuh saya sambil mengalirkan air mata. Saya rasakan Sifu seolah-olah kakak saya… terima kasih, Sifu.

Terima kasih atas layanan baik Sifu kepada saya sekeluarga dan terima kasih juga kerana mengeluarkan wang saku Sifu membayar jumlah buku yang saya ambil.

Di dalam kereta saya sempat berkata-kata kepada anak-anak saya “Tengok tuu tokei (Puan Sifu) pun kena bayar guna duit sendiri untuk buku yang dibeli (yang saya ambil)” . “Macam itulah cara kita hendak berniaga,” pesan saya kepada anak-anak.

Saya doakan semoga Sifu diberkati Allah, sihat selalu dan murah rezeki… amin.

Buat Sdr. Amienerev… terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan Puan Sifu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  02:07 AM

Puan Sifu, gambarnya sudah saya siarkan dalam blog saya.

http://www.saridahamid-kuinginbicara.blogspot.com

Mya Marja  on  05/02  at  03:14 AM

Amin…
Puan, saya turut tersentuh dengan entri puan kali ini. Semoga saudara kita itu diberi ketenangan dan kemudahan menjalani hidup ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  09:04 AM

Amin. Amin. Amin. Semoga Allah makbulkan doa-doa Sifu. Buat Puan Ain (isteri KS) dan anak-anak, InsyaAllah budi baik anda akan dibalas dengan pahala yang melimpah ruah oleh Allah s.w.t.

ez  on  05/02  at  09:22 AM

Alhamdulillah tertunai sudah hajat sahabat seperjuangan kita untuk bertemu dengan Puan Sifu. Semoga pertemuan-pertemuan berikutnya bakal menyusul. Amiin.

alang kelana  on  05/02  at  10:20 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Amin, amin, ya Rabbal’alamiin.

Jiwa Rasa  on  05/02  at  11:12 AM

Puan Ainon,

Saya juga sebak bila baca posting ini…
Sebak kerana kesungguhan Sdr KS untuk datang ke Pesta Buku. Dengan susah payah sanggup datang!

Kita yang gagah dan kuat ini, sungguh lemah dan lumpuh pula kaki untuk menjejak ke pesta buku!

Kalamtimur  on  05/02  at  11:22 AM

Puan Ainon,
Saya sentiasa mengikuti tulisan puan melalui newletter yang saya terima saban waktu. Sekian kali, lama tidak merespon di UNIKAPTS. Tertarik dengan tajuk “Sifu Menangis”. Semoga, Allah memberi kekuatan kepada sdr Kassim Selamat dan berjaya menghasilkan bukunya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  11:25 AM

Amin Ya Rabbul ‘Alamin…

(Saya juga turut terharu….sangat-sangat..)

Dan Puan Ain - pada saya, adalah isteri mithali…juga anak-anak..patut dicontohi..
Encik KS…sungguh bertuah!!
Puan Ainon…juga sungguh bertuah…moga PTS dapat usahakan menerbitkan buku pengalaman hidup En. KS..

Moga Allah berkati semuanya…Amin..

Wasalam,

Umi Kalthum Ngah
(Manchester)

dingin  on  05/02  at  12:13 PM

tak terkata

Web Sutera  on  05/02  at  12:41 PM

Subhanallah, kasih Tuhan tidak bertepi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  02:31 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Maka dengan izin Allah segala impian terlaksana.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin inilah yang menyentuh hati Puan Sifu. Kita hanya mampu memandang kegigihan Sdr Kassim Selamat dan keluarga tetapi tidak dapat merasai segala keperitan.

Apapun ini boleh menjadi contoh buat sesiapa yang mudah patah semangat. Tiada apa yang dapat menghalang kalau ada daya dan usaha.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Sdr Kassim Selamat dan keluarga. Aamiin..

zalisa  on  05/02  at  03:26 PM

Assalamu’alaikum puan,

Saya turut mendokan kejayaan saudara kita yang kuat semangat itu. Kejayaan dunia akhirat. Aminnn…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/02  at  03:51 PM

AMAT KERDIL DIRI INI

Amat kerdil diri ini rupanya
kerdil rasa kerdil usaha
mudah-mudahan usaha mereka
menerbitkan sedar di jiwa ini
betapa rahmatMu tidak bertepi

kaharjalil
desa skudai
2 Mei, 2007

Riduan Khairi  on  05/02  at  07:21 PM

Amin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/03  at  09:14 AM

Semoga impiannya untuk melihat hasil usahanya itu dibukukan menjadi kenyataan dengan bantuan dan sokongan PTS, amin.

Saya amat terharu melihat semangat KS yang teramat kuat, saya doakan semoga Allah memberikannya balasan yang teramat baik untuknya di dunia dan Di Akhirat.

Saya juga tersentuh hati apabila melihat dengan mata sendiri, seorang Sifu yang tidak putus-putus menyokong saya dari segenap penjuru dan memberi kata-kata semangat yang teramat kuat, telah mengambarkan sifu seorang yang berhati waja. Tetapi kerana imannya yang suci, kekuataannya ternyata tidak dapat menghalangnya daripada mempunyai sifat dan nurani seorang insan yang teramat kerdil.

Semoga Allah senantiasa bersamamu wahai permata yang menyinari hatiku (KS & SIFU)

Aini Murni  on  05/03  at  09:41 AM

السلام عليكم

Aduhai… tersentuh hati saya yang kering ni melihat entri ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/03  at  10:29 AM

Salam..
Semoga Tuhan memberikan kekuatan,rezeki yg melimpah ruah , kesihatan yang baik kepada saudara Kassim sekeluarga.Amin.

Buat Sifu,
Semoga Tuhan memberkati setiap usaha,ilmu,tenaga,sumbangan yg diberikan dan berharap dianugerahkan kesihatan serta rezeki yg melimpah ruah.Amin
1 Mei tercapai jua hajat ingin melihat wajah Sifu di PBAKL.Itu pun dari jauh sewaktu Dr Danial di pentas memperkenalkan buku terbaru tulisan beliau.

syeikh.mahadzira  on  08/03  at  04:02 AM

Bismillahirrohmannirohim
      Sejak akhir akhir ini Kassim Selamat [KS] selalu bermimpi padang pasir rupanya syeikh mahadzira nak datang menolong dia isteri dan anak.
      Masyaallah jangan lupa pesan2 saya ttg hujan dan doa dan amalan zikir itu.  Tiadalah yg berputus asa dari rahmat tuhan mu melainkan orang-orang kafir.

.

Betulkan ejaan yang di-bold-kan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: