Monday, May 14, 2007

Pesta Buku: Strategi ‘Orang Panggil Orang’

Dalam ilmu psikologi, ada sub-bidang yang disebut 'psikologi sosial'. Bidang ini mengkaji tingkah laku manusia apabila dia berada dalam kelompok. Dari sudut lain, ia mengkaji pengaruh orang lain ke atas tingkah laku seseorang.Salah satu dapatan dalam bidang ini adalah: Seseorang itu terdorong melakukan apa yang dia lihat orang-orang lain sedang lakukan.

"Monkey-see-monkey-do." Itulah tip dan pepatah orang bisnes.

Jadi, sebagai contoh, apabila kita terpandang orang ramai mengerumumi tukang jual ubat di kaki lima, kita terdorong hendak tahu apa yang dikerumuni, lalu kita pun ikut masuk kumpulan orang-orang yang berkerumun itu.

Para penjual ubat kaki lima pun tahu fenomena ini. Bagi menggalakkan orang membeli ubatnya, mereka 'memasang' 3 ataupun 4 orang orang supaya berlakon membeli ubatnya. Ini mendorong orang-orang lain turut membeli ubatnya! (Ini contoh apa yang disebut kesan 'Monkey-see-monkey-do'.)

Dapatan ini digunakan dengan meluasnya dalam bidang strategi pemasaran dan jualan. Supermarket akan menurunkan harga sesuatu barang popular dengan gila-gila supaya ramai orang datang. Apabila orang nampak banyak orang di supermarket itu membeli-belah, mereka terdorong ikut membeli-belah. Strategi ini dipanggil 'orang panggil orang'.

Fenomena ini mudah dilihat dalam deretan kedai makan. Gerai yang ramai orang semakin ramai didatangani orang, manakala gerai yang sunyi orang, makin tidak didatangni orang.

Semasa pesta buku, banyak booth cuba memanggil orang dengan memasang macam-macam CD dan VCD dengan kuatnya sehingga mengganggu keselesaan pengunjung dan booth jiran sebelah-menyebelah. Tetapi dalam booth itu tidak banyak diletakkan petugas. Ini tidak berkesan. Kebisingan (noise) bukan pemanggil yang berkesan.

Bagi pempamer dalam pesta buku, adalah penting supaya di booth kita kelihatan ramai orang. Nanti baru tercipta fenomena 'orang panggil orang'.

Inilah sebabnya pempamer perlu meletakkan ramai orang-orangnya dalam booth. Sebagai penerbit, jangan hanya staf jabatan jualan sahaja yang ditugaskan menjaga booth. Libatkan staf editorial dan staf jabatan pentadbiran sebagai penjaga booth.

Lebih penting lagi libatkan para penulis. Dengan kehadiran banyak penulis, barulah booth kita banyak orang. Barulah tercipta faktor 'orang panggil orang'.

Sesetengah penulis amat pemalu, manakala sesetengah penulis seronok berkempen dalam booth. Kehadiran penulis yang pemalu tetap mencipta kesan yang baik pada faktor 'orang panggil orang'. Manakala penulis yang seronok berkempen, meninggalkan kesan yang lebih baik.

Adalah silap apabila kita tidak membenarkan penulis yang sama selalu datang dan berada dalam booth bagi membuat promosi buku-bukunya dan buku-buku penulis lain, atas alasan "Kalau penulis itu asyik ada dalam booth nanti buku penulis-penulis lain tidak laku."

Logik, "Kalau orang tidak membeli buku penulis A, maka tentu orang akan membeli buku penulis B" adalah logik yang tidak saintifik. Logik ini berbahaya kerana ia merosakkan kesan 'orang panggil orang'.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Kot, Nektai, Jaket, T-Shirt, Topeng Venice, Apron, Kimono, Sayap Pari-pari, Telinga Arna Previous entry: Bengkel Orang Buta: Potong Giliran
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/14  at  06:54 AM

Assalamualaikum Pn. Sifu,

Strategi ‘orang panggil orang’ ini memang berkesan.

Orang ramai lebih percaya dengan apa yang dia lihat. Disamping itu komunikasi dan pengiklanan ‘mulut ke mulut’ kalau kena caranya juga berkesan untuk menarik pelanggan.

Walau bagaimanapun kualiti produk memainkan peranan penting dalam perkara ini. Tidak guna ramai orang datang tetapi tidak membeli sebab produk yang ditawarkan rendah kualitinya.

Keyakinan pembeli kepada sesuatu produk kerana kualitinya akan menambat hati mereka sentiasa dan memerlukannya secara berterusan. Seperti majerin Planta. Sebutlah majerin lain mereka tetap memilih Planta sebab yakin dengan kualitinya.

Nah! Di sini letaknya cabaran sebenar penjual. Untuk mengekalkan kualiti produk bukan perkara mudah. Banyak faktor yang mempengaruhinya. Mood pembeli juga perlu dikaji dari masa ke semasa.

Ah! Seperti bagus sahaja saya ini.

Pn. Sifu tentu lebih berpengalaman dalam perkara mengekalkan kualiti produk. Jika tidak, masakan produk PTS laris di pasaran.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: