Monday, May 07, 2007

Pesta Buku: Takut Ter-masuk Islam

Macam biasa, sepanjang pesta buku kita jalan-jalan, tengok booth kawan-kawan, apatah lagi booth kawan-kawan karib kita.

Kita singgah di booth KarnaDya, milik keluarga Puan Aina Emir, kita ternampak sebuah buku 'pelik' kulitnya, macam kulit buku sastera klasik terbitan DBP dipamerkan bersama-sama buku-buku novel remaja. Judul buku pelik itu "Nilam Sari".

"Itu buku apa? Lain benar wajahnya!"

Salah seorang anak lelaki Puan Aina yang bertugas sebagai promoter buku, sambil memegang buku pelik itu berkata, "Puan, tadi ada orang tanya... Ini surah Yasinkah?"

Saya tergelak, sambil geleng-geleng kepala memikirkan, macam mana pula designer cover buku itu buat cover buku sastera sampai nampak macam cover buku Surah Yasin. Macam ini punya designer pun ada! - hati saya berkata.

Macam tidak cukup gelak, seorang lagi anak Puan Aina menyambung, katanya, "Puan, ada seorang India datang, apabila dia tengok buku itu, dia kata... Saya takut baca ini buku... nanti saya masuk Islam!"

Kah! Kah! Kah! Kami semua tergelak, kali ini sampai tekan-tekan perut...

Nota: Kesilapan begini berlaku disebabkan editor baru belum mahir mencipta pakejing buku. Gelak, gelak juga... satu kali silap, ribu-ribu ringgit terbang!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Tidak Mahu Jadi Teroris Previous entry: Pesta Buku: Pro dan Kon Mengadakan Pelancaran Buku
jOnOS  on  05/07  at  08:48 PM

Assalamualaikum,

Itu lebih baik, kerana saya pernah menonton sebuah ceramah yang menunjukkan sebuah Surah Yasin pada kulitnya dicetak muka YB di daerah itu.. Surah Yasin cap penimbang… Lagi haru!

Nota Sifu: Haru… Haru… kik kik kik, adumak sakitnya perut aku….

——-

Hannah  on  05/08  at  07:09 AM

Agaknya designer buku ini datang dari zaman dahulu…. suka design yang bercorak. Bukankah buku Yasin bercorak2….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  09:04 AM

Ada satu penerbit yang dulunya banyak menerbitkan buku-buku agama dan buku umum, tiba-tiba menerbitkan novel sulung mereka.

Penulis novel itu adalah “bekas” penulis di salah sebuah penerbit novel terulung di Malaysia. Pertama kali saya perhatikan novel itu, saya tertanya-tanya, ini novelkah ataupun buku agama? Ini adalah kerana design cover novel ini tidak jauh bezanya dengan buku agama.

Sebagai penjual buku, saya letakkan novel itu bersama novel-novel lain di atas rak. Sehingga hari ini, novel itu tidak ‘dijamah’ oleh sesiapa…

Tuan Saifuddin, nasib baik Tuan boleh baca isi buku itu, oleh itu Tuan tahu buku itu novel. Di sesetengah kedai kecil, towkey kedai itu bukan pandai membaca dalam bahasa Melayu, jadi dia main baca gambar pada cover sahaja,  maka dia letaklah buku itu di rak yang gambar covernya serupa….

panaharjuna  on  05/08  at  05:57 PM

Puan sebut pasal India hendak beli buku, masa hari saya dan Faisal datang untuk promosi ada seorang lelaki India datang bertanya tentang buku Sahabat Kole Kacang, dari gayanya macam hendak beli, kami serba salah sebab buku itu kuat dengan moral Islam. Boleh dikatakan tiap-tiap muka surat ada gambar Muaz dan Zuhaimi pakai kopiah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  06:43 PM

Baru sekejap tadi seorang guru datang ke kedai saya menempah puluhan buku untuk dijadikan hadiah sempena Majlis Penyampaian Hadiah.

Untuk pelajar Islam, memanglah mudah kerana boleh dicadangkan buku-buku PTS. (..dan rasanya PTS baru menerima tempahan itu melalui faks sekejap tadi!)

Tetapi apabila beliau perlukan 20 buah buku untuk pelajar bukan Islam tingkatan 4 & 5, saya garu kepala. Hendak beri buku apa?... Saya beritahunya saya akan cari, tetapi belum ada pilihan lagi ni…

Ada sesiapa boleh cadangkan kepada saya buku yang sesuai, budget sekitar RM20 sebuah buku…

Saifuddin Awang.
Kemaman.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: