Monday, May 07, 2007

Pesta Buku: Tidak Mahu Jadi Teroris

Sepanjang kita duduk di booth PTS memerhati dan memasang telinga bagi mendapatkan komen-komen live daripada pengunjung, komen ini yang paling menyentuh perasaan.

Seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia sekitar 10 tahun lalu di depan meja di mana novel siri pahlwan Islam karya Abdul Latip Talib dipamerkan.

Si anak berhenti dan membuka-buka novel "TARIQ".

Kemudian si ayah mengambil novel itu dan meletakkannya semula di atas meja lalu menarik tangan anaknya supaya berlalu dari situ, sambil berkata, "Ayah tidak mahu kamu jadi teroris!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Rancangan 2008 - Buku Remaja Lelaki Previous entry: Pesta Buku: Takut Ter-masuk Islam
abdul latip  on  05/07  at  10:26 PM

Puan Ainon,

Namun ada juga episod yang menyukakan hati saya.

Seorang budak lelaki baru darjah 4 (10 tahun) tertarik dengan novel Salahudin dan adiknya perempuan baru darjah 3 (9 tahun) tertarik dengan novel Khalid.

Keduanya merengek ayahnya minta dibelikan novel-novel tersebut. Akhirnya ayahnya mengalah setelah saya turut memujuknya.

Semasa tanda tangan pada novel itu saya katakan pada dua beradik itu, “Ayah sudah belikan novel pakcik, adik kena belajar sungguh-sungguh.”

Anak-anak itu mengangguk, ayahnya tersenyum.

Saridah pun berkata, “Kalau budak umur 10 tahun sudah minat novel Pak Latip… hebat tu.”

Puan Ainon Mohd.  on  05/07  at  10:35 PM

Tuan Latip,

Saya sudah tegaskan berkali-kali, bab membaca novel, budak-budak pun boleh baca novel berat-berat. Tidak ada istilah novel orang tua, novel remaja, novel budak-budak, apabila novel-novel itu ditulis menggunakan teknik surah Yusuf. Tidak ada Quran untuk orang tua, Quran untuk remaja ataupun Quran untuk budak-budak. Itulah satu Quran untuk semua.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

Azree  on  05/07  at  11:46 PM

Aiyak. Pelik-pelik. Bagaimanalah boleh timbul isu teroris pula itu?

Riduan Khairi  on  05/07  at  11:59 PM

Saya teka keluarga itu berlatar belakangkan pendidikan Inggeris. Ayahnya banyak membaca buku-buku berbahasa Inggeris dan sudah tercucuk jarum ‘Islam itu ganas’.

Itu sebab kenapa saya sokong PTS dengan buku-buku berbahasa Melayunya.

Web Sutera  on  05/08  at  12:35 AM

Biasalah Sifu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Saya teringat kata Yusuf Qardawi, begini: “Jika menyokong perjuangan Islam itu dikatakan teroris, biarkan saya jadi teroris.”

Wallahualam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  02:08 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Tidak semua orang Inggeris beranggapan orang beragama Islam itu teroris.. Lagipun, bukankah Islam itu agama untuk semua bangsa? Bukan hak orang-orang Melayu sahaja?

Kadang kala perlu adanya orang yang melakukan sesuatu membetulkan tanggapan orang Barat yang mengaitkan Islam itu dengan terroris. Malah menjadi tanggungjawab kita memberikan penerangan sebenar akan Islam itu agama suci, agama kedamaian.

Salah seorang yang saya kenal adalah Saudara Idris Tawfiq, seorang bekas paderi..

Sila lihat entri saya semasa saya hadir sesi ceramah saudara se agama kita ini semasa dia didatangkan khas ke Manchester, dari bumi Mesir (tempat dia menetap sekarang). Saya bercucuran ari mata semasa mendengar pengisiannya… “Dari Vatican ke Al Azhar” – “Petang yang Indah Bersama Saudar Idris Tawfiq”

http://www.jim.org.my/module2.php?module=emelpil&id=30

Websitenya saudara Idris Taufik pula adalah

http://www.idristwfiq.com

Wasalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  02:19 AM

Mohon maaf, pembetulan..

http://www.idristawfiq.com

ip  on  05/08  at  07:01 AM

Banyak maklumat dapat dengan melihat gelagat manusia. Kerja seorang ahli saintis sosial.

Hannah  on  05/08  at  07:06 AM

Saya kasihan dengan anak yang disebutkan Puan Ainon. Dan simpati pada si ayah yang tidak tahu apa makna pahlawan Islam dan apa pula makna terrorist itu… sehinggakan kisah-kisah pahlawan Islam mahu dielakkan kerana takut anaknya menjadi terrorist…

Bukan orang bukan Islam sahaja yang keliru, masyarakat Islam sendiri pun keliru dengan pendirian dan kisah sejarah agama yang dianuti…...

Orang-orang begini, perlu diberi kefahaman…...

Abang Long  on  05/08  at  07:47 AM

Salam Hormat buat Puan Sifu dan Kekanda Latip.

Rumusan pendek saya setakat ini ada dua:

1 - Orang Islam sudah “MENELAN” jarum (baca PRO-PA-GANDA), Orientalis Barat, dengan enaknya.

2 - Umat Islam (segelintir), masih tidak terbuka mindanya untuk membaca bahan bacaan yang berunsur Islam. Mereka lebih berbangga membaca karya penulis Barat.

Fable Fox  on  05/08  at  01:24 PM

Sebagai seorang bekas pelajar UTM Skudai sewaktu kes Dr. Azhari, saya faham akan perasaan si ayah. Tetapi dia tersilap buku. Jangan sekali-kali serkap jarang. Hanya kerana satu epal buruk, satu pokok ditebang. Bukan apa, zaman sekarang ini, banyak juga orang yang mengaku pakar… pakar agama, pakar self help, pakar perniagaan (soronok juga baca blog tuan kang tentang mereka ini), pakar motivasi (tetapi bersikap perkauman, melayu itu cina ini) dan maca-macam lagi.

Sdr Fox, adakah sdr memasukkan nama Allahyarham Dr. Azhari dalam kelompok ‘epal buruk’?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  01:33 PM

Buku Sun Tzu: The Art of War tidak pula dikatakan teroris malah menjadi buku evergreen lagi. hoho

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  03:23 PM

Kasihan si ayah…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/08  at  03:55 PM

Haha, inilah sebenarya Papa Jahat!!

panaharjuna  on  05/08  at  04:23 PM

Salam buat semua pengunjung.

Peristiwa ini menunjukkan kita satu perkara.

Hidayat itu buta.

Namun ikhtiar diatas perkara hidayat itu, saya fikir sangat perlu.

Kita wajib berikhtiar atas perkara hidayat dengan cara memberi faham akan pengertian dan makna Islam yang tulus. Mencipta buku-buku yang bagus, memberi kursus kefahaman agama. Namun pada akhirnya, segala putus kata hati adalah diatas kehendak Allah, tuhan yang memegang segala kata hati.

Abu Talib adalah bapa saudara nabi s.a.w. Orang yang memelihara dan membesarkan nabi s.a.w dengan kasih sayang. Nama Abi Talib itu juga bermaksud ‘Bapa Segala Keinginan’ tetapi kerana didalam hati Abi Talib tidak ada keinginan pada hidayat Allah, maka orang yang berada hampir dengan Nabi s.a.w pun akhirnya kembali dalam keadaan kafir.

Abi Talib meninggal dunia tanpa dua kalimah syahadah.

Berbanding Umar Al Khatab yang pada awalnya menentang Islam namun kerana pada hatinya ada sedikit keinginan untuk mengenal islam didalam hatinya, maka Umar Al Khatab di beri hidayat oleh Allah. Malah pada akhirnya menjadi antara benteng paling kuat umat Islam.

Jadi menurut hemat saya, perkara yang sewajarnya kita lakukan apabila mendengar si bapa itu mengatakan “bahwa Islam itu mengajar keganasan”, adalah kita seharusnya cepat-cepat mendoakan agar si bapa memperoleh hidayat memahami Islam dengan lebih mendalam.

Siapa tahu, jika hidayah itu sampai ke   dalam relung hatinya, maka dia akan menjadi seorang muslim yang jauh lebih baik dari kita semua?

Allah yang lebih tahu.

Sangat setuju - Sifu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/09  at  02:39 AM

“NeenaUmi Says:
May 8th, 2007 at 2:08 am
Assalamualaikum warahmatullah,

Tidak semua orang Inggeris beranggapan orang beragama Islam itu teroris.. Lagipun, bukankah Islam itu agama untuk semua bangsa? Bukan hak orang-orang Melayu sahaja?

Kadang kala perlu adanya orang yang melakukan sesuatu membetulkan tanggapan orang Barat yang mengaitkan Islam itu dengan terroris. Malah menjadi tanggungjawab kita memberikan penerangan sebenar akan Islam itu agama suci, agama kedamaian.”

Saya setuju dengan Pn. Neena Umi.. kita perlu berusaha dengan seberkesan mungkin untuk menyampaikan agama kita atau menjelaskan salah faham, barulah agama kita akan lebih berpengaruh dan tersebar luas. Buatlah kerja dakwah ini ikut kepakaran masing-masing dan tambahlah kebolehan anda dari masa ke semasa.

Walaupun begitu kita juga perlu mengkritik tamadun Barat dan sikap mereka yang prejudis terhadap Islam. Serangan mereka tidak harus dibiarkan sahaja. Kita berhak menyerang balas dan mempertahanlan diri.

Dari satu segi sikap para Sahabat Rasulullah saw dan Pejuang Islam yang tegas dilihat oleh sesetengah pihak sebagai teroris, sebenarnya tidak. Sesetengah dari orang Islam merasa begitu kerana dipengarihi “western values” dan tidak menjiwai “Islamic values”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Orang barat itu demokratik sangatkah? Menghormati liberty sangatkah? Bersikap terbuka sangatkah?

Ya mereka akan bersikap seperti di atas hanyalah untuk rakyat mereka sahaja, terutama rakyat berketurunan kulit putih, yang dikenali Anglo-white.Sekiranya kepentingan Anglo-white terancam, maka mereka tidak akan menghormati demokrasi, hak asasi, kebebasan dan sebagainya.

Cuba perhatikan apa yang mereka buat di Guatonamo, penjara Abu Gharib, demokrasi Palestin, menidakkan hak orang Islam untuk mendapat kerakyatan mereka dll.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: