Pesta Buku: Tingkah Laku Pembaca Serius
Gerai PTS mengasingkan seksyen buku-buku remaja daripada buku-buku dewasa. Ini memudahkan kita memerhatikan perbezaan tingkah laku pembeli kedua-dua kategori buku itu.
Pembeli buku remaja membeli tanpa banyak membuang waktu memeriksa apa isi kandungan buku yang dibeli.
Ini sangat berbeza dengan pembeli dewasa. Mereka semak isi kandungan buku-demi-buku sebelum membuat pilihan. Malah mereka membaca bahagian-bahagian dalam buku itu, sudah puas hati buku itu memenuhi keperluannya, baru mereka memilih.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya sangat jarang beli buku yang dibalut kedap dengan plastik (sealed). Saya biasanya akan membeli buku selepas membaca separuh halaman atau habis. Buku yang saya baca separuh atau habis itu pasti akan dibeli sama ada secara terus atau apabila ada duit.
Buku-buku yang dibalut pula, saya cuma tunggu maklum balas orang yang telah membelinya, sekiranya menepati citarasa saya atau isinya bagus, saya akan beli.
Saya pernah meminjam buku novel seorang kawan, dan kerana isinya bagus, saya tetap beli buku tersebut biar pun sudah membacanya.
——-
Saya akan ke pesta buku lagi. Bimbang juga telatah saya memilih buku akan diperhatikan.
Saya, walaupun buku remaja, saya baca juga isi kandungannya sedikit. Hendak tahu, kenapa saya mesti beli buku itu.
Saya sering kali susah membuat pilihan di kedai buku… sering kali saya menghadapi situasi di mana buku tersebut nampak best di kedai, tetapi apabila dibaca dirumah…tidak best langsung… kini saya akan menghadkan pembelian buku jika berseorangan.. huhuhu
Bagaimna hendak memilih?
Post a comment