Sunday, October 18, 2009

Petikan dari Buku John C Maxwell

Dalam senarai syarikat terbesar di dunia (mengikut ranking Fortune 500) lebih daripada 50% CEOnya cuma memperoleh gred C dan C- semasa di universiti.

Di kalangan presiden-presiden Amerika, lebih 75% pernah duduk dalam kelas corot semasa di sekolah.

Lebih 50% usahawan yang paling berjaya (di Amerika) tidak menyelesaikan pengajian mereka di universiti.

Yang membolehkan mereka berjaya adalah keghairahan dan semangat mereka yang amat tinggi.

John C Maxwell menasihati kita supaya apabila kita patah semangat, kita perlu bergaul dengan orang-orang yang bersemangat. 

Semangat dan keghairahan adalah dua perkara yang boleh berganda dan berjangkit. Dengan bergaul dengan orang-orang yang penuh semangat dan ghairah, mereka dapat menghidupkan semula semangat kita yang tadinya patah....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Testimonial Pembaca: Novel Islami "Bidadari-Bidadari Syurga" Previous entry: PTS Membeli Van untuk Duta PTS One Mempromosi Brand dan Buku-buku PTS
Rihan  on  10/19  at  06:25 PM

Puan Sifu,

Semangat dan keghairahan adalah simptom, hasil daripada cara berfikir (mindset) yang betul. Berada dalam kelompok manusia yang berfikiran negatif adalah berbahaya kerana ia boleh membentuk cara berfikir kepada perspektif yang salah.

Kita boleh lari daripada kelompok yang berfikiran negatif, namun adalah suatu yang malang bagi manusia apabila pihak atasannya samaada ibu bapa, guru atau pemimpin termasuk dalam golongan ini dan mereka sama-sama tidak menyedarinya. 

Berapa banyak kanak-kanak sekolah yang musnah keyakinan diri hanya kerana sistem pendidikan menanam kepercayaan bahawa nilai mereka terletak sesuatu yang kuantitatif seperti markah ujian dan gred A, B, C?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: