Sunday, May 24, 2009

Pinjam Sahaja Istilah Asal

 

 

 

 

 

 

 

Bahasa Melayu perlu diperkayakan dengan meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa di seluruh dunia, bukan hanya daripada bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris pun memperkayakan perbendaharaan katanya dengan meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain, dan sehingga hari ini ia masih terus meminjam.

Meminjam perkataan adalah proses natural pemerkayaan bahasa. Menentang proses meminjam adalah sikap yang membawa kemunduran bahasa.

Bagi penulis PTS yang menulis buku-buku tentang teknologi terbaru dalam internet, tuan-tuan perlu berlapang dada apabila meminjam sahaja istilah-istilah teknologi itu.

Istilah-istilah dalam internet adalah istilah-istilah konsumer. 

Sesuatu barang itu dikatakan 'barangan konsumer' apabila barang itu dapat dibeli dari kedai. Computer, dan pizza dapat dibeli di kedai, maka 'computer' dan 'pizza' adalah istilah konsumer. 

Nama-nama barangan konsumer boleh dipinjam terus ke dalam bahasa Melayu. Jika mahu mengekalkan ejaan asalnya, itu boleh. Jika mahu memelayukan ejaannya, itu pun boleh.

Istilah-istilah konsumer bukan istilah sains. Oleh itu penulis dan penterjemah jangan mencari istilah-istilah Melayunya dalam daftar istilah terbitan DBP. Istilah dalam internet amat kontemporari, sekontemporari teknologinya, oleh itu jangan ditunggu DBP mencipta istilah Melayunya.

Hayat istilah-istilah teknologi pada barangan konsumer sangat singkat. Apabila teknologi itu sudah luput, istilahnya pun ikut luput.

Gunakan istilah asal kerana satu dunia menggunakan istilah asal itu. Dengan mengekalkan istilah asal kita mempermudah proses membaca bukunya dengan proses menggunakan teknologi internetnya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kedai Buku di Tingkat 3 Bangunan GIANT Tmn. Permata Hulu Kelang. Previous entry: Wallpaper AinMaisarah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/25  at  11:22 AM

tak setuju. upload = muatnaik

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.