Thursday, December 13, 2007

Plus dan Minus Menterjemah Buku

Dengan menterjemah buku, saudara berpeluang mengumpul harta intelek, dan menuai royalti tahun demi tahun daripada karya terjemahan saudara.

Apabila saudara merancang judul buku-buku yang saudara akan diterjemahkan, ambil kira faktor-faktor berikut:

(1) Buku klasik public-domain

Banyak buku klasik sudah public-domain  oleh itu boleh diterjemahkan dengan tidak perlu meminta izin hakcipta, dan tidak perlu membayar yuran pelesenan. Dengan itu kos penerbitan buku-nuku  public-domain adalah rendah.

Walau bagaimanapun,  ini tidak bermakna saudara tidak berdepan dengan risiko. Sesiapa sahaja boleh menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku public-domain itu dan bersaing dengan saudara.

Apabila penerbit lain nampak buku terjemahan saudara dalam kedai dibeli orang, mereka akan tahu buku itu ada pasaran. Jika terjemahan saudara tidak cukup baik, mereka nampak peluang meramapas pasaran buku itu daripada saudara. Bukannya susah, cari sahaja penterjemah lain yang lebih baik! Terbitkan terjemahannya yang lebih baik itu. Itulah pukulan maut bagi terjemahan saudara yang kualitinya suam-suam kuku sahaja.

Ini jelas berlaku dalam sektor buku-buku agama. Sebagai contoh, dalam pasaran sekarang terdapat 4 edisi terjemahan kitab Riadhus Salihin, masing-masing diterbitkan oleh 4 penerbit yang berbeza. Manakala ada 2 edisi kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Terbukti, terjemahan yang terbit kemudian adalah yang lebih baik, oleh itu lebih laris. Penterjemah terakhir menggunakan edisi-edisi terjemahan yang lebih awal sebagai rujukan bagi menghasilkan terjemahannya.

Jika buku terjemahan saudara dijual dengan harga yang lebih mahal, saudara mungkin kalah kepada buku pesaing saudara. Jika terjemahan buku saudara kurang baik mutunya, saudara pun boleh kalah juga.

Ini bermakna saudara perlu menghasilkan terjemahan yang kualitinya sukar ditandingi oleh penterjemah lain. 

(2) Buku moden 

Saudara perlu mendapatkan lesen hakcipta bagi menterjemah dan menerbitkan buku-buku kategori ini. Justeru kos yang saudara tanggung adalah lebih tinggi, dan buku-buku itu perlu dijual dengan harga tinggi juga.

Salah satu kelebihan menerbitkan buku kategori ini adalah tidak ada risiko persaingan. Penerbit lain tidak boleh menterjemah dan menerbitkan buku yang sama sebab hanya saudara yang diberikan lesen itu oleh pihak pemegang hakcipta.

Tetapi penterjemah tetap berdepan dengan risiko!

Jika terjemahan saudara tidak laku, penerbit berhak mencari penterjemah lain bagi menterjemah semula buku itu dengan kualiti yang lebih baik! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Ilmu Menyampaikan Ilmu Previous entry: Menghimpun Harta Intelek dengan Menterjemah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  10:07 AM

Buat Sifu Yang Amat Dihormati,

Saya mempunyai sebuah buku tentang berfikiran positif yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Saya tidak akan tertakluk kepada kaki putar alam tentang istilah Bahasa Melayu.Perlembagaan masih mengatakan Bahasa Melayu) hampir 10 tahun yang lalu.

Beberapa bulan yang lepas saya menjumpai terjemahan buku yang sama tetapi penulis dan penerbit yang berbeza.
Memang ada sedikit perubahan dari segi bahasa dan ayat. Ianya lebih baik.

Buku tersebut telah ditulis pada awal tahun 60 an dan sememangnya mendapat sambutan yang hangat seperti buku-buku Dale Carniege.

Sudah lama saya terfikir untuk menterjemahkan balik buku itu sama seperti yang Sifu katakan dalam kuliah di atas
” terjemahan yang terbit kemudian adalah yang lebih baik, oleh itu lebih laris. Penterjemah terakhir menggunakan edisi-edisi terjemahan yang lebih awal sebagai rujukan bagi menghasilkan terjemahannya.”

Kemudian dalam minggu ini saya telah terfikir untuk mengadaptasikan buku tersebut. Draf awal adaptasi sudah disiapkan.

Persoalan saya,
Yang manakah lebih baik. Menterjemahkan kembali atau mengadaptasi?
Bolehkah saya melakukan kedua-duanya?
Adakah PTS akan berminat untuk terbitka kedua-duannya?
Persoalannya

Saya terfikir melakukan kedua-duanya supaya pembaca juga dapat mengetahui kandungan asal buku tersebut dengan bahasa yang lebih baik. Juga kerana saya rasa buku terjemahan tersebut sukar didapati.
Semasa saya jumpa buku tersebut di Popular beberapa bulan lepas hanya ada satu naskah saja di rak. Buku yang saya miliki dihadiahkan oleh rakan pada tahun 2000. Terbitan terjemahan pertama dibuat pada 1995.

Pada buku terjemahan yang saya miliki terdapat ayat “Buku ini adalah terjemahan yang sah dari…”


Mohon pandangan Sifu tentang perkara ini.

Jutaan terima kasih Sifu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  10:18 AM

Saya pernah diketawakan tentang tajuk buku ini di Unika PTS( di chat box). Bayangkan teruknya terjemahan buku itu…..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  01:05 PM

Terima kasih Sifu.

Pengurus dan Editor sedang menguruskan pertanyaan saya ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  09:02 PM

Buat Sifu Yang Amat Dihormati,

Saya menerima permintaan untuk menterjemah manuskrip berbahasa Arab ke bahasa Melayu daripada sebuah institusi di negara Brunei. Saya belum pernah menterjemah manuskrip sebelum ini tetapi pernah menterjemah bahan ilmiah seperti tesis, berita dan broucher. Apakah nasihat yang sifu boleh berikan?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: