Plus Plus Menulis Buku Cerita-cerita Agama
Buku-buku cerita agama adalah Harta Intelek yang amat berharga. Melaburkan bakat dan masa bagi menulis cerita-cerita agama adalah pelaburan bijaksana.Pasaran buku-buku cerita agama adalah paling besar:
Ia buku yang dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Ia mudah dijual baik di pasar malam, di gerai buku, di kedai buku agama, dan di rangkaian kedai buku elit.
Ia mudah dijual ke perpustakaan awam dan sekolah.
Ia tahan lama dalam pasaran kerana fakta dalam cerita itu tidak berubah.
Ia dapat dijual dalam pelbagai edisi - daripada edisi tebal, kulit keras, kulit lembut, buku kecil, edisi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
Buku-buku cerita agama sudah berlambak dalam pasaran. Jika begitu, mengapakah PTS menceburkan diri ke dalam sektor ini?
PTS masuk sektor buku agama dengan menawarkan produk yang lebih baik daripada yang sekarang ada dalam pasaran.
Pertama, cerita-cerita itu ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki bakat penulisan kreatif, dengan itu gaya ceritanya lebih sedap dibaca.
Kedua, buku-buku PTS ditulis menggunakan gaya Bahasa Melayu Tinggi yang indah dan tidak mengandungi uslub Arab.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kisah-kisah para Nabi-Nabi, sahabat-sahabat baginda, nilai-nilai baik dalam Islam memang biasa dikategorikan dalam penerbitan2 agama dan Islam.
Pada hemat saya, nilai-nilai baik itu tidak dapat menarik orang dalam bidang lain untuk membacanya dan merujuknya.
Akhirnya para penulis, penyelidik dalam pengurusan, pemasaran, pentadbiran dengan ‘jalan mudah’ hanya membuat rujukan kepada buku-buku dan penerbitan yang judulnya hanya dalam bidang mereka.
Mereka seperti tidak terpanggil untuk merujuk seperti bagaimana Nabi atau para sahabat baginda berurusan dengan masyarakat, sebagai contoh.
Bagaimana untuk menjambatankan para penyelidik, penulis tesis, penulis kertas seminar dalam bidang bukan ugama, tetapi bersedia untuk merujuk kepada nilai2 ugama, tanpa perlu berasa dia telah bertukar bidang atau menukar label kepada ‘pengajian Islam’ atau ‘pentadbiran Islam’.
Bagaimana supaya kertas seminar beliau, tesisnya, kertas jurnalnya, tidak perlu meletakkan perkataan ‘pengurusan Islam’, ‘pemasaran Islam’, tetapi di dalamnya penuh dengan rujukan2 dari nilai2 agama.
Adakah mungkin Puan Sifu, judul buku pengalaman dan kisah Rasulullah SAW dengan masyarakat itu, bertukar menjadi ‘Pengurusan Masyarakat Yang Dinamik’ (sekadar contoh).
——-
Post a comment