Monday, November 13, 2006

PMR 2005: Keputusan Sains dan Matematik

Berikut adalah peratusan pelajar yang mendapat markah D dan E dalam peperiksaan PMR kertas sains dan matematik 2005.

I. MATEMATIK

Melaka 45.8%

Kelantan 52.6%

Perak 50.3%

Johor 47.9%

P. Pinang 42.2%

Sabah 65.9%

II. SAINS

Melaka 38.3%

Kelantan 39.4%

Perak 44.8%

Johor 45.5%

P. Pinang 41.1%

Sabah 54.3%

Contoh prestasi pada peringkat sekolah luar bandar:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 72%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 69%

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!

Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah D dan E dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Kalau ini bukan "academic ethnic cleansing", apa lagi namanya?

Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dato' Hassan Ahmad dan Bahasa Melayu Rendah Previous entry: Pemuda PAS Cabar Bahasa Inggeris di Mahkamah Tinggi
Kang  on  11/08  at  07:24 PM

Politik! Politik! Politik!!! Publisiti!! Publisiti!! Sekarang siapa yang jadi mangsa? Sudah terpampang di depan mata, masih ada lagi dalih? Balik kepada asal—apa sebenarnya tujuan menukar bahasa Melayu kepada basa Inggeris? Tak lain tak bukan adalah untuk percubaan yang merosak dan PUBLISITI. Memang sangat malang nasib anak-anak sekolah, mereka menjadi bahan uji kaji dan sumber publisiti untuk pihak tertentu. Nanti akan kedengaranlah, “Ohh… masih terlalu awal untuk menilai prestasi. Kita sebenarnya dalam peringkat peralihan yang mana jika kita bandingkan dengan negara… bla, bla, bla…”

Memang mengejutkan hasil kajian tersebut! Dan kita jangan hanya terkejut. Kita mesti bertindak. Setiap orang ada peranan masing-masing!
——-

alang kelana  on  11/08  at  09:34 PM

Poli’tikus’ yang memang pandai membaiki labu, begitulah akibatnya sehingga kalau keadaan sebegini berterusan, macam manakah nasib anak-anak dan cucu-cucu kita nanti…?

Nampaknya PTS perlu menambahkan agenda, penyokong para kader-kader di dalam perjuangan…

zeti  on  11/09  at  12:59 AM

kalau Kang terkejut, saya tidak pula. Sebagai seorang yang datang dari luar bandar (Felda), keputusan ini sebenarnya saya sudah agak sebegini teruk. Bila tengok cara adik saya menjawab dalam peperiksaan pun, saya dah boleh nampak apa hasilnya. Dia tidak baca soalan, sebab kalau baca pun memang tak paham. Dia cuma agak-agak sama ada soalan itu suruh bulatkan, padankan atau warnakan. Dia hentam sahaja! (Adik saya baru darjah 1)

Dan mereka masih punya hasrat untuk meneruskannya tanpa ada perasaan bersalah!

Helmy  on  11/09  at  12:19 PM

Salam.

Pada lewat 70’an, semasa saya sedang bersedia mengambil peperiksaan SRP, budak-budak Melayu dikumpulkan dan diberi taklimat tentang sekolah vokasional. Dalam taklimat itu kami digalakkan sangat untuk masuk sekolah vokasional.

Selepas SRP kami diberi borang dan ramai memohon…walaupun mendapat pangkat A. Kami sungguh “bodoh” waktu itu. Anehnya permohonan kami diterima (diluluskan kementerian pendidikan) dan ramailah anak-anak Melayu (yang mendapat pangkat A) yang masuk sekolah vokasional.

Selepas 3 bulan saya berhenti dan masuk Kuala Lumpur Polisciences (Wisma Yakin) kerana sekolah lama tidak mahu menerima saya semula.

Saya kira saya adalah bukti berlakunya “academic ethnic cleansing” dari dulu lagi…

Puan Ainon Mohd.  on  11/09  at  12:24 PM

Sdr Helmy, air mata saya menitis membaca nota saudara….:cry:

Helmy  on  11/09  at  12:55 PM

Saya cuma rasa pelik dan sedih kerana hingga kini masih ada orang-orang di kem yang masih menjual masa depan anak bangsa…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/10  at  08:49 AM

Kakak ipar saya mengajar di sekolah menengah teknik. Dia kata ada pelajarnya yang tukar ke jurusan sastera bila masuk ke ipt semata-mata kerana tak yakin boleh lulus dengan baik jika mereka pilih jurusan sains.:sad:

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: