Monday, November 19, 2007

Mengapa PNM Mahu Beli Terus daripada Penulis

Pada tahun 2007 ini, buat pertama kali Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) membuat pesanan terus daripada penulis bagi mendapatkan bekalan buku-buku penulis untuk projek pembelian 2007.

Menurut gosip-gosip yang kita dengar, perubahan ini dilakukan kerana PNM mahu membantu pengarang, yakni supaya pengarang dapat menikmati sedikit keuntungan daripada pembelian secara langsung itu. 

Dari satu sudut, hasrat PNM itu benar-benar membuktikan keprihatinan PNM terhadap nasib penulis yang selalu menjadi mangsa putar-belit penerbit yang etika bisnesya buruk. Ia juga membuktikan bahawa pentadbiran PNM lebih jujur daripada sesetangah jabatan lain yang terlibat dengan pembelian buku.

Jelaslah bahawa cara kerja PNM adalah mesra-penulis, bukan mesra-kontraktor.  

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hak Penulis Memasuki Setor Penerbit Previous entry: Foto Program Penulis PTS di MPH
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/19  at  03:47 PM

Assalamualaikum,

Jika tidak silap, cadangan baik ini datangnya dari Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekwa)  sendiri yang saya dengar pertama kali terluah melalui kenyataan akhbar beliau kira-kira tiga tahun lalu.

Sekalipun baik, banyak persoalan timbul ekoran cadangan itu termasuk cara hendak membuat pembelian terus itu. Semua pembelian kerajaan mesti melalui pesanan tempatan ( LO ) yang ditawarkan kepada syarikat yang berdaftar dengan kementerian Kewangan. Adakah kesemua penulis mempunyai syarikat yang berdaftar ? Bagaimana pula jika pemulis adalah kaki tangan kerajaan boleh mempunyai syarikat ?

Selain itu bagaimana pula perjanjian pengedaran/promosi buku oleh penerbit buku itu sendiri sepertimana yang Pn Ainon katakan pada saya baru-baru ini ?

Banyak betul persoalannya lagi. Bagaimana pun saya berharap PNM sudah mempunyai formula supaya hasrat murni ini benar-benar memberikan manfaat kepada penulis kita.

Selain daripada pembelian terus buku daripada penulis Datuk Rais dalam kenyataan akhbarnya ketika itu turut menyebut bahawa beliau akan bekerja keras untuk memudahkan laluan buku kita ke Jakarta.

Janji itu juga menarik perhatian saya sehingga sekarang. Saya memang mahu memerhatikan usaha beliau untuk merobohkan benteng penghalang itu berhasil.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/20  at  06:03 AM

Tuan Adnan,

Cadangan ini memang bagus, terutama bagi penulis yang:

(a)Bukunya diterbitkan oleh penerbit yang penipu.

Tetapi, dalam kes ini, walaupun penerbit ini penipu, jika penulis sudah menandatangani perjanjian penerbitan, dari segi legalnya, penulis tidak boleh mencetak sendiri bukunya itu dan membekalkannya kepada PNM.

(b)Bukunya diterbitkan sendiri.

(c)Penerbit bukunya sudah gulung tikar.

Tetapi dalam kes ini, penerbit yang tutup bisnes tidak semestinya syarikatnya sudah di-“wound-up”. Jadi dalam kes begini, penulis masih tidak boleh mencetak bukunya tanpa izin, dan dibekalkan kepada PNM.

Bagi penulis yang penerbitnya masih aktif dan tidak menipu (Hehehe, macam PTS), penulis hendaklah menyerahkan LO itu kepada penerbitnya, dan penerbitnya yang akan membekalkan bukunya kepada PNM. Ini perlu dilakukan bagi mematuhi perjanjian penerbitan yang ditandatangni, di mana si penulis telah memberikan hak menerbit, mengedar dan menjual bukunya itu kepada penerbitnya.

Jika penulis boleh mencetak bukunya sendiri sekalipun, dia terpaksa mengupah orang membuat cover baru dan layout baru, sebab hakcipta cover dan layout lama itu adalah hakcipta penerbit.

Jadi idea yang bagus ini banyak kerenah dari sudut implimentasinya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: