PNM Beli Terus dari Penulis
Tahun ini Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan projek membeli buku terus dari pengarang, bukan dari penerbit.
Projek ini dimulakan pada tahun 2007 semasa Dato' Dr. Rais Yatim menjadi menterinya. Tujuan pembelian begini adalah bagi membolehkan penulis-penulis tanah air menikmati pendapatan yang lebih banyak daripada titik peluh mereka berkarya.
Bagi penulis-penulis PTS yang bertuah kerana bukunya terpilih di bawah projek ini, mereka menerima diskaun dari PTS sama banyak dengan diskaun pengedar PTS. Mereka juga menerima royalti sebagaimana biasanya. Justeru projek pembelian ini memang amat menggembirakan penulis PTS.
Kepada penulis PTS yang menerima surat pembelian PNM, segera faks-kan surat itu kepada PTS 03-6189 0316, ataupun telefon Pengurus Sales En. Zaharin Zain 016-661 1470, ataupun timbalannya, En. Zain Aziz 016-661 1478.
Tolong buat segera sebab Jabatan Sales perlu memeriksa stok buku itu, sekiranya stok tidak cukup, buku itu perlu cepat-cepat diulangcetak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment