Polemik “Sastera Tinggi” lawan “Sastera Rendah”
Menjelang seminar sastera popular anjuran DBP yang akan berlangsung pada 14 & 15 Disember 2006, kita mengemukakan perspektif kita tentang kayu ukur konvensional yang digunakan oleh ahli-ahli teori sastera aliran konvensional bagi mengukur ketinggian unsur susastera pada sesuatu karya.
Karya sastera hasanah adalah karya yang (1) mesejnya serasi dengan Islam, (2) pro-tauhid dan (3) ditulis menggunakan teknik penceritaan dan gaya bahasa yang serasi dengan Quran.
Justeru, apabila sesebuah karya itu mengandungi semakin banyak unsur-unsur Qurani, maka semakin tinggi nilai susasteranya.
Masyarakat Melayu hari ini memerlukan lambakan buku-buku sastera hasanah di kedai-kedai buku seluruh negara, baik yang "tinggi" mutu susasteranya, mahupun yang "biasa-biasa" sahaja mutu susasteranya.
Sifat hasanah sesuatu karya seni tidak diukur daripada nilai-nilai intrinsik pada materi sesebuah karya, tetapi pada nilai-nilai ekstrinsik karya itu, yakni nilai-nilai kebaikan sosial yang dihasilkan oleh karya tersebut. Semakin banyak kebaikan sosial yang lahir daripada karya itu, maka semakin tinggi nilai hasanahnya.
Penilaian tinggi rendah status sesebuah karya dapat dithamsilkan dengan pahala membina sesebuah bangunan masjid, di mana ia tidak diukur daripada ciri-ciri keindahan pada senibina dan senihias yang ada pada materi bangunan masjid tersebut, tetapi diukur berdasarkan sebanyak mana masjid itu membawa kebaikan kepada manusia.
Nabi Muhammad SAW adalah juga seorang seniman-karyawan. Karya seni beliau yang paling terkenal dan paling penting adalah masjid yang beliau bina di Madinah.
Masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad tidak memiliki ciri-ciri keindahan luar biasa pada senibina mahupun senihiasnya. Keindahan masjid beliau itu adalah pada fungsi religio-sosialnya.
Maka tidaklah wajar apabila status sesebuah masjid itu dikatakan "tinggi" disebabkan ada beberapa orang pakar senibina dan senihias bangunan yang mengatakan mutu senibina dan senihias masjid itu amat tinggi, meskipun orang yang sembahyang di dalamnya tidak banyak.
Penilaian status "tinggi" ataupun "rendah" sesuatu karya, apabila ia didasarkan semata-mata pada ciri-ciri intrinsik pada materi karya itu, maka penilaian seperti itu adalah penilaian konvensional berdasarkan kayu ukur konvensional yang dicipta oleh akal dan citarasa manusia-manusia biasa.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment