Sunday, October 08, 2006

Poligami: Ada-ada Sahaja

Di Jakarta ada sebuah majalah yang judulnya "Poligami". Penerbit majalah itu adalah seorang pemilik restoran yang punya 4 orang isteri.

Tidak seperti halnya di sini, di mana isu poligami semacam tidak dibenarkan dijadikan topik perbincangan terbuka, kecuali bagi tujuan mengecam lelaki dan amalan itu, di negara jiran itu pernah diadakan siri diskusi poligami di TV, di mana 2 orang pendukung poligami berdebat dengan 2 orang penentang poligami.

Adakah saudara berminat menulis buku panduan poligami bahagia? Kadungannya adalah tip-tip praktikal untuk kegunaan suami, kegunaan isteri pertama, kegunaan isteri kedua, ketiga dan keempat. (Ini serius!)

Selama ini ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang bercakap tentang poligami hanya mengkritik lelaki-lelaki yang berpoligami yang dikatakan tidak adil.

Buku yang kita cari ini akan mengandungi bab khusus yang menerangkan tip-tip bagaimana setiap orang isteri yang bermadu dapat mengamalkan sikap (a) adil kepada sang suami dan (b) adil kepada madu-madunya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(85) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ketampanan dan Kejelitaan Sosial Pengarang Previous entry: Menyusun Antologi: Tiru Susunan Kaset Muzik
Kang  on  10/07  at  10:48 AM

Menarik saranan Mbakyu. Teringin sangat hendak menulis tetapi syaratnya saya kena mengalami terlebih dahulu, sebagaimana imam nikah kena beristeri terlebih dahulu baru boleh menikahkan orang. Kenapa teringin hendak menulis? Kerana percaya sangat dengan pasarannya yang dijangka hit! Dua pihak pasti membeli—pendokong dan penentang.

Pendapat saya—saranan Mbakyu ini mesti dilaksanakan. Mereka yang berpengalaman (ramai…) silalah hadir kursus dan mula menulis. Ramai yang memerlukan buku ini kerana di kalangan kita ramai yang sedang dan akan berpoligami. Tak ketinggalan juga saban hari, ramai (termasuk diri hamba yang daif ini) pasang angan-angan untuk sampai peringkat “sedikit-sedikit” sebagaimana teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang.
——-

pezul  on  10/07  at  10:56 AM

Setahu sayalah, tidak kira si isteri itu isteri pertama, kedua atau ketiga juga keempat, semua mereka ini hak mereka adalah sama rata. Bagi saya kebanyakkan para suami yang berpoligami tidak bersalah, kerana semua ini berlaku disebabkan ada di antara ister-isterinya mahu dilayan lebih. Maka dengan sebab inilah berlakunya ketidak adilan. Si isteri harus faham yang suaminya itu perlu bersikap adil kepada isteri-isterinya yang lain.

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  11:00 AM

Tan Sri Kang,

Ya, betul, pasaran buku ini besar sekali! Pahalanya pun ada sebab buku ini menerangkan salah satu sunnah Rasulullah.

Lagipun, banyak sangat aduan suami yang berpoligami amat tidak bahagia disebabkan mereka tidak tahu apa yang harus dibuat apabila isteri pertama dapat tahu!

Selalu sahaja kita dengar ustaz dan ustazah menuduh lelaki tidak pandai berpoligami cara Nabi SAW.

Kita juga perlu membantu wanita2 kita supaya mereka pandai berpolimagi cara isteri-isteri Nabi SAW berpoligami.

Kita mahu lelaki ikut Nabi SAW. Kita juga mahu perempuan ikut contoh umul-umul mukminin. Baru bahagia.

(Saya berdoa minta Allah lepaskan saya daripada menjadi pengguna buku itu. Biarlah saya jadi penerbitnya sahaja. Amin!)

alang bidara  on  10/07  at  11:04 AM

Assalamu’alaikum Sifu,

Saya berminat nak tulis buku ini. Walaupun belum pernah mengalami menjadi golongan (seperti yang Kang sebutkan itu):“sedikit-sedikit” sebagaimana teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang itu, tetapi saya kenal seorag sahabat yang yang sudah mencapai makam “jarang-jarang”.

Dan saya dengar dia sedang menuju tahap “kadang-kadang” di dalam masa terdekat.

Malah saya dan isteri saya kenal rapat dengan pihak si suami dan juga pihak madu-madunya itu, walau pun belum tentu dapat mencungkil segala rahsia mereka….

Insya Allah saya akan dapat kutip bahan dari beberapa lagi sahabat yang sudah mencapai makam itu. Ada yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal. Hasilnya = sebuah buku hit (harapnya..). Bolehkah Sifu?

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  11:10 AM

Tuan Alang,

Bagus cadangan Tuan itu! Memang bahan-bahan tip itu mesti dicari daripada para pengamalnya. (Jangan jadi macam Tuan PEZUL, dia kahwin pun belum, pandai-pandai hendak bercakap tentang urusan veteran.)

Sebenarnya saya sudah ada beberapa tip yang saya kumpulkan daripada para pengamal!

Kalau Tan Sri Kang, Tuan sendiri dan saya co-write buku ini pun bagus juga…. Royalti yang banyak itu nanti, apa salahnya kita kongsikan!

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  11:21 AM

Ini tip saya dapat daripada seorang pendakwah (darah Arab kacuk Melayu, serban dan jubah putih macam bangau) sewaktu saya di Riau.

Dia pulang ke rumah2 isteri lepas isyak sahaja.

Lepas isyak dia duduk termenung di pintu, buat muka bodoh.

Apabila isterinya berkata, “Kenapa tak pergi ke sana lagi?”

Dia jawab, “Kanda malaslah hendak balik ke sana. Tak seronok. Kanda lebih suka tidur dengan dinda di sini.”

Nanti isterinya akan berkata, “Pergilah, nanti kalau kanda balik lambat, dia tuduh saya tak benarkan kanda balik ke sana!!”

Besok malam dia buat begitu juga di rumah isteri yang satu lagi.

Kik kik kik…..

Kang  on  10/07  at  11:39 AM

Sampai sekarang semasa menulis ini masih gelak-gelak dengan doa Mbakyu. Salah satu psikologi membeli adalah didorong oleh rasa takut. Mungkin doa Mbakyu tidak makbul sepenuhnya kerana didorong rasa takut, Mbakyu akan membeli. Membeli untuk mencari ‘loop hole’ supaya tidak menjadi pengguna, hehehe…

Mbakyu, helah yang digunakan oleh pendakwah Arab itu bagi pendapat saya, “dangerous game.” Kalaulah si isteri berkata, “Kalau kanda malas, kalau begitu, tinggal sajalah di sini malam ini, malam esok kalau tak malas bolehlah ke sana. Kalau masih malas juga, dinda berbesar hati kalau kanda terus di sini,” apakah agaknya helah baru si suami?

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  11:55 AM

Tan Sri Kang,

rolleyesYa tak ya juga! (sambil garu-garu kepala). Itu baru satu tip, Tan Sri. Saya ada tip-tip lain.

Nota: Teringat lagu cinta paling indah “Tunggu Sekejap”.... dalam filem “Panarik Beca”. Sebahagian liriknya: Tunggu sekejap…. tunggulah sampai hujan teduh…. mari kudendang….. jangan mengenang orang jauh…. jangan pulang…. jangan tinggalkan daku seorang….. malam ini… belum puas kubercumbu dengan kanda…. (pasti, ini lagu untuk dinyanyikan isteri muda!):sad:

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  12:12 PM

Ini ada satu lagi tip. Saya dapat tip ini daripada seorang ustaz Pahang yang hadir pada kursus Lateral Thinking saya dulu.

Ustaz ini ada 2 isteri. Setiap kali dia out-station, dia beli 3 (betul, 3!) hadiah.

1 hadiah dia sorokkan.

Apabila dia sampai di rumah isteri giliran, dia tunjukkan 2 hadiah sahaja.

Katanya, “Kanda ada hadiah untuk dinda. Dinda pilihlah dulu yang mana yang dinda suka!”

Besok dia pulang ke rumah isteri satu lagi.

Dia ambil hadiah yang disorokkan itu.

Dia tunjukkan 2 hadiah kepada isterinya dan berkata, “Kanda ada hadiah untuk dinda. Dinda pilihlah dulu yang mana yang dinda suka!”

Jadi kedua-dua isteri yakin dirinya lebih disayangi!

Kik kik kik

Nota: Tan Sri Kang, rasanya tip yang ini tidak ada risikonya! Cuma kena belanja lebih sikitlah sebab kena beli 3 hadiah….

alang bidara  on  10/07  at  01:06 PM

Sifu, hadiah 3, dah bagi kepada kedua-dua orang isteri, apa jadi pada hadiah yg ke-3 tu? Diberikan kepada si-dia yang bakal menjadi nombor tiga ke….ehehehehehe.

alang bidara  on  10/07  at  01:11 PM

Mungkinkah ini boleh dimasukkan ke dalam senarai tip-tip yang Sifu dah ada(?), iaitu yg termaktup dalam lagu Allahyarham P Ramlee: “Isteri tua merajuk, balik ke rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga…” ??? :smile

Kang  on  10/07  at  01:14 PM

Makin menarik subjek ini maklum sajalah poligami memang subjek yang menarik, sepanjang zaman. Apa peluang kita? Buku evegreen! Mari kita mulakan dengan mendapatkan judul terlebih dahulu. Apa agaknya judul yang paling sesuai untuk buku yang sudah dijangka ‘bestseller’ ini?

Zaman Arqam dulu ada buku yang ‘ditulis’ oleh madu-madu Ashaari. Judulnya sangat menarik iaitu ‘Manisnya Madu’—seolah-olah satu galakan dan kemestian supaya jemaah Arqam menyesal kerugian jika tidak menyahut seruan segera berpoligami. Juga kerugian besar bagi muslimah Arqam jika enggan dimadu—tak dapat merasai manisnya bermadu.

Bahkan kemudian menjadi ‘brand name’ untuk restoran yang diusahakan oleh muslimah Arqam. Belum sempat lebih banyak produk menggunakan jenama tersebut, Arqam diharamkan. Buku tersebut pun lupus. Judulnya memang menarik.

Mari kita cari judul yang paling mantap untuk buku yang bakal ‘dibenci tapi dibeli’ oleh kaum wanita ini. Saya mulakan dulu: MADU DARI HEMPEDU, HEMPEDU BERUBAH MADU, MENGUBAH HEMPEDU MENJADI MADU…

Nota: Kenapa tiba-tiba saya bersemangat dengan projek buku madu ini?

alang bidara  on  10/07  at  01:40 PM

Lagi cadangan tajuk-tajuk:

(1) Secangkir madu merah…(part 2)
(2) Mungkinkah madu-madu boleh berpadu?
(3) 4 Isteri, 44 tip-tip bermadu
(4) Selisih “Malikat 44” : Panduan Beristeri 4
(5) Khasiat Madu Lebah Bagi Wanita-Wanita Bermadu.

Ye la Kang, saya pun semakin bersemangat juga…

rastom  on  10/07  at  01:55 PM

Wah! meriahnya tajuk! Saya sudah lama bercita cita menulis subjek ini, cuma masih nantikan saatnya bila berjaya cukupkan quoram 4. Kuikuikui! Draf pun sudah ada. dan antara tajuknya ialah:
1. Pakatan Barakah
2. Pakatan Pintar (yg berjaya saja pintar)
3. Titian Murni

alang bidara, bagi tajuk banyak sungguh, sudah cukup quoram ke belum? hahahahahaa!:lol::lol:

alang bidara  on  10/07  at  01:58 PM

Tetapi, kan Sifu, kita perlu bezakan antara tip-tip dengan ‘rahsia-rahsia’; kerana jikalau didedahkan ‘rahsia-rahsia’ macam yang diceritakan pendakwah serban putih macam bangau itu, ia tidak lagi dapat diamalkan kerana rahsia sudah pecah.

Berbeza sekali dengan apa yang di panggil “tip-tip”, sebab walaupun telah di dalam sebuah buku utuk tatapan umum, ia masih boleh diamalkan dan relevan sepanjang masa.

alang bidara  on  10/07  at  02:23 PM

Puan Sifu, Tuan Kang, Tuan Rastom, et al, ini lagi tajuk-tajuk yang dicadangkan:

(6) Pelan Bermadu Secara Bersepadu
(7) Give Polygamy a Chance: An Idiot’s Guide to Polygamous Marriage
(8) Poligami: Antara Cercaan, Peluang dan Cabaran
(9) 444 : Talian Kasih Untuk Suami yang Beristeri 4
(10) 4 Isteri Dari 4 Penjuru Alam
(11) Challenges to Polygamy in the New Millennium
(12) 1,2,3, 4: Siapa Cepat Dia Dapat
(13) 44 Kisah Kejayaan Beristeri 4
(14) “Protokol 4: Sejarah Poligami Di Malaysia Sejak Tahun 1944
(15) Panduan Beristeri 4 Dari 4 Benua
(16) 4 Isteri, 4 Ibu Mertua: Suatu Pendekatan Bermadu Bersepadu
(17) Komunikasi Intim Bagi Pengamal Poligami (ini tajuk khas untuk Puan Sifu)
(18) Beraya di 4 Kampung: Panduan Berhari Raya Bagi Pengamal Beristeri 4

(nanti akan disambung…)

Kang  on  10/07  at  02:50 PM

Hahaha… masih tergelak dengan cadangan judul Alang Bidara terutama Idiot Guide. Bagaimana dengan Poligami for Dummy? Tak tahan gelak dengan judul nombor 18.

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  05:55 PM

LOL:lol::lol::lol:

Kik kik kik. (Tak tahan ketawa….. sampai keluar air mata!)

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  06:02 PM

Tuan Alang,

Berkenaan ‘rahsia’ dan ‘tip’.....

Kita ini hendak buat duit dengan menulis buku panduan poligami bahagia, jadi apa-apa yang membolehkan jualan buku kita NGETOP, kita tulislah!

Untuk ‘rahsia’ yang ehem ehem tu, kita tulis di halaman terakhir buku itu:

“Untuk panduan lebih lanjut, dapatkan khidmat nasihat melalui konsultasi di klinik poligami….. alamat…... hp…... www…..”

Siapa yang akan duduk dalam klinik nanti? Tan Sri ataupun Tuan Alang? Saya tak berani…...

alang bidara  on  10/07  at  06:07 PM

(..disambung setelah mengambil-kira pandangan Tuan Kang..):

(19) Polygamy for a Dummy [tak tahulah entah macam mana Idiot & Dummy boleh sampai berpoligamy…ehehehe]
(20) Yang Pahit itu Madu, Yang Manis itu Hempedu
(21) “Rancangan 4” - Masih Ada Yang Rela DiMadu: Panduan Mengenali Bakal Isteri Yang Rela DiMadu
(22) Kewangan 4 - Tip-Tip Pintar Merancang Perbelanjaan Rumahtangga Pengamal Beristeri 4
(23)Negatif 44: Tip-Tip Menguruskan Umpatan Masyarakat Yang Anti-Poligami
(24) Putar Alam 44 Penjuru: Hasil Kajian Terperinci oleh Kementerian Keluarga Dan Perpaduan Sosial Mengenai Poligami 44 Pasangan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(25) 44 Petua Pak Abu - Tip-Tip Kejayaan Beristeri 4 Dari Seorang Pengamal Poligami Tegar di Sempadan Perlis-Thailand

(...bersambung…)

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  06:10 PM

Tan Sri Kang,

Bercakap pasal poligami, wah, wah, bersemangat sungguh!

Tetapi ada pepatah kata, lelaki dan anjing jaga ada 1 persamaan -  yang kuat menyalak itu tidak menggigit!

Yang diam-diam tu….. macam rottweighler…. itu bahaya!

Nota: (Suami saya tu sangat pendiam orangnya. Itu sebab saya berdoa, janganlah saya jadi pengguna buku yang saya ikut menulisnya sendiri. Biarlah saya jadi penerbitnya sahaja! Selisih “Malaikat 44″ )

alang bidara  on  10/07  at  06:16 PM

......

(26) Empat? Boleh: Temuramah Bersama Pak Mat, Bomoh Perunding Bagi Bakal Pengamal Poligami

(27) Rumah Kecil Pintu 4: Panduan Mengurus Rumah Untuk Isteri-Isteri Yang Di Madu 4 (4 Isteri Tinggal SeRumah daa…)

rastom  on  10/07  at  06:24 PM

forum ini kalau diketahui ramai (lelaki) seluruh Malaysia ...entahlah , lagi ramai agaknya partisipasi. Antara penulis Malaysia (sastera) yang mesra-poligami pernah saya baca ialah Mohd Affandi Hasan. Saya jadikan bukunya itu bacaan wajib untuk isteri dan (calon bakal):lol: nampakmya Tuan Alang ada banyak tajuk tajuk yang menarik…positif pula! Buku saya yang satu lagi (angan-anganlah) tajuknya “RMK 4: CGT” Saya mahu undang orang bujang——-> PM Pak Lah resmikan:lol::lol:

rastom  on  10/07  at  06:28 PM

Puan Ainon: “Suami saya tu sangat pendiam orangnya”..........(jaga jaga, macam saya juga, sangat pendiam amat) hahahahaha!

Puan Ainon Mohd.  on  10/07  at  06:30 PM

Tuan Alang,

Tentang isteri-isteri tinggal serumah…..

Ini ada satu lagi tip untuk lelaki yang isteri-isterinya tinggal serumah!

Tip ini saya peroleh daripada seorang pegawai kerajaan yang juga ikut dalam kursus lateral thinking saya.

Katanya, setiap kali dia balik kerja, tidak kiralah isteri yang mana yang sambut dia di depan pintu, dia buat muka selamba sahaja. Tidak boleh senyum.

“Kenapa tak boleh senyum?” tanya saya.

“Perempuan cemburu! Kalau dia nampak kita senyum kepada madunya, memang susah malam itu,” dia menerangkan sambil tersengih-sengih.

“Kalau begitu halnya, bila tuan senyum kepada isteri tuan?” tanya saya lagi.

“Bila di meja makan, ataupun bila tengok TV beramai-ramai dengan anak-anak sekali,” katanya. “Saya senyum kepada semua. Jadi dua-dua tidak kecil hati!”

Saya angguk-angguk dan geleng-geleng.

Nota: Untuk lebih banyak tip, beli sajalah buku kami itu nanti.

Page 1 of 4 pages  1 2 3 >  Last »

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: