Potensi Ekonomi Konten Mobile: Penulis dan Penerbit Jangan Cemburu!
Apabila bercakap tentang potensi pasaran konten mobile, sebagai penulis dan penerbit buku, ada yang elok kita pelajari daripada kumpulan rock - yakni memahami tingkah laku pengguna handphone.
Di Malaysia, lagu "Langkah Baru" oleh kumpulan rock Indonesia Radja, terjual 50 ribu naskhah dalam masa 6 bulan.
Lagu Radja "Jujur" pula terjual 108,000 naskhah pada bulan pertama. Dalam tempoh 6 bulan lagu itu terjual 380,000 naskhah.
Gosip-gosip yang kita dengar, pelawak Apek sudah menerima royalti terkumpul sebanyak RM180 ribu daripada jualan ringtone "Nak Cari Siapa?"
Pada masa ini Apek menerima royalti lebih RM30 ribu setiap bulan daripada jualan klip-klip 30 saat ringtone beliau.
Penulis dan penerbit perlu keluar dari zon selesa, belajar ilmu-ilmu baru tentang ekonomi media baru yang ditawarkan oleh teknologi handphone generasi baru.
Lain padang, lain belalang.
Buku yang laku dicetak atas kertas belum tentu laku dijual sebagai konten mobile. Demikian juga dengan novel-novel.
Para penulis perlu memahami kelebihan dan keterhadan hp sebagai media penerbitan dan pemasaran buku, dan dengan demikian kita perlu belajar teknik-teknik menulis buku dan novel yang sesuai dengan media baru ini.
Hp adalah media yang lebih berkesan bagi menyampaikan bahan-bahan bacaan yang baik kepada remaja. Teknologi hp adalah medan perjuangan baru yang mesti kita dekati.
Nampaknya industri hiburan lebih cepat berubah dan mengambil peluang-peluang baru yang ditawarkan oleh teknologi hp. Manakala masyarakat penulis sangat lambat berubah, malah semacam tidak mahu berubah....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Suara lawak pun boleh buat duit. Senangnya dia buat duit. Jika buat filem animasi, suara untuk watak itu juga boleh buat duit. Suara animasi Simpson, kartun-kartun walt disney. Bukan mudah hendak meniru suara watak itu semua. Ini maknanya suara juga adalah harta intelek.
——-
Puan Sifu-san yang budiman lagi dermawan.
Semoga Puan berada dalam perlindunganNya sentiasa.
Saya ingin bertanya, bagaimanakah tatacaranya untuk kita menulis untuk konten mobil?. Bagi penulis yang sudah mempunyai buku, saya fikir segala urusannya perlu dirujuk kepada PTS untuk berurusan dengan Metadome. Bagi yang belum mempunyai buku bagaimana pula?.
Misalnya saya ingin menulis sebuah m-book sebanyak 12 halaman seperti yang dicadangkan. Jika ingin menulis dengan PTS, kita harus menghantar sinopsisnya dahulu, jika diterima boilehlah diteruskan. Dengan Metadome ini bagaimanapula?. Adakah Metadome menyerahkan bulat-bulat kepada PTS untuk berkata “ya” atau “tidak” terhadap manuskrip yang dihantar?.
Mohon tunjuk ajar.
Salam dari Boston
Post a comment