Wednesday, July 22, 2009

PPSMI: Mengapakan DBP Bisu?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah wira bahasa Melayu yang sejati. Dengan penuh keberanian beliau mengambil langkah menyediakan sebuah kertas kabinet yang penuh dengan fakta dan data tentang kegagaglan PPSMI, lalu beliau berjaya meyakinkan kabinet bahawa dasar PPSMI yang salah dan sangat merugikan negara itu perlu dimansuhkan.

Tetapi, semenjak PPSMI dimansuhkan, kita belum mendengar sebarang kenyataan sambutan daripada Dato' Termuzi, Ketua Pengarah DBP, sehingga kebungkemannya itu memberi gambaran bahawa bagi DBP seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, sedangkan peristiwa pemansuhan PPSMI adalah sesuatu yang menggegarkan negara.

Demikian juga halnya dengan Dato' Johan Jaaffar, pengerusi ahli lembaga pengarah DBP. Beliau memang penyokong PPSMI, tetapi beliau wajib membezakan antara pendapat peribadi dan jawatan yang dipegangnya sebagai pengerusi lembaga pengarah DBP.

Dasar memansuhkan PPSMI adalah dasar kerajaan, maka ia hendaklah disambut dan dilaksanakan oleh semua organ kerajaan.

DBP selaku badan pengembangan bahasa Melayu seharusnya segera mengumumkan rancangan bagaimana ia akan melaksanakan dasar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ilmu sains dan matematik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Maklumat Terkini tentang Projek Kota Buku Previous entry: Jualan Novel Remaja dan Buku Agama akan Terus Meningkat
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/22  at  07:51 AM

Saya bukanlah penyokong UMNO tetapi menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan BN memansuhkan PPSMI. Tan Sri Muhyiddin telah meletakkan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Terpikul tanggungjawab besar di bahu penulis-penulis Melayu untuk menghasilkan buku-buku berkualiti.

Saya cadangkan PTS ‘memelayukan’ buku-buku teks dari Indonesia.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/23  at  03:12 AM

Mungkin andainya mereka bersuara, ianya boleh diibaratkan rumah siap pahat berbunyi.

tongue laugh

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/23  at  07:06 AM

salam..

Saya adalah cikgu yang mengajar matematik di sebuah sekolah luar bandar. Saya sgt menyokong keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI. Walau bagaimanapun saya sedih dengan guru besar sekolah saya. Dia terlalu menggagungkan PPSMI sehinggakan walaupun PPSMI telah dimansuhkan, dia tetap mengeluarkan arahan kepada guru matematik dan sains:
“PPSMI still go on, no dwibahasa!!”.
Ramai guru mengutuk, termasuk lah saya.. memang GB otak dangkal!!.. tidak dapat menerima hujah yang PPSMI telah gagal… atau mungkin dia mau tunggu sampai 2012..  sebab mungkin kerajaan akan berubah fikiran tukar balik ke PPSMI. Mana tahu Mukhriz ambil alih tempat Muhyiddin.. keke

Web Sutera  on  07/24  at  10:07 AM

DBP bukan sahaja bisu, malah PEKAK telinga hatinya!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.