Prejudis Terhadap Penterjemah Lelaki
Lazimnya penerbit mempunyai prejudis terhadap penterjemah lelaki bahawa mereka tidak mempunyai ketekunan bagi menyiapkan projek terjemahan ikut jadual.
Lagipun, memang majoriti penterjemah adalah perempuan, baik di negara mana sekalipun.
Keadaan ini berlaku bukan disebabkan isu bakat bahasa dan bakat menterjemah antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya ia ada kaitan dengan perbezaan antara personaliti lelaki dan perempuan.
Memang lelaki tidak tahan duduk berjam-jam hari demi hari melakukan kerja terjemahan, manakala perempuan lebih tahan.
Nota: Apa kata Tuan RASTOM?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Em, fakta yang menarik!
Komen susah, tak komen pun susah. Terasa pedas pun ada. Contoh terbaik ialah seorang penjahit lelaki vs. penjahit wanita. Penjahit wanita mau siapkan baju dalam sekali duduk dan kaki goyang terus sampai siap. Penjahit lelaki ada berayun ayun mood..seperti berayun ayun pemijak mesin jahit
sambil menjahit kepala berpusing fikir benda lain , itu masalahnya. Terlalu banyak fantasi!
Salam ibu.
Ada kebenaran. Isteri saya penterjemah sambilan (di astro). Kawan dia (wanita) pun sama. Kawan kepada kawannya pun sama…dan setakat ini saya boleh fikirkan seramai 8 orang penterjemah kawan kepada kawan…semuanya wanita.
Saya pernah cuba membantu isteri, tetapi memang benar, saya tidak boleh duduk diam dan terasa cepat bosan - kesian dia…
Ini menunjukkan lelaki tidak suka banyak berfikir?
Hehehehe…
Assalamualaikum,
Penulis novel cinta pun ramai perempuan. Operator-operator kilang dan kawan-kawan mereka pun ramai perempuan; si lelaki jadi penyelia dan pengurus. Hmm…
Orang lelaki kebiasaannya memang tidak suka memerap dalam rumah. Tambahan pula di tempat kerja sudah memerap selama lebih 8 jam. Tetapi kalau sudah jadi penulis, apa boleh buat, mestilah suka memerap dalam rumah bagi menghasilkan karya.
Tukang jahit ramai lelaki. Tukang masak di restoran dan hotel juga ramai lelaki. Maknanya orang lelaki juga boleh mengambil alih kerja perempuan.
“Ini menunjukkan lelaki tidak suka banyak berfikir?” kata Helmy.
Sepatutnya lelaki lebih banyak berfikir kerana mempunyai lebih kepala.
Lelaki tidak banyak fikir. Tetapi apabila sekali dia fikir, hasilnya banyak amat. Hahaha…
Dalam dunia l10n rasanya lebih ramai penterjemah lelaki berbanding perempuan.
Lelaki dan wanita tidak dapat dipisahkan. Releven kah fakta ini dalam kes penterjemahan?
Puan Sifu,
waktu mula jinak dengan terjemahan dulu, Tok Guru MA ada perturun semacam “maxim” (tak tahu nak sebut apa) lebih kurang begini ...,
yang tidak menulis, mengedit;
yang tidak menulis dan mengedit, menterjemah;
yang tidak menulis, mengedit dan menterjemah, mengurus kerja-kerja di atas (DBPlah tu);
yang tidak menulis, mengedit, menterjemah dan mengurus, mengajar terjemahan;
yang tidak menulis, mengedit, menterjemah, mengurus dan mengajar terjemahan, membuat teori-teori baru terjemahan;
... dan sekitar 1990an di Persidangan Penterjemahan Antarabangsa di JB ketika itu, “maxim” ini dipanjangkan lagi ..,
yang tidak menulis, mengedit, menterjemah, mengurus, mengajar terjemahan, dan membuat teori-teori baru terjemahan, membentangkan kertas kerja tentang hala tuju dunia (industri?) terjemahan di persidangan-persidangan penterjemahan antarabangsa.
Agaknya masa sudah tiba “maxim” ini dipanjangkan lagi.
“...yang tidak menulis, mengedit, menterjemah, mengurus, mengajar terjemahan, dan membuat teori-teori baru terjemahan, membentangkan kertas kerja tentang hala tuju dunia (industri?) terjemahan di persidangan-persidangan penterjemahan antarabangsa.
Agaknya masa sudah tiba “maxim” ini dipanjangkan lagi.” >> Boleh saya panjangkan begini:
“Yang tidak menulis, mengedit, menterjemah, mengurus, mengajar terjemahan, membuat teori-teori baru terjemahan dan membentangkan kertas kerja tentang hala tuju dunia (industri?) terjemahan di persidangan-persidangan penterjemahan antarabangsa, maka hendaklah dia menulis mengenai persidangan-persidangan penterjemahan antarabangsa.” :D
..............
Nota Sifu: Amboi! Amboooi!.... Tuan Alang, Sifu naik pentas di persidangan antarabangsa itu membawa misi PTS, yakni supaya para penterjemah kita yang beragama Islam janganlah menterjemah buku-buku yang membahayakan penganut Islam, seperti buku “Memoir Of A Geisha” itu. Apatah lagi projek itu diusahakan bersama dengan ITNM pula.
Tuan Alang dan Puan Sifu,
Ya, penambahan yang selesa, serasi dan sejadi. Eh, eh macam bunyi prinsip teori terjemahan pulak!
Namun begitu, dalam suasana dunia terjemahan di Malaysia yang “antah-berantahan” ini, maka kerja menulis laporan persidangan perterjemahan setidak-tidaknya merupakan kesinambungan fitrawi kepada “roh maxim” tersebut.
Lantas saya ingin bertanya PS buat sekian kalinya, bilakah resolusi persidangan tersebut akan diwarwarkan guna diperbincangkan oleh pengiat dunia terjemahan?
Post a comment