Prestasi Buku PTS di MPH Alamanda Putrajaya - Januari 2009
Sepanjang bulan Januari 2009, jumlah buku-buku PTS yang terjual di cawangan MPH, Kompleks Alamanda, Putrajaya adalah 2,464 naskhah. Daripada jumlah itu, 1,368 naskhah adalah sastera remaja.
Trend jualan buku-buku PTS di MPH Alamanda yang sentiasa meningkat bulan demi bulan, dan tahun demi tahun, membuktikan bahawa kelas menengah Melayu yang tinggal di Putrajaya bersedia membeli dan membaca buku-buku Melayu.
Apa yang berlaku di MPH Alamanda juga berlaku di semua kedai-kedai buku yang menjadi agen PTS. Statistik jualan buku-buku PTS di seluruh negara menunjukkan setiap tahun jualan meningkat purata 60%.
Trend peningkatan luar biasa ini berlaku meskipun dalam masa yang sama Bahasa Melayu ditekan dan dipinggirkan oleh dasar kerajaan BN.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan, amalan MPH Alamanda meletakkan carta top10 novel best seller amat menarik perhatian penggemar novel. Sebagai contoh, isteri saya tidak melihat kepada penerbit atau pengarang, tapi lebih memilih kepada novel apakah yang menduduki carta pertama minggu ini.
Adalah baik jika PTS juga meletakkan rak “Carta Top 10 PTS” di kedai-kedai buku utama.
Post a comment