Prestasi PTS dalam Zaman Krisis Kewangan Melanda Negara
Industri buku-buku Melayu adalah sektor yang kebal-gawat. Tidak banyak sektor lain dalam ekonomi kita yang menikmati apa yang dinikmati oleh industri buku-buku Melayu.
Sejak mula beroperasi pada tahun 2000, sudah 2 kali gawat berlaku, namun tiap-tiap tahun PTS terus berkembang purata antara 50% - 60%. Pada masa industri lain membuang pekerja, PTS menambah pekerja.
Keluar-biasaan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi banyak penerbit buku di negara-negara lain juga melaporkan fenomena yang serupa, di mana gawat ekonomi tidak mengecutkan bisnes mereka.
Di bawah ini adalah data yang menunjukkan jumlah naskhah buku yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran kepada pengedar dan kedai-kedai buku di seluruh negara dengan jumlah nilai runcitnya* antara 2007 - 2009:
Tahun 2009: 1,838,016 naskah = RM31.22 juta
Tahun 2008: 1,037,196 naskah = RM20.32 juta
Tahun 2007: 892,879 naskah = RM16.49 juta
* Nilai runcit dikira berdasarkan harga buku yang tercetak pada kulit buku, yakni sebelum ditolak potongan diskaun kepada agen PTS.
PTS adalah sebuah penerbit yang tidak masuk tender kontrak perbekalan buku kepada kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan kerana berpegang pada prinsip bisnes-bebas-rasuah. Sebaliknya, PTS menjual buku-buku terbitannya kepada pembeli melalui saluran kedai-kedai buku di seluruh negara.
Nota: Data ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment