Friday, February 20, 2009

Prestij Buku yang Dijadikan Bulk-Display

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila kita masuk ke kedai-kedai buku besar, sentiasa ada beberapa buah buku terbaru di pasaran yang disusun dan dipamerkan banyak-banyak naskhah. Itulah yang dikatakan 'bulk display'.

Bagi pengarang, amat sukar mendapatkan peluang bukunya dijadikan bulk display. Justeru, bagi pengarang tempatan yang bukunya pernah dijadikan bulk display perkara itu amat berprestij.

Ciri-ciri buku yang kedai mahu buat bulk display adalah:

(i) Pengarang buku itu amat terkenal.

Pengurus kedai buku mestilah yakin buku yang dibuat display dapat dijual banyak naskhah. Jadi, setiap kali buku baru Harry Potter terbit, kedai akan membuat bulk display disebabkan dia yakin buku itu banyak peminatnya dan jualannya laris.

(ii) Tema dan tajuk buku itu adalah perkara yang sedang 'panas' dalam pasaran.

Walaupun pengarang buku itu mungkin nama yang tidak terkenal, tetapi jika tema buku itu sedang 'hot', kedai sanggup membuat bulk display.

(iii) Buku itu komoditi ruji yang memang ada pembelinya sepanjang tahun.

Sebagai contoh adalah kamus-kamus. Apabila 'Kamus Dewan' edisi ke-4 terbit, kedai-kedai buku akan membuat bulk display kamus itu bagi memberitahu orang ramai edisi terbaru sudah terbit.

Pengurus kedai-kedai buku besar amat cerewet apabila memilih buku untuk bulk display.

Semua buku yang diterima oleh kedai direkodkan penerimaannya ke dalam komputer. Disebabkan jumlah buku untuk bulk display banyak, katakanlah 50 naskhah, ia menyebabkan jumlah hutang kedai naik banyak. Jadi, jika buku-buku bulk display itu tidak meningkatkan jualan, jumlah hutang itu memberi gambaran tidak elok ke atas prestasi kedai.

Kedai-kedai kecil tidak menggunakan sistem komputer, semua rekod ada dalam kepala tuan punya kedai. Kalau penerbit berani meletakkan buku-bukunya untuk bulk display dalam kedai-kedai kecil, mereka tidak banyak soal jawab. Letak sahajalah, kalau tidak laku, ambil balik.

Penerbit besar tidak mahu membuat bulk display di kedai-kedai kecil. Pertama adalah risiko buku rosak. Apabila buku sudah dibuka daripada bungkusannya ia mudah kotor dan rosak sebab tangan orang-orang yang pergi kedai kecil tidak sangat bersih. Kedua, mengutip hutang daripada kedai-kedai kecil amat susah.

Pengurus kedai mempunyai kata muktamad semasa memilih buku untuk bulk display.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Kopiah-Kopiah Putih Bangun Menentang PPSMI, Bijakkah UMNO Terus Mempertahankannya Previous entry: Keranda Bahasa Melayu
faizul kamaruddin  on  02/20  at  09:22 AM

Eh, saya ternampak buku siri adam kecil sakit gigi, hebat betul jenama Adam kecil ni ya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: