Sunday, November 26, 2006

Previu Travelogue Tuan Sheikh Alang

CINTA WANITA SUDAN


“Saya dengar ada kisah seorang CEO syarikat dari Kuala Lumpur ditahan di lapangan terbang sebelum penerbangannya berlepas,” kata saya kepada seorang ‘resident engineer’ yang bertugas di projek pembinaan bangunan sebuah syarikat petroleum Malaysia di Khartoum, ibu kota Sudan.


“Itulah risiko tinggi yang saya pernah alami,” jawab jurutera yang saya beru kenali di ruang menunggu penerbangan di dalam lapangan terbang Khartoum itu.


“Saudara pernah mengalami keadaan seperti itukah?” tanya saya.


“Belum pernah. Tetapi ada kes melibatkan seorang pekerja warga Thailand di tapak pembinaan saya.”


“Dia ditahankah? Dia terlibat dengan kes apa?”


“Dia berkawan dengan seorang wanita Sudan. Kemudian dia ditahan polis atas tuduhan mencabuli kehormatan perempuan itu.”


“Dia memang melakukannya?”


“Dia menafikannya, tetapi saya sendiri tiada bukti dia bersalah ataupun sebaliknya. Dia pula mengatakan keluarga si perempuan itu membuat laporan polis sebab mereka tidak suka wanita itu berkawan dengannya.”


“Sudah bicara di mahkamahkah?”


“Tidak sampai bicara pun. Saya sebagai Mudir Kabir (‘Tuan Besar’) di tapak pembinaan itu terpaksa membayar duit ikat jamin sehingga hari perbicaraan. Kalau tidak, dia terpaksa merengkok di dalam tahanan sehingga hari bicara.”


“Bilakah tarikh perbicaraannya?”


“Keluarga perempuan itu sudah tarik balik tuduhan mereka apabila pekerja itu ditahan dalam lokap. Jadi polis bebaskan dia.”


“Mungkin mereka hendak ugut pekerja awak saja?” tanya saya.


“Ada kemungkinan begitu. Nasib baiklah saya akan balik bercuti ke Kuala Lumpur. Dapatlah saya lupakan masalah begini sementara saya bercuti nanti,” kata jurutera kenalan baru saya itu.


“Bilakah akan siap bangunan ibu pejabat syarikat minyak itu, saudara?”


“Itu yang saya sukar hendak beri jawaban tepat. Setakat ini pun sudah terlewat 51 hari dari yang dijadualkan,” terang beliau.


Selama saya di Sudan, selalu saya mendengar kisah kelewatan projek-projek yang berlarutan berbulan-bulan dari tarikh siap yang dijadualkan. Seolah-olah menjadi budaya setempat di mana mereka bekerja sambil lewa serta mengambil mudah jadual projek yang sudah disebutkan di dalam kontrak. Mungkin disebabkan duit pendahuluan sudah dibayar hampir 100 peratus ataupun sekurang-kurangnya 70% maka kontraktor macam sengaja tidak menyiapkan kerja-kerja mengikut kontrak. Nampaknya projek bangunan ibu pejabat syarikat minyak itu juga tidak terkecuali daripada masalah yang sama.



.


.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Karya Mentee
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Etika Terjemahan: Teori Terjemahan Konvensional lwn Teori Terjemahan Aliran Surah Yusuf Previous entry: Surah Yusuf: Istilah "Sastera Islam" Lwn Istilah "Sastera Syariah-Compliant"
Puan Ainon Mohd.  on  11/26  at  10:53 PM

SifuPTS memilih episod CINTA WANITA SUDAN sebagai contoh tulisan travelogue yang mempunyai ciri komersial dan human interset disebabkan episod ini mempunyai banyak maklumat:

1. Maklumat bisnes, seperti di Sudan ada syarikat minyak Malaysia melabur di sana. Ada kontraktor Malaysia mendapat projek pembinaan di sana.

2. Maklumat peluang pekerjaan. Di sana ada resident engineer dari Malaysia. Ada pekerja binaan dari Thailand bekerja dengan kontraktor Malaysia.

3. Ada maklumat budaya. Orang Sudan tidak suka pekerja Thailand berkawan dengan anak perempuan mereka. Ini human interest.

4. Ada maklumat undang-undang di Sudan.

Inilah angle menulis travelouge yang mempunyai nilai pasaran, yakni dapat dijual, dan berguna kepada pembeli dan pembaca.

Puan Ainon Mohd.  on  11/26  at  10:59 PM

Sheikh, gunakan entri ini dalam buku tuan, sebab saya sudah edit bahasa tuan dalam teks asal, sebab masih ada bau ketiak BMR!

alang kelana  on  11/27  at  12:55 AM

InsyaAllah, Puan Sifu. Terima kasih kerana membuat previu Travelogue Sudan saya itu.

Kang  on  11/29  at  05:14 PM

Tahniah Tuan Sheikh Alang… Tiada penghujung tanpa permulaan dan pertengahan. Tahniah!

Mbakyu, cuma nak kepastian—Benarkah novel travelogue ini dipelopori oleh Abuya Hamka melalui novel “Merantau Ke Deli”?

rastom  on  11/30  at  03:03 AM

Aduh, nostalgianya dengar Tuan Kang sebut judul buku Merantau ke Deli…itu salah satu buku terawal yang saya baca semasa masih di sekolah rendah..sebab hanya buku penulis Indonesia saja dalam almari buku almarhum bapa.

alang kelana  on  11/30  at  05:17 AM

Terima kasih, Tan Sri Kang,

Saya juga salah seorang peminat Abuya Hamka, karya beliau yang paling banyak saya baca ialah Tafsir Al-Azhar beliau.

Beliau seorang pejuang Islam yang kental semangatnya dan gigih usahanya, serta tidak mudah goyah pendiriannya walaupun dikurung oleh pemerintah ketika itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.