Friday, November 06, 2009

Prinsip-Prinsip Penerbitan Buku-buku Agama di PTS

PTS adalah sebuah penerbit yang aktif menerbitkan buku-buku agama dengan mempunyai gaya persembahannya sendiri.

Buku-buku agama PTS dirancang, ditulis dan diedit dengan berpandukan prinsip-prinsip berikut:

(i) Dalam isu memilih perkataan, istilah dan struktur ayat: Fokuskan kepada memilih unsur bahasa yang dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan buku, bukan menyusahkan pembaca.

(ii) Dalam isu memilih tema dan isi kandungan buku: Fokuskan kepada memberikan dorongan dan motivasi kepada pembaca supaya menyukai mesej-mesej Islam, bukan menghukum, meleteri, memarahi, merendah-rendahkan dan menakut-nakuti pembaca.

(iii) Dalam isu menerangkan sistem keyakinan dalam Islam: Fokuskan kepada menerangkan asas-asas keyakinan dalam Islam dengan mengemukakan maklumat secara tenang dan rasional, bukan berdebat, berkonflik, bertelingkah, menuduh, melabel dan menyalah-menyalahkan mana-mana golongan.

Tiga prinsip di atas berjaya menjadikan PTS penerbit buku-buku agama yang disukai oleh pembaca yang terdiri daripada golongan berpendidikan aliran modern.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laut Biru Komik yang Syariah-compliant Previous entry: Pasaran Buku Motivasi Kini Sudah Matang dan Menjadi Laut Merah

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: