Pro-dan-Kon Masuk Pertandingan Menulis Novel
Saya ditanya oleh seorang penulis PTS, apakah bagus jikalau beliau masuk pertandingan menulis novel yang dianjurkan oleh syarikat ataupun organisasi kerajaan.
Masuk pertandingan ada bagus dan ada tidak bagusnya. Yang tentu bagus adalah sekiranya hadiah pertandingan itu besar. Ini sangat berbaloi, sebab jumlah hadiah itu mungkin jauh lebih banyak daripada royalti yang diterima jikalau tidak masuk pertandingan. Lebih bagus lagi apabila hadiah dapat, royalti pun dapat.
Namun, memenangi pertandingan tidak menjamin banyak hal. Novel yang menang tidak dijamin laku lebih keras daripada novel-novel yang tidak masuk pertandingan.
Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum memasuki sesuatu pertandingan:
(i) Pastikan syarat pertandingan itu tidak mewajibkan pengarang menyerahkan hakcipta kepada penganjur pertandingan. Jika itu menjadi syarat maka ia sangat merugikan pengarang.
(ii) Pastikan penganjur tidak mewajibkan pengarang menyerahkan hak penerbitan kepada penganjur lebih daripada 3 tahun. Jika tidak, hal ini pun sangat merugikan pengarang.
(iii) Pastikan pengarang tidak dipaksa menyerahkan semua hakcipta subsidiari kepada penganjur. Jika tidak, hal ini pun sangat merugikan pengarang.
Pihak yang menganjurkan pertandingan mungkin cuma mempunyai dana bagi menjalankan pertandingan, tetapi tidak mempunyai kekuatan pemasaran, akibatnya novel yang menang tidak dapat dipasarkan dengan agresif.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment