Sunday, November 14, 2010

Idea Membuka Kiosk Buku di Stesen LRT

Baguskah idea menyewa ruang niaga di stesen LRT bagi membuka kiosk menjual buku?

Saya menerima pertanyaan ini daripada seorang yang percaya idea itu bagus dan beliau sedang menimbang-nimbang mahu melakukannya. Menurut beliau, stesen LRT yang beliau sedang tinjau-tinjau itu adalah stesen yang sibuk, yakni banyak orang naik turun di stesen itu kerana ia adalah stesen terakhir.

Saya telah merujukkan pertanyaan itu kepada Tn. Zain Aziz (foto), timbalan pengurus jabatan sales PTS. Inilah pandangan beliau:

1. Walaupun stesen LRT dikunjungi banyak orang, tetapi mereka semua dalam transit. Mereka mahu pergi ke tempat lain.

2. Orang pergi ke stesen LRT bukan dengan tujuan mencari buku yang sesuai dibeli.

3. Orang datang ke stesen LRT dalam keadaan tergesa-gesa, semakin cepat mereka dapat meninggalkan stesen, semakin baik. Membeli buku memakan waktu, dan waktu adalah perkara yang mereka tidak punya pada saat berada di stesen.

4. Stesen LRT tidak berhawa dingin. Ia tidak sesuai bagi tujuan membeli buku.

Pada suatu masa dahulu Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB) pernah mempamerkan novel-novel terbitannya di stesen LRT. Ia sudah lama menjadi sejarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-Ada Sahaja: Kisah Penulis Ngetop PTS dengan Kereta Buruknya Previous entry: Tip Survival Penulis: Buka Fanpage Sebagaimana AinMaisarah
mumtazah  on  11/15  at  03:30 AM

Saya bersetuju dengan Tuan Zain Aziz. Namun begitu, mungkin pihak Puan boleh mempertimbangkan membuka kiosk di stesen komuter. Atau letakkan mesin membeli buku di dalam komuter. Ini adalah kerana:

1. Masa menunggu komuter lebih lama
2. Perjalanan menggunakan komuter lebih lama.
3. Perjalanan menggunakan komuter lebih selesa. Terdapat ruang untuk perempuan menyebabkan sayia rasa selesa untuk duduk dan membolehkan saya membaca dengan tenang.

Web Sutera  on  11/18  at  07:24 AM

Tiada komen. Namun saya setuju dan menyokong kempen Baca@LRT! grin. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Buku apa sedang dibaca ketika ini?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.