Pro dan Kontra Mencetak Harga Buku pada Kulit Buku
PTS adalah sebuah penerbit yang mencetak harga jualan buku pada kulit belakang buku-bukunya. Dengan demikian semua orang tahu berapa harga sebenar sesebuah buku itu.
Tidak semua penerbit di Malaysia melakukan apa yang PTS lakukan, kerana ada pro dan ada kontranya:
1. Banyak kontraktor buku tidak suka PTS mencetak harga buku pada kulit buku sebab mereka tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku itu apabila di-submit-kan untuk tender kerajaan. Kalau harga buku tidak dicetak, buku yang berharga RM20 dapat mereka submit dengan harga RM35, malah lebih tinggi daripada itu pun boleh.
2. Pekedai-pekedai kecil pun tidak berapa suka sebab mereka tidak dapat menaikkan harga jualan buku-buku PTS.
3. Runner yang menjual buku dari sekolah ke sekolah pun tidak suka menjual buku-buku PTS atas sebab yang sama, yakni mereka tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku PTS.
4. Pegawai-pegawai kerajaan yang korup pun tidak suka meluluskan judul-judul PTS sebab mereka tidak dapat hendak makan banyak apabila memilih buku-buku PTS.
Walau bagaimanapun, dasar bisnes PTS yang mencetak harga buku-bukunya disukai oleh para penulis PTS kerana sikap PTS itu adalah telus. Mereka dapat mengira dengan tepat royalti mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment