Wednesday, February 03, 2010

Pro & Kontra Jualan Gudang

Jualan gudang sudah menjadi tradisi dan acara tahunan di kalangan beberapa penerbit negara ini.

Jualan gudang yang paling terkenal adalah jualan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana pada masa itu ada buku-buku yang bagus dijual pada harga semurah RM1 ringgit.

Malah pernah berlaku buku-buku sastera DBP dijual pada harga RM1 ringgit dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!

Ada pekedai buku yang memborong buku-buku jualan gudang DBP dengan tujuan akan menjual semula buku-buku itu di kedainya dengan harga yang lebih tinggi.

Jualan gudang diadakan dengan tujuan:

1. Mengurangkan kerugian penerbit.

Jualan gudang lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada kilang kertas kitar semula.

2. Mengosongkan ruang dalam gudang.

Ruang adalah wang. Ruang dalam gudang perlu dikosongkan kerana ruang itu dapat digunakan bagi menyimpan buku-buku yang baru diterbitkan.

Meskipun jualan gudang dapat mengurangkan kerugian, namun ia mempunyai kesan yang sangat merugikan penerbit pada jangka masa panjang:

1. Motivasi berkarya di kalangan penulis jatuh. 

Sudahlah buku mereka tidak laris, akibatnya mereka tidak menerima royalti. Kini mereka menanggung malu apabila melihat buku-bukunya dijual lambak. Akibatnya mereka tidak mempunyai semangat mahu menghasilkan karya baru yang dapat diterbitkan.

2. Penulis lari kepada penerbit lain.

Penulis hilang kepercayaan kepada penerbit, akibatnya mereka menulis untuk penerbit lain.

Nota: Buku-buku yang dijual pada jualan gudang tidak layak menerima royalti.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ilham Hamdani Pemenang Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen) Previous entry: Kontraktor Buku Gembira dengan Langkah KPM Mewajibkan Guru-guru Membaca 7 Buku Setahun
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/03  at  02:21 PM

Assalammualaikum.

Semoga Pn. sihat sejahtera dan senantiasa dilimpahi oleh rahmat-Nya.

Sebenarnya motif utama jualan gudang ini adalah bukanlah disebabkan sangat oleh 2 motif di atas. Penyebab utama berlakunya jualan gudang adalah jika diperhatikan kebanyakkan penerbit akan melangsungkan jualan gudang mereka sebelum berakhirnya bulan MAC tiap-tiap tahun.

Bulan MAC merupakan bulan yang kritikal bagi mereka yang mana ianya adalah penghujung untuk pengiraan akaun untung rugi bagi kebanyakkan penerbit dan juga tidak ketinggalan rangkaian kedai buku seperti MPH dan juga POPULAR.

Melalui jualan gudang ‘terdesak’ ini jugalah merupakan langkah dan pilihan terakhir untuk para penerbit ini untuk melonjakkan nilai jualan atau dengan kata lain bagi mencapai target yang telah ditetapkan untuk tahunan tersebut.

Jika tiada target yang dikejar ataupun target jualan yang dibuat, percayalah sindrom jualan gudang ini tidak akan berlaku.

MPH sedang merangka untuk membuat jualannya pada penghujung bulan MAC ini begitu juga POPULAR yang sudah memulakan jualan murahnya sedikit demi sedikit dan akan secara besar-besaran penghujung MAC ini juga.

Para penerbit besar seperti Karangkraf, DBP dan sebagainya terpaksa melakukan jualan gudang ini untuk menutup kekurangan jualan mereka. Sama ada untuk mengejar target jualan ataupun untuk menunjukkan nilai jualan meningkat dari segi per sen(%). Para penerbit harus melakukan itu semua kerana kelak apabila laporan tahunan dikeluarkan seakan mereka mencapai target ataupun jualan mereka meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Jika laporan kewangan dan jualan hanya dibaca oleh mereka sendiri perkara ini tidak akan berlaku, namun untuk dipertontonkan kepada pemegang saham ataupun untuk diwar-warkan kepada umum, langkah ini akan diambil.

Pada pemerhatian saya, paskal 2009-2010 lebih banyak penerbit dan pekedai melakukan jualan gudang berbanding paskal 2008-2009.

Kesimpulannya, boleh digambarkan pasaran buku untuk penerbit-penerbit ini adalah lembab dan kurang memberangsangkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/03  at  09:49 PM

Assalammualaikum,

Saya tidak tergamak untuk membeli buku dengan harga serendah RM1.00. Nilainya lebih dari itu. Apa agaknya rasa tuan/puan bila buku hasil penat lelah dilelong seperti itu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/03  at  02:10 AM

Mph akhirnya terpaksa memulakan jualan ‘SALE’ mulai 3-7 Mac ini khuatir bertembung dengan PBAKL di penghujung Mac ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: