Produktiviti Sifu
Sifu sudah siap menulis 3 buah buku kecil. InsyaAllah, menurut En. Faris, Pengurus PTS ISLAMIKA, ketiga-tiganya akan terbit pada 2008, ikut giliran. Buku-buku itu adalah:
(a) Siapa Itu Nabi Muhammad
(b) Terjemahan dinamis Surah Yaasin
(c) Doa-doa Kesukaan Nabi Muhammad
Semua buku ini dibaca dan disemak oleh Ustaz Arief Salleh Rosman, yang juga penasihat dan pakar rujuk rasmi hal-ehwal agama PTS.
Nota: Entri ini ditulis bagi (a) Membakar semangat mentee-mentee Sifu, dan (b) Menyindir Tuan Rastom yang lembap menyelesaikan projeknya!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati,
Alhamdulillah. Moga makin banyak membakar…
Tuan Mya Marja,
Yang mahu saya bakar… tidak juga terbakar-bakar! (Tuan Rastom, maksud saya).
Ahh! Sudah terbakar pun, berapi rapi macam api soyuz! Sudah hampir selesai Puan.....hehehe, ingat bulan puasa boleh laju sikit, tapi lagi lembab sebab tak boleh balut rokok daun.
Saya sendiri sudah siap dua jibunysi. Tengok keadaan, sehingga hujung tahun nanti siap berapa buku. Sepatutnya 12, tetapi disebabkan terlalu banyak masalah teknikal, hanya baru siap 2 1/2.
Nampaknya kena menetap di Oregon, mungkin boleh siapkan satu novel sebulan....
Tuan Rastom,
Sabar tuan, rokok daun memang ‘slow burn’ .Ha ha ha..
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Semangat saya semakin terbakar dan akan menyiapkan buku ke-2 dalam siri “Di Bawah Payung Aisyah...” dan 3 lagi terjemahan Sherlock Holmes dan Jules Verne.
Puan Sifu,
Sejak ketiadan chat-box di UNIKA ini, terasa kurang meriah, kerana tiada lagi ruangan para mentee dan pembaca menuliskan pesanan ringkas untuk ucap selamat Hari Raya.
Maka untuk memberi ruang kami menuliskan ucap selamat, saya cadangkan Puan Sifu buatkan satu posting/entri dan dengan demikian kami semua dapat tulis di bahagian Diskusi Kuliah untuk sampaikan ucapan selamat Hari Raya.
Imran Yusuf.
Rasanya produktiviti saya boleh dianjak dan dilonjak jika dapat mengamalkan kandungan buku Sheikh Imran Yusuf itu.
Laa…
Macam-macam sungguh syarat produktiviti Tuanku Rastom ini. Sudah habis isu rokok gulung sendiri sebab Ramadhan sudah tamat, dia mahukan isteri baru pulaaaa…
Takkan itu pun Sifu kena carikan!
Mmmmm...(mengangkat bahu) Betul juga. Kalau Sifu carikan manalah tahu berkat hehehe.
Sambil terjemah (dah nak siap pun) tu juga saya siapkan dua site eksperimen mau pindah rumah. Sudah jemu bagi hits percuma kepada wordpress.com
Site eksperimen saya di: http://www.rastom.net/web/
dan juga di: http://www.rastom.net/siasah/
(Takut nak masuk laman unika sebab kerja belum siap)
Post a comment