Tip Survival Penulis: Penulis Senior Bersaing dengan Penulis Baru

Bagi mereka yang mahu menjadi penulis PTS, persaingannya semakin hari semakin sukar. Sementara mereka belum mempunyai nama, mereka harus bersaing dengan penulis-penulis PTS yang sudah terkenal dan mempunyai ribuan peminat.
Mutu karya penulis-penulis senior PTS semakin hari semakin bertambah baik. Salah satu faktornya adalah sikap mereka yang terus belajar ilmu-ilmu baru demi meningkatkan kualiti karya mereka.
Foto di atas menunjukkan peserta kursus penulisan anjuran PTS yang bertajuk "Plot, Story Arc, Twist-and-Turn dan Cliff Hanger".
Dalam foto itu, kelihatan peserta di tepi kanan sekali adalah peserta yang duduk di lantai kerana tidak cukup kerusi.
Dalam kumpulan itu 20% adalah penulis PTS yang karya mereka sudah terbit.
Sebagai contoh, wanita berbaju dan bertudung hitam itu adalah penulis senior PTS. Beliau sudah menerbitkan 7 novel remaja dengan PTS, antaranya novel "Puteri Salsabila".
Nama beliau adalah Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, pensyarah di fakulti kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), kampus Transkrian, Pulau Pinang.
Setiap kali PTS memperkenalkan tajuk kursus baru, beliau turun ke Kuala Lumpur bagi mengikuti bengkel-bengkel itu.
Seperti Prof. Madya Dr. Umi Kalthum, penulis-penulis senior PTS menerima realiti bahawa mereka sedang disaingi oleh bakat-bakat baru muncul, oleh itu mereka mengambil langkah menambahkan ilmu kepengarangan mereka dengan menghadiri kursus. Faktor inilah yang menyebabkan pintu masuk PTS semakin sukar diterobosi oleh penulis-penulis baru, melainkan mereka selalu datang kursus PTS.
Dalam dunia penerbitan, senioriti tidak menjaminkan setiap buku baru akan laku dalam pasaran. Banyak nama-nama pengarang yang sangat popular pada suatu masa dahulu kini buku mereka tidak laku lagi. Sebaliknya nama-nama baru sudah muncul dan mengambil tempat mereka.
Citarasa pembaca semakin hari semakin bertambah tinggi. Justeru hanya pengarang yang dapat memenuhi citarasa pembaca sahaja yang akan survive.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum warahmatullah Puan Ainon yang dihormati…
Tidak pula saya menjangka Puan nyatakan begini dalam entri Puan…Pada mulanya terasa malu juga sebab ‘terasa usia diri sudah di hujung usia’. Peserta bengkel yang lain muda belia belaka…
Namun, lama kelamaan saya akui saya perlu terus berenang dalam lautan ilmu dan juga sentiasa mendapat bekalan secukupnya bagi terus berenang sehinggalah nafas ditakdirkan terhenti…
Terima kasih banyak-banyak Puan - di atas segala ilmu yang dicurahkan…Semoga Puan dipanjangkan usia serta dirahmati Allah selalu…Amin…
Wasalam
Nenek kepada dua cucu..Alhamdulillah (bakal tambah 1 lagi, Insya Allah..)
How to write a propetus for Affin Fund phps
Post a comment