Friday, December 12, 2008

Hasil Kajian Prof. Datin Dr. Juriah Long (UKM)

Prof. Datin Dr. Juriah Long dari fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama kumpulan penyelidiknya telah selesai menjalankan kajian kualitatif tentang prestasi PPSMI di 2 buah sekolah (i) Sekolah Menengah Maahad Kajang (berasrama penuh) dan (ii) Sekolah Menengah Jalan 2 Bandar Baru Bangi.

Hasil kajian beliau mendapati PPSMI menggagalkan strategi pembelajaran 'student-centered' kerana pelajar-pelajar tidak faham konsep-konsep matematik dan saintifik yang cuba diterangkan oleh guru. 

Apabila pelajar tidak faham bahasa Inggeris, mereka tidak faham apa yang diperkatakan oleh guru, mereka juga tidak dapat berfikir dalam bahasa Inggeris, oleh itu mereka tidak dapat bertanya dalam bahasa Inggeris kepada guru, dan tidak dapat menjawab soalan guru dalam bahasa Inggeris.  

Baca laporan kajian di sini.

Foto Prof. Datin Dr. Juriah Long 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ceramah Anti-PPSMI Previous entry: Kreativiti Indigenus Hanya Tercetus dalam Bahasa Ibunda: Mesin Kukur Kelapa
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/13  at  12:45 AM

Salam.

GAPENA baru “tumbuh gigi”. Baru dengar kenyataan dari mereka tentang PPSMI. Terima kasih Dato’ Baha kerana menyedarkan mereka dari mimpi!

*****************
PPSMI tidak adil untuk pelajar luar bandar - Gapena

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kerajaan digesa tidak meneruskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia dilihat tidak adil bagi pelajar sekolah terutamanya di luar bandar.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, pelaksanaan PPSMI akan mewujudkan jurang besar dari aspek prestasi pelajar sekolah luar bandar berbanding mereka di bandar.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi penekanan yang berbeza terhadap kemahiran bahasa Inggeris pelajar sekolah di luar bandar dan di bandar kerana mereka diketahui kurang mendapat pendedahan.

“Ada cara untuk kita mempertingkatkan kekuatan bahasa kedua itu di kalangan pelajar dan yang pasti PPSMI bukan satu cara yang efektif,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail mengulas mengenai pelaksanaan PPSMI dan pendirian Gapena yang membantah sekeras- kerasnya sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskannya pada masa akan datang.

Katanya, Gapena tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI yang dilihat mampu mengetepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar Perlembagaan negara.

“Saya berasa tidak adil dan kasihan kepada anak-anak Melayu di luar bandar. Sudahlah mereka lemah dalam Matematik dan Sains, kini ia menjadi lebih susah untuk mereka apabila PPSMI dilaksanakan.

“Ini sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada mereka. Harus ada cara yang lebih baik untuk membantu,” katanya.

Menurut beliau, Gapena sendiri akan memainkan peranan bagi membantu golongan pelajar terutama di luar bandar memperkukuhkan bahasa Inggeris mereka tanpa perlu memberi penekanan terhadap penggunaanya dalam mata pelajaran Matematik atau Sains.

“Kita ada kepakaran. Kita setuju apabila ada cara untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan pelajar tetapi bukan dengan pelaksanaan PPSMI. Ia harus diasingkan,” katanya.

Beliau berkata, Gapena akan menentang habis-habisan walaupun ada cadangan untuk melaksanakan pengajaran bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran lain.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  07:57 AM

Assalamualaikum..

Saya berminat untuk mengkaji isu PPSMI dan kesannya kearah perancangan bahasa Melayu. Saya memohon kiranya ada bahan untuk di kongsi, tolong emailkan kepada saya.

Terima kasih

Melba  on  04/27  at  08:31 PM

If checking out a dentist’s workplace:.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.