Prof. Dr. Mohd. Kamil Endorse
Prof. Dr. Mohd. Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor menulis dalam blog beliau:
"....Saya terambil Biografi Muhammad bin Abdullah. Itulah ketentuan Allah. Kenapa? Saya sudah memiliki beberapa naskah sirah Rasullullah dan tidak bercadang untuk menambah koleksi tersebut. Tiba-tiba sahaja saya tertarik untuk mencapainya tanpa melihat daftar kandungan.
Saya mula membaca apabila kereta bergerak pulang ke Segamat. Ya Allah, saya fikir inilah buku paling menarik yang menceritakan kisah Rasullullah. Ia menggunakan bahasa mudah, santai dan gaya bercerita. Saya terus membaca tanpa jemu walaupun hampir keseluruhan cerita telah didengari atau diketahui.
Saya agak kelewatan membaca buku ini. Namun saya masih bersyukur kerana digerakkan hati untuk membelinya semalam."
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Buku ini memang mudah dibaca, anak saya yang berusia 8 tahun sedang mentelaah isi kandungannya. Ini bermakna indeks bacaannya rendah, menurut anak saya ia lebih menarik daripada buku teks mata pelajaran agama Islamnya.
Post a comment