Saturday, October 25, 2008

Prof. Kamil Mahu Sembelih 1 Ekor Lembu untuk 1,000 Tetamu Majlis Pelancaran Buku

InsyaAllah, Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim akan melancarkan buku terbaru beliau TRAVELOG DAKWAH di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Segamat.

Seramai 1,000 orang dari kampung-kampung berdekatan akan diundang menghadiri majlis gilang-gemilang itu. Mereka akan dijamu dengan sup lembu dimakan dengan roti, sebagaimana kebiasaan orang Segamat. 

Besar kemungkinan Yang Berhormat Menteri Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan melancarkan buku itu.

NOTA: Sifu mencadangkan kepada profesor akaunting yang satu ini supaya mengundang warga pusat serenti yang berdekatan hadir ke majlis itu. Mereka akan berpeluang mendengar kata-kata mutiara daripada profesor akaunting yang satu ini, yang pasti akan amat menyentuh hati mereka. Besar kemungkinan itulah kali pertama mereka menatap wajah seorang profesor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ain Maisarah Mencari Co-author Previous entry: Tawaran Percuma Kelas HAIKU
MKI  on  10/25  at  04:27 PM

Salam sejahtera,

Entri Puan Ainon ini perlu dibaca dengan senyum simpul. Perkataan gilang-gemilang sangat menakutkan.

Sebenarnya, saya cuba mengecilkan majlis pelancaran buku tetapi bila diumumkan menggunakan tajuk sebagaimana ayat Puan Ainon, ia jadi emmmm… emmmm.

Turutannya begini:

1. Saya memang ingin belanja penduduk sekitar bila ada rezeki lebih.

2. Kenapa tidak bersekali dengan lancar buku?

3. Eh.. ada ura-ura Dr Zahid akan berkunjung ke sini, kenapa tidak minta beliau lancarkan buku tersebut?

4. Saya ingin wakafkan buku kepada masjid-masjid di daerah Segamat.

Kesimpulannya, saya ingin menjemput pembaca ruangan ini berkunjung ke Segamat ketika majlis tersebut diadakan.

Ia kisah main-main - InsyaAllah - akan menjadi kenyataan.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  10/26  at  12:46 AM

Tahniah kepada Prof. Kamil.  Maaf sebab selepas program di Telekom tempoh hari saya tidak dapat bertemu Prof. kerana telah di’kidnap’ bagi menyampaikan tazkirah ringkas di surau Telekom menggantikan seorang ustaz yang tersesat jalan untuk sampai ke sana.

Saya doakan buku Travelog Dakwah ini lebih berjaya dari Travelog Haji.  Amin.

Shamsuddin Kadir  on  10/26  at  01:14 AM

Tahniah juga kepada Prof. Kamil di atas satu ceramah teristimewa di TM tempoh hari. Hasil daripada menjadi pendengar setia sepanjang ceramah ‘agong’ itu saya tidak sabar-sabar untuk turut menjadi tetamu Allah.

Insyaa-Allah saya sekeluarga akan ke Mekah pada tahun 2009 nanti. Semoga nasihat yang disampaikan oleh Prof itu menjadi amalan yang diberkati sepanjang hayat, Amin. 

Jika ada peluang dan ruang, saya akan ke majlis perlancaran jika diberi kemudahan oleh Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/26  at  10:18 AM

Salam
Tahniah Prof.
Tahniah saudara Shamsuddin kerana telah menerima jemputan untuk menunaikan Haji ketika muda. Bertambah seorang lagi Haji Muda yang profesional. Selamat mendapat tarbiyah Haji. Semoga Allah memudahkan segala persiapan saudara untuk menunaikan Haji.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.