Friday, December 26, 2008

Profail Pelajar Yang Menjawab UPSR dalam Bahasa Inggeris

UNIKA mahu supaya Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan kepada rakyat profail pelajar-pelajar yang menjawab soalan peperiksaan UPSR lalu menggunakan bahasa Inggeris.

Kita hanya mahukan 2 maklumat profail pelajar-pelajar itu:

(i) Alamat sekolah di mana pelajar-pelajar itu belajar.  Adakah sekolah itu sekolah bandar ataupun luar bandar?

(ii) Pendapatan ibu bapa mereka. Adakah ibu bapa mereka kaya ataupun miskin?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tidak Logik tetapi Benar-benar Berlaku di UPM Previous entry: Bagaimana Bahasa Inggeris Menumpulkan Kreativiti Jurutera IT Bangsa India
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/16  at  10:02 AM

Assalamualaikum pn. ainon dan para pembaca semua,

Memang menyedihkan apabila menteri pelajaran dengan bangganya menyatakan PPSMI tidak gagal dan ingin meneruskan dasar ini. Saya amat mengaharapkan agar NGO-NGO pejuang bahasa Melayu terus mendesak dan mengasak Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri supaya dasar ini dihapuskan serta-merta.

Jika semasa pelaksanaannya tiada sebaran rundingan meja bulat diadakan, mengapa untuk berpatah balik kepada dasar asal amat payah sekali.

Adakah perlu satu gerakan demostrasi ala-ala ‘Keranda 152’ patut diadakan semula demi menjaga maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Perlukan satu memorandum dibuat dan dihantar kepada perdana menteri ataupun kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

Pemimpin parti pemerintah hanya pandai melaungkan hal-hal berkaitan ketuanan Melayu, sebaliknya hal-hal lain berkaitan kepentingan orang Melayu yang lain termasuk menjaga maruah bahasa dipandang sebelah mata.

Suatu masa dahulu parti pemerintah lah juga yang menghapuskan penggunaan tulisan jawi dari arus perdana. Natijahnya untuk mengembalikan tulisan jawi di arus perdana begitu banyak ranjau dan liku yang harus dihadapi. Begitu banyak tentangan yang diterima dari pihak yang membencinya.

Nasib yang serupa juga bakal menimpa kepada bahasa Melayu jika penggunaannya dalam mata pelajaran sains dan matematik gagal dikembalikan dalam masa yang terdekat, sudah tentu nasibnya sama seperti tulisan jawi kelak. Terhapus secara halus.

Oleh itu sekali lagi saya mengharapkan Pn. Ainon dan Prof. Abdullah yang mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia perjuangan bahasa Melayu dapat melakukan sesuatu demi untuk meneruskan survivalnya di bumi sendiri.

Sekian, wassalam.

jOnOs  on  11/16  at  05:59 PM

Haaa jawab…

Jawab…mana dia…mana?

Tunjuklah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/20  at  03:50 AM

Assalamualaikum Puan,

Izinkan saya untuk kongsi pengalaman di sini. Jika ada mana-mana pihak yang berkaitan membaca coretan ini, ambillah sebagai makluman. Usahlah disiasat dan dicari-cari pemberi maklumat itu.

Hari keputusan diumumkan, sekolah tempat anak saya belajar mengadakan Hari Kecemerlangan Murid. Di akhir majlis, pihak sekolah umumkan keputusan UPSR yang baru diterima. Tahun lepas, lima orang pelajar sekolah luar bandar ini berjaya memperolehi 5 A. Tahun ini hanya seorang sahaja yang berjaya mendapat 5 A. Ada 4 orang yang mendapat 4 A 1 B. Gred B yang diperolehi oleh mereka ialah masing-masing matapelajaran sains atau matematik.

Berbohonglah jika saya katakan bahawa tidak ada guru yang merungut berkenaan dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris antara penyumbang kepada kemerosotan keputusan UPSR di sekolah itu.

Berlaku pula di satu sekolah, seorang guru telah diminta menggantikan kelas yang gurunya tidak hadir. Waktu itu ujian sains berlangsung di kelas itu. Pada hari lain, gempar kerana ramai yang lulus cemerlang ujian yang diadakan sedangkan sebelum itu, tidak pernah berlaku keadaan demikian.

Guru yang menggantikan kelas itu pun ditanya samada dia memberikan jawapan kepada pelajar. Guru berkenaan menjawab bahawa dia hanya menerangkan kepada pelajar apa maksud soalan-soalan tersebut.

Bermakna, selama ini bukanlah mereka tidak tahu jawapan kepada soalan. Mereka tidak tahu dan faham apa soalan itu sebenarnya.

Rahman Hashim  on  08/15  at  06:23 AM

Asalamualaikum Puan,


Satu-satu bangsa itu menjadi maju kerana bertunjangkan tamadun, kebudayaan dan bahasanya. Lihat sahajalah bagaimana bangsa China tetap unggul dan peradabannya tidak luput ditelan masa, bangsanya terus maju walaupun zaman demi zaman telah berlalu.

  Bangsa India juga mempunyai ciri-ciri yang sama, begitu juga dengan bangsa Arab. Arab juga pernah memahat namanya dalam sejarah peradaban manusiawi dan menjadi pemangkin kepada kebangkitan ‘rennaisance’ yang berlaku di Eropah melalui Islam.

Bangsa Arab walaupun tidak mencapai kemajuan moden yang tinggi di dalam tanah Semenanjung Arab sendiri, di negara-negara barat(negara bangsa Caucassian-kulit putih) mereka menjadi ilmuwan, saintis-saintis dan ahli perniagaan yang terkenal. Begitu juga dengan bangsa Cina,India, dan Korea.

Bangsa Jepun juga mempunyai asas yang kukuh melalui tamadun bangsanya yang dipelihara sejak dari dahulu hinggalah sekarang .

Bangsanya telah melonjak tinggi menjadi satu-satunya bangsa Asia yang diterima dan tidak didiskriminasi oleh bangsa Eropah(Caucasian)semenjak tahun 60an lagi. Juga kerana tamadun, kebudayaan dan bahasanya.

  Bangsa Jepun walaupun tulisannya (kanji) berasal atau dicedok daripada tulisan Cina, ia telah dipelihara dan dikembangkan dan diperkayakan. Buku-buku ilmiah dan bermacam-macam jenis buku dari barat telah dijermahkan kepada Bahasa Jepun(tulisan Kanji dan Kana)semenjak tahun 1800-an lagi.Lihatlah bagaimana ianya telah mengangkat bangsa ini mejadi bangsa yang termaju dan cemerlang di Asia dan di dunia amnya.

  Kesemua bangsa yang disebutkan di atas mempunyai tamadun, kebudayaan dan bahasa yang telah berkembang semenjak ribuan tahun dahulu.

  Kesemua bangsa yang di atas telah memelihara bahasa dan tulisannya dari dahulu hinggalah sekarang.

  Bangsa Melayu satu masa dahulu menjadi maju dalam bidang ekonomi , perniagaan dan perdagangan sehingga melangkaui negara China di sebelah timur dan di sebelah barat melangkaui benua kecil India hinggalah ke Semenanjung Arab melalui tamadun dan bahasanya juga.Juga kerana ilmuwan dan cendekiawannya berusaha menterjemahkan karya-karya ilmuwan Islam di Semenanjung Tanah Arab yang pada masa itu mempunyai budaya ilmu yang tinggi.

  Ketika saya di sekolah rendah dahulu (tahun 80-an), bahasa Jawi diajarkan di dalam kelas sehinggakan rakan saya murid-murid berketurunan Cina dan India pandai dan lancar membaca Jawi .Mereka juga mendapat markah yang agak baik apabila peperiksaan atau ujian bertulis Jawi diadakan.

  Malangnya dan begitu sedih sekali, apabila tulisan Jawi warisan bangsa(yang telah dimajukan, dipelihara dan dikembangkan oleh pakar-pakar bahasa, datuk dan nenek moyang kita hampir ribuan tahun dahulu) kini hampir tiada tempatnya di hati anak bangsa kita.

Cubalah suruh pelajar-pelajar sekolah rendah darjah enam membaca Jawi dan saya berani cakap 90% daripada mereka akan tergagap-gagap dan langsung ada yang tak pandai membaca Jawi langsung.

  Pupus tulisan bangsa itu maka akan mundurlah sesuatu bangsa itu. Kekuatan sesuatu bangsa itu saya berani katakan berakarkan daripada tulisan dan bahasanya.

Kalau kita lihat pada tahun 60-an dan era 70-an bahasa Jawi digunakan dengan meluas walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar, bangsa kita sedang bangkit selepas Mei 1969, kemajuan bangsa giat diusahakan oleh para-para pemimpin kita, sehinggakan rombongan Kerajaan Korea Selatan datang dan belajar bagaimana kita mencapai kemajuan pembangunan yang singkat bermula daripada merdeka (1957)hinggalah ke tahun 70-an
  Ramai daripada kita mungkin boleh mendakwa bahasa Rumi adalah bahasa yang boleh membawa kita ke arah bangsa moden maju tetapi mengapa setelah berpuluhan tahun semenjak bahasa Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan, kita masih lagi tak berupaya menghasilkan terjemahan buku-buku ilmiah, akademik dan bahan bacaan sebagaimana bangsa Jepun telah melakukannya 200 tahun yang lepas?

  Memang tak dinafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan perdagangan, ekonomi, sains dan teknologi dunia, tetapi mengenepikan bahasa dan tulisan sendiri akan menyebabkan bangsa kita kehilangan jatidiri dan semangat, seolah-olah seperti hilangnya kebanggaan kepada warisan tamadun bangsa juga akan menyebabkan hilangnya semangat kita untuk melonjakkan martabat kita dari segi pencapaian sains, teknologi dan perdagangan dunia.

  Di manakah kesedaran pemimpin(yang membesar dalam era 40, 50, 60 dan 70an) kita yang sebenar-benarnya wujud di zaman mereka kebanggaan terhadap bahasa melayu dan tulisan Jawi?

Walaupun pemimpin ini bangga dengan kebolehan mereka bertutur bahasa Inggeris kerana mereka berpendidikan Inggeris tetapi mereka semacam lupa bahawa merekalah anak-anak yang membesar dalam zaman dan persekitaran tulisan Jawi(bahasa Melayu) . Tidakkah Tun Dr Mahathir semasa belianya menampal poster menentang Inggeris dengan bahasa Jawi di Pulau Pinang satu masa dahulu?

Medium kemerdekaan bangsa kita ialah tulisan Jawi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana Dato Onn masuk ke kampung-kampung, desa-desa pendalaman dengan sepanduk(banner)bertuliskan tulisan Jawi mengajak rakyat jelata membantah dan menolak Malayan Union?

  Tidakkah dengan tulisan Jawi Melayu ini jugalah yang menyatukan rakyata Jelata menolak Malayan Union dan seterusnya membawa kepada perpaduan hinggalah tercapainya Kemerdekaan?

Pada pendapat saya untuk kemajuan bangsa kita Bahasa Melayu perlulah diajarkan dalam semua matapelajaran tetapi pada masa yang sama tidak boleh mengenepikan bahasa Inggeris.


Sekian dan Wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.