Profesor Atas Pokok
Petikan dari laporan akhbar:
Penganalisis politik yang juga Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau secara peribadi tidak melihat pelaksanaan PPSMI itu boleh mengundang padah, termasuk mengancam kedudukan bahasa Melayu.
"Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar dan pakar yang perlu membentangkan kertas kerja di luar negara. Bagi saya, sebarang usaha menolak kepentingan bahasa Inggeris bererti kita menolak keupayaan negara untuk bertanding pada pentas antarabangsa," katanya.
Inilah respon UNIKAPTS:
GMP tidak pernah menafikan peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Malah GMP mendesak Kementarian Pelajaran supaya memperbaiki mutu P & P subjek itu dengan meningkatkan kualiti guru-guru bahasa Inggeris, metodologi pengajarannya, pedagoginya, bahan-bahan bacaannya, malah menambahkan jumlah jamnya.
Yang dibantah oleh GMP adalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium bagi mengajarkan subjek sains dan matematik.
'Profesor Atas Pokok' itu bercakap dalam bidang-bidang yang dia bukan pakarnya. Dia bukan profesor pendidikan, bukan profesor bahasa, bukan profesor pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan profesor matematik, apatah lagi profesor bidang sains.
Daripada hujahnya, jelas lagi nyata bahawa Profesor Atas Pokok itu berfikir tidak empiris: Dia tidak membezakan 'pendapat' dengan 'fakta' dan 'data'.
Profesor Atas Pokok itu sepatutnya mengemukakan 'fakta-fakta' dan 'data-data' sebagai rasionalisasi perkara yang dipercakapkannya, sebagaimana yang dilakukan oleh dato' Prof. Emeritus Dr. Isahak Haron (UPSI), Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin (UKM), Datin Prof. Dr. Juriah Long (UKM) Prof. Dr. Ratnawati Asraf (UIA), dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI), mantan Profesor Dr. Shaharil Mohd. Zain (UKM). Mereka semua telah menjalankan kajian saintifik masing-masing sebelum bercakap tentang kegagalan PPSMI.
Dengan bercakap tanpa menggunakan fakta dan data, Profesor Atas Pokok itu telah melakukan fatal error dalam bidang akademik: Dia menggunakan pengalaman peribadi untuk membuat generalisasi, dan kemudian menggunakan kes dirinya sendiri bagi mengabsahkan suatu dasar pendidikan peringkat nasional.
Wahai Profesor Atas Pokok!
German, Peranchis, Itali, Rusia, Sweden, Belanda, Denmark, Norway, Sweden, Finland, Switzerland, Austria, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, China tidak mengamalkan PPSMI. Apakah negara-negara itu 'menolak keupayaan negara untuk bertanding pada pentas antarabangsa'?
Bandingkan dengan negara-negara seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Burma, Filipina, Zimbabwe, Ghana, Kenya, Jamaica, Nigeria, Tanzania, Uganda dan banyak lagi, yang semuanya mengamalkan dasar PPSMI, sudahkah negara-negara itu berupaya bertanding pada pentas antarabangsa?
Bandingkan pula dengan semua negara-negara di benua Amerika Latin yang meminjam bahasa Sepanyol dan Portugis bagi mengajarkan sains dan matematik, sudahkah negara-negara itu berupaya bertanding pada pentas antarabangsa?
Alahai, Profesor Atas Pokok.... Mengapakah tuan bercakap menggunakan retorika orang politik? Kalau mahu bercakap macam orang politik, masukilah bidang politik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Prof Agus layak cakap dalam bab politik je. Bahasa Inggerisnya pun pakai slang KELANTAN. Elok dia “puasa” dari BUDU jika mahu speaking Inggeris BUKANnya sokong dasar celaka PPSMI
terus terang aku cakap orang yg menolak PPSMI adalah golongan yg bebal, cetek ilmu & tiada pelajaran tinggi.. yg membangkang PPSMI macam Dr Hassan, Said Samad & co., kamu semua sudah tua, nyanyok & tidak relevan lagi.. Sudah-sudah la.. Baik jaga cucu & banyakkan amal ibadat sebagai persediaan hari akhirat.. Tak usah diganggu perlaksanaan PPSMi ni..
golongan mahasiswa yg menolak PPSMI seperti dalam gambar, aku pasti mereka adalah mahasiswa jurusan sastera & agama yg belajar seratus peratus dalam BM.. Aku graduan jurusan kejuruteraan kimia, aku belajar dalam BI, agak sukar pada tahun pertama namun berkat usaha & kecekalan serta motivasi tinggi, berjaya juga menggenggam ijazah kelas kedua tinggi.. belajar ilmu sains & teknologi lebih baik dalam BI sebab buku-buku rujukan ternama semua dalam BI.. malah hendak membuat final year project seperti research, experiment, plant design semua memerlukan rujukan jurnal-jurnal dari sarjana ternama untuk dibuat kajian.. dan semua didalam BI.. malah sarjana dari Jepun, China, Brazil, Italy juga menghasilkan jurnal meraka dalam BI.. So jika diberi pendedahan awal terma-terma & istilah sains & teknologi sejak dri bangku sekolah lagi, aku pasti anak-anak kita pasti lebih berjaya bila mereka melangkah alam universiti..
cikgu-cikgu yg mengajar PPSMI pun kena la ambil inisiatif sendiri.. kamu semua dibayar gaji & elaun yg tinggi.. bila diberi elaun, bukan untuk beli kereta baru, rumah baru, handbag baru, kasut baru, mekap, baju baru, etc… gunakan elaun itu untuk masuk kelas bahasa Inggeris.. majukan diri demi kepentingan generasi masa depan.. ni bila cuti panjang, sibuk melepak duduk rumah je.. kan baik masuk kelas BI.. pergilah british council baiki BI kamu.. cikgu2, kamu semua diberi gaji, maka kamu perlu bersunggu2 mengajar anak2 malaysia dgn bersungguh2.. bukan melepas batuk ditangga.. tidak berkat & haram jika kamu mengajar dgn tidak ikhlas…
untuk anak2 pelajar, kamu semua adalah bakal pemimpin masa hadapan.. lengapkan diri kamu dgn ilmu pengetahuan.. bukan sibuk dgn bermain, menonton kartun & rancangan hiburan yg melalaikan.. kalau nak tgk tv, tonton la rancangan yg berfaedah & bermaklumat.. tugas kamu ke sekolah untuk belajar.. belajar memang susah, tapi dgn kepayahan itulah ia dapat menjamin masa depan kamu semua…
untuk ibu bapa, didiklah anak2 anda.. pastikan mereka belajar.. jangan pengaruhi mereka dgn permainan, TV, AF, hiburan yg melalaikan.. beli buku latihan untuk anak2 ulangkaji/ belajar.. tak rugi jika anda berbelanja lebih demi kebaikan anak2 daripada membuang duit membeli brg2 tak berfaedah atau membeli kerta beru, rumah baru, etc.. ini adalah satu pelaburan jangka panjang..
mengikut sejarah, dizaman kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol, ramai ilmuwan barat belajar ilmu2 sains, matematik, astronomi, perubatan, etc dalam bahasa Arab kerana pada masa itu bahasa Arab adalah bahasa ilmu… Sama juga seperti era kebangkitan Meiji di Jepun sebelum perang dunia pertama meletus, ribuan cendekiawan Jepun dihantar ke Jerman, Italy untuk belajar teknologi pembuatan senjata, kapal terbang, kereta kebal, etc.. meraka semua belajar dalam bahasa Jerman/Italy kemudian dialih bahasa kepada bahasa jepun bila mereka pulang ke tanah air..
Rasulullah juga pernah menyebut “belajarlah sehingga ke negara China”
dan kawan-kawan saya yg menuntut diluar negara (UK, US) masih boleh bertutur BM dgn fasih walaupun duduk lama diperantauan.. tidak hilang BM jika kita blejar dalam BI.. tidak hilang melayu mereka…
PPSMI,
Kalau awak belajar mandi wajib dalam bahasa arab, dalam bahasa yang awak tak faham sampai tua dan masuk kubur awak masih berhadas besar sebab TAK FAHAM apa yang diajar!
Kita bercakap berkenaan budak-budak seawal 7 tahun, kalau asas Sains/Maths tidak ada sebab TIDAK FAHAM atas halangan bahasa bagaimana mereka ingin bersaing?
Sila guna ruang kosong antara telinga awak, awak bercakap berkenaan diri yang telah berjaya dengan asas BM. Belajar mengenal nombor, konsep Sains/Maths dengan BM, ada asas belajar berbelas tahun dalam BI kemudian bandingkan dengan anak seawal 7 tahun yang mahu mengenal ilmu.
Itu BODOH,STUPID,STUPIDO,JAHIL!
“Baik jaga cucu & banyakkan amal ibadat sebagai persediaan hari akhirat.. Tak usah diganggu perlaksanaan PPSMi ni”
Beberapa persoalan yg masih belum kau fahami dengan betul sebenarnya, Pemikiran kau masih mentah jika memikirkan hanya ibadat itu adalah solat, puasa dan sebagai mana yg kau fahami.
Jika menentang ppsmi demi untuk anak bangsa ikhlas keran Allah sudah tentu dikira sebagai ibadat. awatla hang ni masih berfikiran cetek. Sungguh dangkal pemikiran mu.
Buka minda. Kalau kau solat, mak kau ajar dalam bahasa arab kah? niat puasa kau dalam bahasa arab kah? Jika kau baca al-Quran mak kau ajar tajwid dalam bahasa arabkah?
Mari ramai-ramai kita e-mel pada Prof. Atas Pokok ini.
Biar dia tahu, ramai orang tidak bersetuju dengan dia.
Nama: Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff
Tel: 603-89215827
E-mel: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Wah, baru graduan dalam Kejuruteraan Kimia macam inilah kami mahu! Usaha bersungguh-sungguh dalam menguasai bahasa Inggeris demi memahami ilmu kejuruteraan. Respek dengan kamu! Padan dengan kelayakan dan kapasiti otak kamu yang hebat. Pastinya kamu jadi jurutera yang hebat dalam organisasi kamu. Tahniah saudara!
Yang dibantah ialah perlaksanaan bahasa Inggeris kepada adik-adik kita yang masih kecil, masih bertatih dalam dunia sains dan matematik, tiada kemudahan tuisyen dan mak-paknya tidak fasih bahasa Inggeris. Takkan kamu nak pupuskan golongan engineer muda dengan menghalang mereka memahami asasi sains dan matematik mengikut lidah mereka? No?
Setahu saya, BM sudah meliputi kesemua asas ilmu dan cukup untuk penyebaran kepada saudara kita di mana jua mereka berada. Bukan?
Istilah-istilah hebat yang kamu jumpa itupun mestilah pada waktu kamu di IPT, bukan? Lagipun setiap cabang sains ada kamusnya sendiri, cuba lihat di Kinokuniya, banyak Dictionary for Architects, Engineers, Medical Practitioners..etc, bukan?
Salam, semua.
Kita persoalkan nasib bahasa Melayu yang tidak lagi digunakan sebagai bahasa ilmu khususnya ilmu sains. Ilmu sains itu maha luas termasuk sains sosial malah termasuk juga agama. Bayangkan martabat bahasa Melayu jika PPSMI diterus akan digunakan di pasar dan di padang bola.
Kita boleh menggunakan PPSMI jika kita bersedia menjadi Negro di US yang hilang bahasanya. Saya tidak sanggup melihat bahasa sendiri dikebumikan sedemikian rupa.
Wassalam.
Salam,
Puan Sifu,
Tahniah buat GMP termasuk puan kerana mempertahankan hak bahasa Melayu.
Profesor atas pokok ini adalah orang yang hanya tahu cari makan. Rancangan hujah beliau sudah lagi tidak relevan apabila sudah bersiri menjadi ruangan perdebatan calon-calon pemilihan UMNO.
Nyata sekali beliau hanya cari makan bukan mencari fakta keadilan. Jika pandai sangat berceloteh dalam bahasa Inggeris. Suruh dia tolong buat loghat dan slanga Kelantan daripada pertuturan beliau.
Agak-agaknya kalau 50 tahun akan datang bahasa Siam jadi bahasa antarabangsa, mungkin kerajaan akan wujudkan PPSMS (Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Siam).
Habisla kalut semua cikgu kena belajar cakap Siam…:P
Kapppppp!!!!
Tuan ini mengatakan persidangan bawah pokok sah, dia pensyarah undang-undangkah? Sains politikkah ataupun orang politik? Huh, tak ada background law, tak usahlah memberi penghakiman.
Orang pensyarah sains politik, berilah analisis keadaan politik macam Prof. Madya Shaharuddin UiTM tu.
Apalah! Baca buku baliklah!
Post a comment