Tuesday, July 03, 2007

Profesor Madya Seronok Menjadi Pelajar Semula

Antara berpuluh-puluh mentee Sifu, ada 4 orang yang memiliki ijazah PhD dan bergelar profesor madya.

Yang terbaru adalah Profesor Madya Dr. Ariff Osman, pakar bius di Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa. Sebelumnya beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau sedang belajar menulis 2 buah novel serentak, iaitu novel profesional dan novel jibunsyi.

Dr. Ariff mencetuskan idea dan mengusahakan pembukaan pusat hemodialisis Islam pertama yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan. Pusat ini memberi perkhidmatan kepada semua golongan pesakit.

Beliau adalah ayah kepada Sdr. Firdaus Ariff. Mereka berdua mengikuti bengkel-bengkel PTS bersama-sama.

Dalam emelnya yang terbaru, Dr. Ariff memberitahu beliau amat seronok menjadi pelajar semula.

Alangkah seronoknya menjadi Sifu kepada tokoh seperti beliau... Wahai Tuhan, hantarkan kepadaku lebih ramai doktor yang mahu belajar menjadi novelis. Amin.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berapa Banyak Skrip Drama TV yang RTM Mahukan Previous entry: Khidmat Masyarakat: MASKARA II
ddm  on  07/05  at  05:17 AM

Menulis adalah sebahagian dari kerja utama ahli-ahli akademik. Tetapi ramai ahli-ahli akademik tidak melalui kuliah penulisan.
Makluman puan ini akan menarik lebih ramai ahli akademik untuk sanggup turun menjadi murid dalam kuliah puan.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: