Sunday, May 30, 2010

Tip Survival Penerbit: Tugas Eksekutif Marketing (Program Event dalam Kedai Buku)

Promosi buku adalah tugas dan tanggungjawab jabatan marketing.

Aktiviti promosi terdiri daripada pelbagai kategori. Salah satu kategori itu adalah penganjuran event.

Cik Siti Norfadilah (foto) adalah eksekutif di jabatan marketing PTS yang bertanggungjawab menguruskan semua jenis event yang mempromosi para penulis dan buku-buku PTS.

Termasuk dalam 'event' yang beliau uruskan adalah:

(i) Semua acara pelancaran buku.

(ii) Semua aktiviti promosi yang melibatkan penampilan penulis (a) di kedai-kedai buku dan (b) di pesta-pesta buku, bagi tujuan bertemu dengan pembeli dan peminat mereka.

(iii) Mengadakan aktiviti window-display dan bulk-display buku-buku PTS di kedai-kedai buku.

(iv) Mengadakan pameran buku-buku PTS dengan kerjasama syarikat kontraktor buku.

(v) Membantu aktiviti promosi buku-buku PTS yang dijalankan oleh Duta PTS Puan Ain Maisarah.

(vi) Mencipta idea-idea bagi menghasilkan pelbagai kit promosi, seperti bunting, poster dan menyediakan pelbagai merchandise untuk cenderamata dan sagu hati kepada peminat PTS yang hadir pada event semasa pesta-pesta buku dan di dalam kedai-kedai buku.

Pada saat ini Cik Siti Norfadilah sedang sibuk menguruskan event promosi besar-besaran di dalam kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara sempena bulan Ramadhan nanti.

Menurut beliau, pada tahun ini kedai-kedai buku elit, baik yang dimiliki oleh pelabur Islam mahupun bukan Islam, akan mengadakan promosi Ramadan masing-masing bagi menarik lebih banyak pembaca buku-buku Melayu masuk ke dalam kedai mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: TOP 30 PTS Islamika Sdn. Bhd. (Januari - Mei 2010) Previous entry: Buku Motivasi Luar Negara lawan Buku Motivasi Tempatan
Shamsuddin Kadir  on  05/30  at  10:14 PM

Terima kasih Cik Puan Norfadilah di atas semangat yang sentiasa membara dan komited bagi mencipta peluang bagi mengundang saya ke bicara buku, pesta buku Antarabangsa, Read Malaysia dan pesta buku Selangor.

ShamsuddinKadir.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.