Program Penterjemahan Nasional
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah mengumumkan rancangan menterjemahkan 100 judul karya Malaysia ke dalam bahasa-bahasa antarabangsa.
Bahasa-bahasa yang sudah dikenal pasti adalah Inggeris, Portugis, Jepun, Cina, Korea, Arab, German dan Perancis.
Karya pertama yang sudah siap diterjemahkan oleh ITNM ke dalam bahasa German, Inggeris, Portugis, Jepun dan Peranchis, adalah komik Kampung Boy karya Lat. Kampung Boy versi German akan dilancarkan di Frankfurt sempena Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt Oktober nanti.
Kita megesyorkan supaya ITNM meniru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mempamerkan pelan pembangunan masa depan Kuala Lumpur supaya orang ramai dapat memberi feedback.
Disebabkan ITNM membelanjakan wang rakyat, maka rakyat perlu diberi maklumat berkenaan 100 judul karya Malaysia yang bakal diterjemahkan itu supaya mereka berpeluang memberikan maklum balas.
Nota: Foto hiasan disalin dari NST Online.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment