Program Penulisan PTS ISLAMIKA
PTS Islamika mempelawa tuan-tuan yang berminat mahu turut serta membangunkan produk buku-buku agama untuk kanak-kanak dan remaja Islam. Produk ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
Siri Young Islamika: Sasaran adalah remaja dalam lingkungan usia 11-16 tahun (jumlah halaman: 40-200)
Siri Little Islamika: Sasaran adalah kanak-kanak dalam lingkungan usia 7-10 tahun (jumlah halaman: 60-140)
Bidang Penulisan:
A. Koleksi cerita teladan dan inspirasi
1. Nabi-nabi terdahulu – kisah dari sumber yang jelas dan otoritatif tanpa unsur Israeliyat.
2. Rasulullah – kisah-kisah sirah nabi
3. Sahabat – kisah sejarah, kepahlawanan, peribadi yang berkaitan dengan era sahabat
4. Sejarah empayar-empayar Islam – kisah-kisah ketokohan, kepahlawanan Islam
5. Kisah-kisah sufi – kisah-kisah yang teladan yang berrkaitan dengan tokoh sufi, ulama, salafusolleh dan sebagainya
6. Kisah-kisah teladan yang mengajak pembaca mendekatkan diri kepada Allah, dan yang seperti itu.
B. Novel
1. Sejarah – novel yang bertemakan tokoh-tokoh Islam yang diolah untuk remaja dan kanak-kanak. Watak Utama adalah tokoh sejarah tersebut.
2. Fiksyen Sejarah – novel fiksyen yang berlatar belakang zaman sejarah Islam. Contohnya, kisah fiksyen yang berlatar belakang zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Watak utama adalah rekaan, hanya fakta berkaitan kehidupan zaman tersebut sahaja benar.
3. Kontemporari – novel remaja dan kanak-kanak yang mengajar prinsip Islam, membetulkan tauhid, dakwah amar makruf dan nahi mungkar.
C. Pendidikan Islam
1. Menerangkan ilmu-ilmu dan ajaran Islam (fiqah, tauhid, akhlak, quran, hadis dsb) dengan pendekatan moden, menarik dan bahasa yang mudah sesuai dengan kumpulan sasar.
2. Menceritakan tentang keindahan, konsep Islam
3. Buku yang mengajak pembaca kembali kepada gaya hidup, jalan dan ajaran Islam.
4. Menyemai kecintaan kepada Islam, mencontohi nabi dalam kehidupan, dan yang seperti itu.
Tulis emel kepada editor Cik Siti Asyuura di .(JavaScript must be enabled to view this email address)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment