Projek Antologi Puisi Cinta Islami
Kita sedang mengumpulkan puisi-puisi cinta bernada Islami bagi diterbitkan sebagai buku antologi.
Puisi-puisi yang layak dipilih adalah puisi yang memberi asuhan ke atas sanubari gadis-gadis remaja supaya menghargai percintaan cara Islami.
Tuliskan puisi saudara di sini. Tulis nama dan emel bagi setiap puisi, supaya kita ada rekod hakcipta setiap puisi. Jangan sampai puisi saudara terbit tetapi royalti dihantar kepada orang lain!
Nota: Puisi jangan panjang sangat supaya satu puisi cukup dicetak atas satu muka surat sahaja!
.
.
Puisi-puisi yang layak dipilih adalah puisi yang memberi asuhan ke atas sanubari gadis-gadis remaja supaya menghargai percintaan cara Islami.
Tuliskan puisi saudara di sini. Tulis nama dan emel bagi setiap puisi, supaya kita ada rekod hakcipta setiap puisi. Jangan sampai puisi saudara terbit tetapi royalti dihantar kepada orang lain!
Nota: Puisi jangan panjang sangat supaya satu puisi cukup dicetak atas satu muka surat sahaja!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum…
Semoga hari ini serta hari seterusnya sifu sentiasa berada di bawah lembayung Ilahi.Amin.
Sifu…
Saya kurang arif tentang mencipta puisi. Tetapi di sini saya beri satu contoh untuk sifu komentar adakah ia merupakan sebuah puisi cinta Islami. Ianya ditulis sebagai koleksi peribadi.
Tajuk: Rindu
Rindu…
Perasaan anugerah dari Allah
Tanpanya
Hati ini seakan bungkam
Tiada rasa
rindu semakin mencengkam jiwa
ketika merindu kekasih hati
tatkala berteleku sendirian
di keheningan malam
diiringi titisan manik-manik jernih
Kerana rindu
diri ini tunduk penuh kesayuan
mengenang titik-titik hitam
yang telah bersarang
Kerana rindu
diri ini jauh berlari
dari lilitan godaan dunia yang penuh sandiwara
Kerana rindu
diri ini tabah menghadapi godaan dunia
walau tidak segagah saidina Hamzah
tidak pula setaat saidatina Khadijah
dan tidak sama segigih perjuangan Sumayyah
Namun kerana rindu
diri ini terus mengharap
agar diterangi cahaya iman
bagi menyuluh jalan kehidupan
Kerana rindu ini yang kudambakan
hanya untukmu kekasih jiwa
tuhan sekalian alam.
Oleh: Siti Rafidah Hassan Basri
e-mail: .(JavaScript must be enabled to view this email address).
——-
Puan Sifu,
Ada royalti untuk puisi juga? Bagaimana ia dikira? Menggunakan sistem purata ya? Apa kata kita anjurkan Lomba Puisi Cinta Islami. Tidak perlu hadiah sekadar pertandingan untuk mendapat prestij sahaja. Paling tidak ia boleh menjadi satu ukuran kualiti.
Puan Rafidah,
Alaikumussalam! Saya juga mendoakan puan sihat. Amin! Amin!
Bahasa yang puan gunakan dalam puisi puan itu jelas, mudah difahami oleh gadis-gadis remaja.
Gabungkan tema cinta remaja dan cinta agama, sebab memang target kita adalah supaya gadis-gadis yang membaca antologi kita itu nanti, apabila mereka memasuki alam cinta, mereka selalu ingat percintaan cara Islami.
Sdr Faizal,
Royalti akan dikira berdasarkan jumlah puisi masing-masing yang terpilih. Kalau 5 buah puisi saudara terpilih, saudara dapat 5 bahagian, gitu!
Tentang lomba puisi cinta Islami itu… hmmm… hmm… (angguk-angguk)... bagus juga!
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Bolehkah diambil puisi-puisi yang sudah ditulis di dalam Diskusi Kuliah “Hak Cipta Surat Cinta”?
Mungkinkah beberapa puisi tulisan Sdr Zalisa, et al (termasuk saya…ehehe) layak masuk kategori puisi Islami?
Sheikh Alang,
Alaikumussalam!
Tentu sekali masuk! Memang itu sudah diambil kira. Namun puisi-puisi yang mempromosi poligami tidak boleh masuk sebab itu lebih sesuai untuk pembaca dewasa. Antologi yang ini khusus untuk mengasuh gadis-gadis remaja. Tolong tulis lagi. Kita perlukan 150 buah puisi.
SUDIKAH KAU TERIMA CINTAKU?
Sudikah kau terima
Duhai adinda yang mulia
Cinta yang kutawarkan untukmu jua
Bukan cinta palsu bersalut dusta
Jauh sekali kata-kata palsu penuh nista
Kerana kutahu kau akan tidak sedia menerima
Sebuah cinta berdasarkan nafsu hina?
Wahai adinda insan yang kusanjungi
Kupohon darimu dengan rendah hati
Suatu ikrar taat setia untuk insan bernama suami
Sudikah dinda menjadi isteri
Berdasarkan taqwa insan yang melata di bumi
Yang kita cari selama ini?
Dinda tentu bertanya
“Ke mana bahtera hendak dibawa?”
Akan kanda jawab dengan gembira
“Belayar di lautan penuh gelora”
“Panduan Al-Qur’an jadi kompasnya”
“Sunah Nabi sebagai petanya”
“Insya Allah lulus urusan segala.”
Maka sudikah kiranya dinda terima?
~alang kelana~7/1/2007~
DI MANA KEINDAHANNYA KASIH KITA?
Duhai para kekasihku semua
Kita ditanya di mana keindahan cinta
Adakah pada kesyahduan kisah kasih kita
Atau kemerduan lagu rindu kerananya?
Sesungguhnya bukan itu jawabannya
Wahai para kekasihku semua
Indah cinta kasih kita
Bukan kerana penantian pertemuan yang tak kunjung tiba
Atau pada kerinduan memamah usia
Aduhai para kekasihku penawar jiwa
Indah cinta kita demi perjuangan kita
Mengharungi lautan dalam tak terduga
Demi mengharap keredaan Allah jua
Penat lelah dan pahit getirnya
Dengan keringat dan airmata
Itulah indahnya kisah cinta kita.
~alang kelana~14/1/2007~
Puan Sifu,
Cinta yang seumpama inikah?
Saya petik:
ERTI SEBUAH CINTA
Rabiatul Adawiyah pernah berdoa:
“Ya Allah,
Kau berikanlah neraka
Kepada hamba-hambaMu yang kafir,
Dan Kau anugerahkanlah Syurga
Untuk hamba-hambaMu yang mukmin,
Tetapi,
Untukku Kau anugerahkanlah CintaMU.”
KEKASIHMU DI MANA?(iv)
Bidadari…
kau pun tahu hatiku terluka
anehnya kerana cinta
bukan kerana dendam, bukan pula senjata
apakah namanya rasa ini?..
Saat waktu kian menjauh
dan dirimu entah di mana
terkadang suaramu mengusik rasa
membisik rindu membisik cinta
katamu cinta padaku
kerana cinta pada-Nya
lalu aku membuka mata
adakah mimpi bertandang lagi..
ataukah aku hanya berilusi?..
Yang daif,
Mya Marja
17 Januari 2007.
Assalamualaikum Puan Ainon
Sekiranya sesuai untuk dinilaikan. Di bawah ini saya serahkan dua puisi saya untuk projek antologi puisi cinta islami.
Terima kasih.
Puisi 1
Tajuk: Ambillah bunga melati ini…
Ambillah sekuntum bunga melati ini
sematkan dalam hatimu
meski ia sudah layu dan hilang
meski ia sudah hancur dan terbang
tapi dihatimu, kekal ia di situ
Bunga melati ini jangan kau selitkan di telinga
jangan kau sematkan di busana sutera
jangan kau biar ia jadi perhiasan mata
jangan kau biar dia menghirup bau harumnya
Percayalah
dia bukan mendekati si bunga
tetapi menghirup harumanmu
Jika hatinya berbunga cinta
bukan kerana tarikan si bunga
yang menghias dada atau telinga
tetapi hatimu nan kembang segar dan suci
walau kelubung hitam menutupi telinga dan dada
Ambillah sekuntum bunga Melati ini
untuk hiasan di meja
Puisi 2
Tajuk: Tentang cinta kita
Selamat untuk kita
semalam telah tersarung dijarimu
sebentuk cincin berbatu delima
kata bonda tanganmu lembut dan sejuk
pertunangan makin merapatkan kita
tetapi aku belum berhak memegang tangan itu
ini cuma bukti
tentang rindu kita
tentang cinta kita berdua
Sayang
cincin itu buktinya
kita akan bersatu nanti
tetapi hari ini
kita belum pantas berpegang tangan
belum pantas memadu asmara
aku belum bisa membelai rambutmu
belum bisa merenung matamu
Cinta sekadar di jiwa
bukan terzahir di saat ini
Selamat untuk kita
menjaga suci pertalian ini
cincin pertunangan sekadar janji
bukti kemilikan kita
Tulisan: Raja Nur Qurshiyah bt Raja Hirdan
Tel no: 016-9056 994
emel: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Assalamualaikum
Didoakan sifu sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.Amin.
Saya tuliskan sebuah puisi cinta berjudul “Luahan Cinta”
Cinta…
satu ungkapan indah
lebih indah jika ianya dirasai
oleh naluri yang suci
Syukur…
luahan yang perlu dilafazkan
dikala diri dikurniakan
seorang pria penawar jiwa
Namun…
pergaulan antara kita ada batasan
halal dan haram hukum yang nyata
bagi terhindar dari palitan dosa
ke hadrat Ilahi
doa dipohon
agar dilimpahi rahmat
dalam hubungan dua insan
agar tugu cinta yang terbina
dihiasi dengan tiang agama
disulami dengan benang taqwa
Biar cinta yang bersemi
menjadi cinta yang luhur
berlandaskan iman yang kukuh
kerana cinta ini yang kudambakan
dari seorang pria
yang berpaut kukuh
pada segala hukum
yang termaktub dari Ilahi
untuk sebuah hubungan yang suci.
Oleh: Siti Rafidah Hassan Basri
email: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Andainya berjaya projek antologi sajak@puisi cinta Islami, akan diadakan pula projek antologi cerpen cinta Islami?
Akan terujakah puan untuk melaksanakan projek yang sedemikian?
Puan kalau puisi islami itu tidak berkenaan cinta, tetapi berkenaan hal-hal seperti berkaitan alam, keimanan atau diri bolehkah ?Cth…
Pesanan seorang pendosa.
Aku,
manusia munafik,
terbuang dipukul ombak dosa,
Laghaku mengusir redhaNya,
Mencabut barakahNya dari usiaku
Dunia yang kuinjak semakin menjauh,
Rumah berteduh mengusirku pergi,
Yang setia menunggu bumi menanti,
Saat berakhir di tanah kembali.
Ikrarku pada ibumu adalah sumpah,
Janji ku ikat dengan kalimah allah,
Taatku gagal membina iman,
Lebur di caing laknatullah,
Hanyut dikisar nafsu serakah.
Jangan..,
kau jejaki aku, anak,
Bainati bukan Jannati,
aku bukan orang suci,
bukan nabi-nabi, bukan rasul,
bukan maksum dewa dewi,
Dosaku dengan tuhan,
Sebanyak buih di lautan,
Neraka itu layak buatku,
Syurga tak akan memanggilku.
Aku tak mampu mengajar kau iman,
Akhlakku jangan kau jadikan sandaran ,
Jejaki langkah para anbia,
Ikutanmu seharusnya ulama,
matlamatmu seharus syuhada’,
Jangan terkesan dengan makhluk,
Kerana Allah itu Khaliq,
Kenamaan semulianya di bibir malaikat,
Malah terjelma di alam rindu
Tertanam luhur pada mimpi mimpi
Biduan syurga dan bidadari suci.
Memetik kata dari Saudara Alang Bidara lagi budiman,
“Andainya berjaya projek antologi sajak@puisi cinta Islami, akan diadakan pula projek antologi cerpen cinta Islami?”
Wah nampaknya kita satu fikirlah saudara Alang!
Nama Alang Bidara ini sebenarnya mengingatkan saya pada satu sajak lama yang sudah lama saya karang dan saya peram, bertajuk…
Cinta Musafir Kelana
Adinda,
Andainya mampu untuk kusulam
Awan-awan jernih dan ombak silih berganti
Pastilah akan kusulam hatiku
Dan hatimu
Menjadi satu.
Adinda,
Andainya mampu untuk ku kait
Sekawanan ombak ditengah samudera
Pastilah, akan kujadikan selimut
Yang mengiringi
Sejahtera lenamu
Adinda,
Andainya mampu untuk ku cairkan,
Salji damai di Puncak Fuji
Pastilah akan ku kepal bebola putih
Buat menemami masa sengangmu
Dalam tahun rahmat
Yang penuh bahagia.
Namun hakikatnya,
Kekanda hanyalah seorang musafir
Yang tidurnya berlangitkan keredhaan
Ranjangnya tanah berselimutkan kesyukuran
Kekanda hanyalah seorang mujahid
Yang jejaknya didendangkan pedang,
Dalam waktu serba perang.
Kekanda hanyalah seorang lelaki,
Yang hidupnya penuh ikrar dan janji
Menghampirkan diri kepada Ilahi
Justeru,
Jika janji itu ada,
amanahlah adinda kepadanya
Jika takdir itu jelas,
Redholah adinda pada petunjuknya.
Dan jika jodoh itu pasti,
terimalah kekanda seadanya,
Dan sebuah sajak komidi islami bertajuk
KELMARIN, SEMALAM, HARI INI DAN ESOK
Kelmarin
Aku dikejar ayahmu,
Bila lembuku menjadi munafiq,
Melanggar lupa segala janji,
Meratah enak kebun ayahmu,
Membuat ayahmu berontak marah
Dengan parang panjang di tangan,
Menghambat aku sekitar kampung
Menitipkan geram melepaskan amaran
Awas Lho!
Semalam
Tanpa sedar kuduga sabarnya lagi,
Bila kambingku murtad di tepi perigi,
Meninggalkan kenangan yang mutawasitah,
Tempat bersiram ayahmu yang satu,
Lalu aku pun diburu
Sedang roti canaiku belum dihabisi,
Seawal pagi sudah marathon,
Bersama ayahmu di serata kampung,
Sambil mendengar amaran yang serupa
Awas Lho!
Kerana walah diburu ayahmu,
Ke negeri bersalji ku menyembunyi diri,
Mendalami ilmu, melengkapkan kaji
Bersuluk diri memahami
Kelemahan ku, keinginan ayahmu
Lalu Allah memberiku ilham
Sebaik khatamnya pengajian.
Hari ini,
Tiada lagi ugutan-ugutan keramatnya,
Tiada lagi berontak yang marah,
Tiada lagi sabar yang terduga,
Kerana aku telah membeli jiwanya,
Dengan cucu-cucu nakal dan manja
Hasil ikhtiar kita berdua..
Esok
Entah aku pula mengejar sesiapa,
Kerana teganya mengintai anak-anak kita
Lalu akan kuhambat dia hingga ke hujung dunia
Dengan kata-kata yang serupa
Awas Lho!.
Sdr Panaharjuna,
Pendekkan puisi saudara itu sebab nanti tak muat dicetak pada muka surat!
Tuan Tuan Panah dan Tuan Alang (Pa+Lang?)
Lomba serpen cinta Islami! Itu idea bagus!
Sahabat dan Puan Sifu:
KEPADA Z
Ingin kukatakan sesuatu menurut rasa hatiku.
Namun kutahu akan ada yang tersinggung.
Kutahu, betapa
ghairah membuat kita mudah tumpas.
Dan, bila membaca
bait dan baris
yang bagai terdengung suara
yang terlebih dahulu,
aku bertanya: mahu ke manakah, aduhai dikau?
Ah, di saat begini.
Lebih baik jika kupilih membisu
kerana daku
tidak mahu kehilanganmu
Januari 18, 2006
KEPADA Z (2)
Biarlah daku menjadi si bisu
yang berkaca di dalam diamnya
Kerana ingin selalu
kusimpan dikau
di hatiku
Mengiringi sepi perindu
seorang pencari makna diri
aduhai
Januari 18, 2006
Puan Sifu, Sdr Panah,
Alnng Kelana + Panah Arjuna = Alang Arjuna .... (?????)
saudara KSI,
Saya suka sajak saudara “kepada Z (2)”, saya peminat sajak pendek yang mengandungi sejuta lapis makna yang tersirat.
Sdr KSI,
Waduh! Waduh! Bagusnya sajak “Kepada Z (2)” Saya toh cemburu! Maunya tolong ditulisi 1 sajak untuk saya juga!!
Sheikh,
Alang Kelana + Panah Arjuna = “Arjuna Alang-alang”...
Para Sahabat dan Puan Sifu: Izinkan daku menulis lagi puisiku….
KEPADA Z (3)
Aduhai,
semalaman kutunggui hadirmu
dengan puisi dan qasidah manis
memuji
maha luas langit
yang menjadi saksi
atau sebaris ayat-ayat suci
dari bibir manismu
penyejuk lara hati
insan pencari hakikat diri
KSI, Januari 18 2007
KEPADA Z (4)
Jika ingin bercinta
yang kucari adalah dikau
pemberi air penyejuk jiwa
dan bukan api menggelegak
pemusnah raga
juga tidak kupinta
senyum dan kata
betapa pun nikmatnya
kerana kutahu betapa sementara
segala yang fana
juga tidak kupinta
janji
kerana yang pasti hanyalah
sesuatu yang azali
KSI, Januari 18, 2007
KEPADA Z (5)
dikau membenci daku?
jangan kerana kata-kataku
yang kuzahirkan dari tulus sanubari
jangan kerana tidak kuizin dikau
terus bersendiri
menari di padang berduri
atau kerana kuajak dikau
bersama
membuang cemburu yang rugi
tatkala silau tatapan
diterjah kata hasutan
jangan dikau membenci daku,
aduhai
KSI, Januari 18 2007
Post a comment